Showing posts with label PA. Show all posts
Showing posts with label PA. Show all posts

jgn jatuh riak dgn terlalu menunjuk2..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

 Salam Rejab semua.. 
Lately agak bz..tanggung keje boss skejap pasal boss pegi kursus 3 minggu..hadoi..
boss sila la balik cepat..sya x larat nk pi meeting hari2 kat luar..siyes memenatkan 
SILA CEPAT BALIK..saya plak nk cuti n kursus..
Aritu dgr majlis ilmu..topiknya menarik..tp aku dah separuh jalan la..
aku tertarik pada sesuatu sampaian ilmunya..
bila jatuh riak..hanya balasan dunia pujian..
Beliau menyatakan:
" sentiasalah membasahi lidah dengan zikrullah dan kata2 yg baik kerna ia merupakan amalan yg baik, namun sering kali kita terlupa akan wasadtiahnya..yakni mengungkap zikrullah dan kata2 seperti alhamdulillah, bismillah, Allahuakhbar, subhanallah, itu dgn bersederhana, cukup untuk kedengaran halwa sendiri kerna keikhlasan dan ungkapan itu benar2 diungkapkan atas dasar hubungan kita dengan Allah..dalam hati hanya kerana Allah"

Beliau jelaskan lg..kini.. org zmn skrg cakap kuat..sebolehnya nak semua org dengar..mungkin dia x bermaksud begitu..mungkin benar dimaksudkan ikhlasnya ungkapan demi Allah..namun, dalam tidak sedar ia jatuh riak dan seolah cuba membuktikan bahawa " ye saya org yg dah berubah menjadi alim.." nauzubillahhi minzalik..

" wajib kita menyahut azan dan solat berjemaah di masjid atau surau..pahalanya 27 kali ganda..namun seringkali kita lupa akan wasadtiahnya..lebih molek andai kita tidak perlu memberitahu/ memaklumkan dengan kepada kekasih hati kita, kepada kawan kita atau kepada sesapa bahawasanya kita nak ke masjid/ surau..seolahnya kita nak bagitau kepada mereka " eh aku solat kat surau"...niat kita baik..tapi boleh jatuh riak kalu terdetik/ sekelumit ada rasa hati "biar kawan/kekasih/rakan tau aku ke masjid..nak tunjukkan yang kita ni baik/ berubah baik.."

"berhiaslah kamu wahai isteri untuk suamimu..pahalanya kan berganda" tapi sering kali kita lupa kita mahu tunjukkan kepada orang disekeliling bahawa akulah yang paling segak bergaya/ cantik berseri.."aku pakai baju baru harini..biar org puji"..maka jatuhlah riaknya..


Ayat kat atas tu setakat yang aku rekod dalam hp..tetiba terdetik hati nak rekod..hanya doa ku..semoga apa jua amalan ku tidak jatuh riak..semoga benar2 ikhlas..semoga diterima Allah SWT..dan bukan menunjuk2 atau cuba membuktikan yang aku budak baik.. insyaALLAH.

kadang-kadang tue..

Assalamualaikum..

Dalam sebanyak-banyak pos aku selama ini..dari sejak aku mula mengenali blog ini..langsung tak penah aku menulis mengenai rasa amarah ku secara total..menyingkap segala perkara yang bisa membuatkan darah aku yang sememang nya tinggi ini bertambah-tambah tinggi suhunya hingga menyirap dan menggelegak seakan sepanas larva gunung merapi.

 jgn la byk sgt bertanya
sepertimana aku diam..korg pon diam la
jgn la mulakan perkara yg menjengkelkan..

Harus aku akui (TANPA PERNAH AKU MENAFIKAN WALAU SECEBIS ZARAH) aku adalah insan yang PANAS BARAN..PEMARAH, GARANG, TEGAS dan MOODY (sekelip mata!! Transform..!!!) Pun begitu sepanas baran mana pon aku dimata kalian, aku masih punyai akal dan fikiran. Masih punyai hati untuk mencernakan rasa & perasaan..masih lagi ada cebisan rasa nak menjaga hati walaupun hati bagai nak rak nk maki..Aku takkan semena-mena 'berubah' wajah sekiranya tidak kena waktunya..jika tiada sebab musababnya.. marah aku marah bertempat..marah aku bukan kerna aku benci..andai aku mulai membenci..pandang muka hatta berkata sepatah huruf pon tidak sama sekali..

Semua orang punyai rasa marah ini..kerna sifat MARAH adalah FITRAH manusia...tapi pencetusnya berbeda..orang yang sedang menahan marah jgn dicuba pull the trigger kata orang putihnya...andai ditarik tahan sahaja apa yg bakal terhambur katanya hatta perilakunya. Bagi aku..mudah sahaja..tolonglah JANGAN jadi MENJENGKELKAN

Aku kalau marah aku diam..menahan rasa amarah ini bukan mudah..terutamanya bagi orang yang baran dan kurang sabar seperti aku ni..aku diam sebab aku xmahu menghambur kata-kata yang sememangnya akan menyakiti hati org lain dan akn mencetuskan pertelingkahan. Pun begitu, aku dalam proses untuk belajar meredakan kemarahan aku. Sejak aku berkawan dgn Kak K, dia banyak mengajar aku erti sabar..andai aku mula nk tercetus rasa marah..dan dia perasan perubahan aku tu..dia akan pegang tangan aku xpon mula carik jalan asalkan aku tersengih..bukan mudah..kadang=kadang terlepas jugak rasa marah tu..xpasal2 semua orang sekeliling kene bebel..termasuklah Kak K. InsyaALLAH akan reda lah nanti.
Tapi 1 jer lah, kalau aku diam tu..jgn la plak korg mulakan..bertanya sana sini kenapa aku diam..korang diam je ler..lama2 aku elok lahhh..ini tidak..bersepah2 tanya semua orang! Aku kalau marah kepada sesapa pon aku xkan sesuka hati nk bercerita dgn sume org..sorry lah aku bukan jenis nak bercerita semua perkara kot??? hatta pada org yg aku sayang pon..


Moral of the story, kalau aku marah..ko jgn byk tnya..pd sesapa hatta aku sendrik!! itu cukup2 aku menyampah! SERIUS!!jgn nak paksa orang menyatakan sebab musabab kemarahannya..

Lagi satu kadang-kadang kita suka sangat nak mencari kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri blum lagi diukur banyaknya kesilapan yang mungkin kita tak sedari..nasihat ini bukan untuk orang lain tapi diri aku juga..hari demi hari aku lihatkan telatah dan perilaku setiap rakan2 disekeliling aku..kita semua punya sejarah yg mungkin tidak mahu diingati...bagi aku pada pandangan aku insan yang tidak seberapa ini, kan mudah kalu kita benar2 benci @ tidak mahu langsung mengingatinya..cubalah lupakannya..anggap sahaja semuanya tidak pernah berlaku..tak perlu diungkit atau dibangkit menjadi bahan sindiran dan sebagainya..sesuatu yg xberbaloi untuk diperkatakan..tiada nilai..bak kata pepatah biarlah labu terjun dengan labu2 nya..usah dipedulikan..seandainya kita masih memperkatakan tentang semua itu..sememangnya kita tidak dapat melupakannya..untuk apa?? TIADA NILAINYA kawan...biarkan je lahhh..mulakan sahaja hidup yang baru..hargai apa yang ada sekarang..DIA LANGSUNG TIDAK BERNILAI UNTUK DIKENANG.. tiada rugi sesen pun..namun jadikan pengalaman itu sebagai perisai pedoman dimasa hadapan..kebenaran dunia mmg sukar dicari tapi akhirat mereka semua tidak kecuali..begitu juga kita bakal dihisab segalanya..lambat kerna akhir zaman Allah saja yg tahu..tapi biarlah..yakin kita pada Maha Adil yang SATU itu..

Kadang-kadang kita akan lihat kawan kita, kita nilai dia dalam diam..mungkin masa kita semakin berkurangan untuk melepak dan bertemu dengannya..maka kita mulai rasa jauh dengannya? perlu kah perasaan begitu..kita kena paham diri & kelilingnya..sebab musabab dia jadi sedemikian rupa..Kadang-kadang kawan kita ni nak kita paham dia, hormati dia, menjaga hatinya, gelak ketawa dan sekepala dengannya..tapi tak terfikirkah adakah kita  juga begitu??? Kadang-kadang kita xkan tahu kawan kita terasa dengan kata-kata kita..kerna kita beranggapan ia lawak jenaka semata-mata..Kita selalu kata & memuji orang lain yg dia seorang itu dan ini..dia tak pernah berkira dan sebagainya.. tapi ada kita fikir yang kadang-kadang tu kita berkira??? owh ya..menyindir lagi..kawannn..hidup ini tiada yang perfectnya..kehidupan dia bukan dengan anda sahaja..banyak lagi disekelilingnya.. jadi cubalah renungkan..dia buat sesuatu mesti ada yang menyebabkan dia jadi begitu..bukan kerna dia sengaja nak amik kesempatan..kadang-kadang orang lain yg jelas mengambil kesempatan dan sambil lewa..kenapa ditutup sebelah mata? kerna dia menemani kita saat kita nak berjimba??? hadoiiii mudah sangat pertimbangan kita tu kawan...mudah sangat timbang taranya...cubalah kita imbangkan dengan kebaikan yg penah. kungkin pernah dia lakukan..jangan mudah menjatuhkan hukum..kita bukan penilai yg hak!


Jadi kita renungkan lah..kita hidup bukan hanya mencari kawan sejati..tapi lebih untuk menghayati dan menjalani kehidupan itu sendiri..jangan kita nilai seolah kita mengenali dia sepenuhnya..sewajarnya kita imbangi dengan kebaikan yang mungkin pernah dia lakukan kepada kita..

Wallahualamm..

p/s: pictures credited to Google.

merewang dgn geng terbaek dari ladang...

Assalamualaikum,

Sabtu malam ahad haritu mad nuar ajak kuar makn steam boat dgn semah, QB & ajoy..Ati ikot sekali..harus aku nak kuar melihat dunia luar sebab dah lama sgt duk makan tido tgk tv jek sepanjang2 hari...

Dah nak jam 10 mlm diorg sampai..aku riso tutup jek kedai steam boat antarabangsa tu...ati gerak dgn aku memandangkan kete Ajoy oenuh..dah keadaan aku sgt tidak mengizinkan itu..

Turun jek dari rumah mad nuar trus jadi paparazzi...sengal mad nuar!!! Aku try pakai selipar kt kaki kiri tu..tp lg membuat aku sukar utk berjalan dgn tongkat tuh..hurmmm sabar2x


Sampai kt restoran yang dituju, dgn penuh ketabahan dan kesabaran melangkah masuk ke dalam tuh... cari pot best dan start mngambil raw material untuk direbus dan diBBQ..heheheh kami sume makan xhengat dunia..sambil bergelak ketawa..big thanks kat korg..merawat hati yang rawan nih..hahahha sket sebanyak ilang rasa sakit seluruh kaki kiri aku nih...mmg korg is the best..

Our BIG FAMILY including (not in the picture QB, Tyra, Asilah, Atoks,Buur)



All picture credited to Mad Nuar Aziz & Qairul Bahyah..

Hantu Kak Limah, Treasure Hunt & Bola Sepak

Assalamualaikum,

Hari Jumaat lepas aku pegi tengok wayang dgn well partner in crime aku, Md Nuar, Edna & Mumoon..Sampai sana tengok si Zali ada sekali..Layan citer Hantu Kak Limah Balik Rumah..cukup lawak okeh citer tu..gelak x benti2 sepanjang jalan citer..aku pon x tido langsung!!!! giler hilang tension kerja kat opis tu...lepas wayang lepak kat Brothers..makan-makan terbaek dari ladang!!..lapar kot??? huhuhuhuhu

Esok (Sabtu 11 dec 2010) opis aku ada anjurkan Treasure Hunt..kesinambungan aktiviti tahun lepas.. Tahun nih meriah tambahan lagi skop kali ini merupakan combination Amazing Race, Treasure Hunting & Fear Factor. group kali ni diwakili Edna, Moon & Md Nuar..nama group O.M.G!!!.. Jam 7 pagi dah gerak ke opis..layan plak lagu Bonamana..pergh menaikkan semangat jap..kuikuikuikui...

Dalam TH  tue ada 10 checkpoint..ala2 amazing race...setiap klu yang diberi harus kena diterjemahkan untuk ke checkpoint seterusnya..nak gelak bila dah sesat barat since salah tafsir klu yang diberi..checkpoint paling menyakitkan jiwa masa kat Wisma Putra..punya lah mengarut task..sgt menguji otak...alhamdulillah ade penyelamat siber...sapa lagi kot tak si Tyra..kol nih suh Google secara soklan yang diberi...hahahhaha..seb baek jugak ada BB Moon..ada jugak lah peta dunia..kira kacang tu pon menyumpah gak lahhh..kacang kecik gila...task-task yang diberikan di setiap checkpoint banyak yg fun..kesian aku tengok Moon..tapi salute lahhh gigih jugak kejar kitorang yg dah menonong ke depan..hhuhuhuhu..sepanjang2 jalan nih dok dengar lagu Korea..kununnya pemberi semangat..layan la..hahhah

Masa task belut kat checkpoint ke-5 paling takleh blah..sampai2 diberi task suh cari guli dalam besen yang keruh giler..cheh punya lah semangat Md Nuar & Edna nak buat..aleh2 dapat tau yang ada belut terus Edna senyap...cheh!!!Takleh blah si Md Nuar...hadoiiiiiiiiiiiiiii..harap pagar..pagar xleh harap sungguh betullahhhh...

Md Nuar kalu bab mengarah kalah Ketua Pengarah!!!!! 
Menyampahhh...tercampak2 guli dibuatnya...chehhhh

Setelah berhempas pulas menyelesaikan segala task...dan menghantar 'harta karun' yang dimaksudkan..having lunch then bebudak nih lepak kat bilik opis aku..mkn coklat..hahahha sesambil melayan lagi lagu korean yang ada kat opis aku tu...

Setelah berehat jap..sambung semula untuk sesi penyampaian keputusan dan penyampaian hadiah..terkejut okeh dapat no.3....hahahha alhamdulillah rezeki kitorang kali ni..hadiah hamper & boucer minyak RM300..balik menyinggah ke Mydin, beli barang dapur coz bebudak ni lapar...so lepas membersihkan diri melantak lah gulai udang masak lepak & ayam masak merah..cendawan goreng tepung..selesai makan tu diorg semua beransur pulang..

Thanks guys for joining....pehni kalau tahun 2011 ada lagi TH..turn tyra plak..huhuhuhuhu..segala gambar ini dikreditkan kepada Moon..dia duk la amek gamba..aku yg bawak kamera pon xsempat nak amek gamba...hahahah

Kelmarin (15 December 2010, Rabu) kami bebudak opis gerak ramai2 pi Stadium Bukit Jalil pi menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia & Vietnam..gila layan..menjerit xhengat dunia...xbanyak amek gamba..duk menjerit & bersorak...duk dengan geng giler2..abg sham, zainul,apez, afnan, housemate afnan dua orang, kak nik & ain..boss aku pon join jugak nih..game menarik giler..but seriously having fun giler..lagi plak Malaysia menang kannn...hahahha lepas tu kitorang pi makan-makan kat mamak..sepanjang jalan kat stadium orang duk bunyi hon keta & moto..bagaikan berpesta...

masa gol pertama Malaysia..

Kump.penyokong Ultras Malaysia..
aku tertarik pada slogan pada kain rentang tu..meremang jap bulu roma..

Salam AidilAdha

Assalamualaikum..

Tak terlambat rasanya nak ucapkan Salam Aidiladha...perayaan yang dikhususkan kepada mereka yang sedang mengerjakan Haji..perayaan yang sinonim dengan pengorbanan.. Pengorbanan dari segi pelbagai bentuk..harini pula aku berkorbankan masa emas aku bersama keluarga dengan menghadirkan diri ke opis.. ada tanggungjawab yang perlu ditanggung..

Aku balik kampung malam raya since aku ada meeting Selasa tu...jujur cakap dalam hati dan pemikiran dah  xde kat opis...N9 sinonim dengan "Mantai" sehari sebelum raya membuat aku xsenang jugak hati ini..dah terpikir camne akak & abang aku nak buat tu...dari segi penyediaan bahan boleh la diorg sediakan..tapi nak membuatkan tu hanya aku..diperturunkan daripada Mak dan Uwan aku..berkat menolong diorg dari kechik sampai la besor panjang nih ha.. Selesai meeting aku terus buat minit dan beberapa kertas kerja untuk diangkat bagi mendapatkan persetujuan YB MKII..baik aku siapkan at least dah kuar dari meja dan bilik aku..jam 3pm terdengar announcement yang  mana KSP kitorang bagi balik awal..perghhh heaven..aku trus save & print & hantar kat bilik boss then trus cabut...sume org gelak jek tgk gelagat aku.. "hah!!! xsaba nak 'mantai' lahh tu!!!!!!! aku sengeh jek..sumer org opis yang aku kenali yg mana terserempak mnyatakan ayat yang sama..xkurang jugak ada yang sempat kirim dodol...chehhh tengah xrajin nak buek ehhh..

Sampai umah aku kemas sket kain baju dan basuh baju2 yang dalam bakul tu..ye ler takkan nak tinggalkan camtu jek..berbau nanti..dah lah banyak baju aku main futsal & badminton..harus masam nanti!..duk buat kerja2 tu darah aku naik..trus aku telan ubat & rest tgk tv..nak terlelap jugak..tp aku tahankan je mata tu..naya je kang keesokkan pagi lak aku jaga..agak2 dah reda tu aku trus gerak balik kampung..tp ubat sentiasa ada kat tenpat duduk depan...senang nak gapai..

Selepas solat sunat Aidiladha aku kembali dengan gaya budak kampung sepertimana aku kechik2 dulu...sangat rindu okeh suasana tu..apa yang aku maksudkan is..sepupu aku yang belakang umah korbankan 3 ekor lembu disebelah pagi..sebelah petang plak lg 3 ekor.. yang itu Makcu korbankan..depan umah plak..ramai geng aku masa kechik2 balik kg tahun ni..aku dengan member2 pompuan tolong lapah rusuk dan daging yang dah siap2 dibahagikan untuk tujuan dimasak..selebihnya orang2 lelaki lapah untuk diagih2 kan kepada orang kampung..serius best woo masak ramai2 dengan orang kampung..meriahnya lain macam..siap bakar lemang...dulu masa aku kechik2..aku tukang potong daging & potong bawang sayyur sumer nih...jadi assistant tukang masak pun ye..(hahahaha tu ler berkat reti jugak masak sket2 dah besar panjang nih,,,)then selesai sumer jadi tender gosok periuk....lepas tu terjun sungai ler mandi2..sah2 badan bau asap + bau daging lembu!!!..adoiiiii giler heaven masa zaman2 dulu..pun begitu aku memang xsampai hati tengok lembu ke kerbau ke kene sembelih...dari dulu kot..

Bezanya sekarang..tidak lagi ler aku amek tender gosok periuk or terjun sungai ke apa..jadi tukang masak utama yer disamping  Ida Debot dengan Anip..aku masak rendang dengan gulai kari, Ida masak pecal dan Anip speciality dari dulu ayam masak merah + acar jeruk..dia masak mmg kerlassszzz siyes!!!! Kitorg jadi anchor since yang dulu2 tu dah pangkat veteran..pon begitu arahan tetap dari para veteran yg menjadi pujaan hati kitorg time tu...dah la panas bahang kawah..lg panas kene bebel..sempat lg menyakat tanya aku bila lak nak kawin..depa kata nak support kerbau sekor...ye lahhhh..aku tuntut sok baru tau!!!..hahaha..InsyaALLAH tahun depan kalau diizinkan Allah SWT =)

Menyakitkan hati aku bila tengok pagar umah aku..siyes..nak tunggu pihak pejabat daerah Rembau bayar compensation mmg berjanggut ler...sakit jiwa..bincang adik beradik..kasihan dengan Kak Ngah aku..dia nak bersalin dalam 2-3 bulan nih..kompom banyak pakai duit..budak sekolah lagi..abang aku nak pakai untuk majlis pertunangan dia dalam masa terdekat nie..bincang bebaik..abang and akak aku bagi sorang RM1k..aku kena tampung selebihnya..RM3.5k gak..adoiii RM2k aku ada prepare untuk bayar hutang kat orang..semalam aku withdraw je lah duit TH aku..mak aku pon dah bising..

Orang TH inform aku, kalau aku withdraw nih dah xcukup untuk kelayakan pendaftaran haji..aah..aku dah daftar haji..tunggu turn..untuk Haji kene maintain dalam RM20k ke atas..pegawai tu cakap boleh keluarkan tapi kalau nak pastikan ada peluang tu kena maintain dengan jumlah sekarang..so dia nasihatkan sebelum bulan Mac 2011 aku dapatkan semula dengan current balance aku tu..tahun kewangan TH berakhir 31 Julai 2011 untuk pembahagian dividen..so sebelum itu kene lah tambah balik sebelum tahun kewangan berakhir....xpe mak aku cakap kalau dah memang rezeki takkan kemana..niat ikhlas inyaALLAH ALLAH permudahkan...

Harini (19 November 2010) aku, Ati and Maria wat keje giler..time lunch kami bantai lunch kat Midvalley..gigih okeh??? xpenah dek hidup wat cenggitu..mentang2 lah time raya..orang xde sangat..hahahha alhamdulillah jugak dapat boss baik hati..kuikuikui...layan makan Portugese Grill..lama kot xrasa...hehehe..balik kene attend discussion..elok ler..mata mngantuk nih kekenyangan...hurmmmmm whateverrrr..

sukan, kerja, janji dan kegembiran..

Assalamualaikum..

Fuhhh..berpeluh cheqqqq....kuar segala kudrat bila sentuh bab kerja..betul lah kata orang..semakin kita meningkat dalam hiraki pentadbiran tu semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul..tak menang tangan..ingatkan dah lepas Bajet 2011 haritu  dah boleh lepak-lepak dengan membe2..aleh-ale lain jugak jadi nyer..pembentangan Rang Undang-Undang pembekalan bagi Bajet haritu dah kemuncaknya..8 November sehingga 9 November akan berkampung lah warga MOF kat Parlimen..haritu jek masa menyediakan maklumat tambahan penggulungan RUU bagai nak gila..balik lg aku tgh2 malam..adoihhh..takpe..proses pembelajaran namanya tu..Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusi YAB PM mengambil tempat saban minggu..saket kepala aku nak mencari maklumat..Alhamdulillah dianugerah kan kawan-kawan yang bersepah kat MOF nih..masing-masing memahami kerja kita walaupon kenkadang last minute memo diedarkan.

Aku kembali bersukan..as usual Futsal dan Badminton teraju utama.. setiap Isnin dan Jumaat main badminton..dan selasa dan rabu berfutsal..aritu lawan MOSTI menang besar 13-2..hurmmm xsabar tunggu selasa depan ni..lawan BPP pulak..ni kerja susah sket..orgnya sume cam 'jantan' sket...rabak lg la lutut aku...kali ni banyak main kat Kompleks Futsal Putrajaya..kompleks futsal tersebar di Malaysia..ada 12 gelanggang dan yang terbesar is Gelanggang Mokhtar Dahari..standard FIFA..giler besar okeh???? mengah dowh main...Khamis dan Jumaat aku akan jadi referee futsal bagi tournament Futsal anjuran Syarikat Perumahan Negara.. diorang tak bagi aku main coz depa kata  ramai yang akan cuti 3 bulan nanti..kuikuikui patah kaki masuk besi ler..cam roomate aku aritu..huhuhu rupa-rupanya citer aku patahkan kaki roomate aku tu tersebar luas di MOF nih..adoiiii

Alhamdulillah, kebelakangan ini persekitaran keja aku kembali tenang..fokus aku terhadap kualiti kerja aku semakin baik..Dato' aku pun perasan..dia ada cakap.."welcome back"..seraya tersenyum..aku cam blur2 jap..aku letak fail Majlis Ekonomi atas meja dia...aku senyum jek..malas nak tanya atau memulakan bicara kompem aku akan sangkut dlm bilik dia dalam 2-3 jam..so better aku siapkan kerja aku..

Lama jugak aku xberjumpa dengan Mad Nuar, Edna , Moon dan Tyra..balik kerja malam trus main futsal or badminton..weekend plak aku rajin duk umah akak aku..xpon balik kampung..bukan apa..keadaan mak aku tak berapa nak sihat kebelakangan ni..akak aku plak semnjak dah naik U54 nih asek lah banyak program kesihatan yang dia kene hadiri..kita paham lah dia pengarah so kene lah menghadiri dan mengkoordinasi program2 yang telah ditetapkan oleh KKM.. so aku lah ganti jaga mak aku..akak aku pon mengandung..so aku xmo lah membebankan dia..setakat masak dan mandikan mak aku apa lah sangat...mak kita pon..berbakti selagi mampu..

Rindu aku nak berhua-hua dengan diorg..happy2 sambil tengokk wayang..bergelak ketawa sambil sakat-menyakat..counting days to go holiday with them!!! Am happy with them..they are my other part..aku yang seorang yang sgt serius bila time kerja..sume org tau kot bertapa aku tampak matang dalam memastikan semua perkerjaan aku dilakukan dengan terperinci..so time gila2 kita happening gila2..so barulah balance...hehehhe...

Owh ya..kat sini aku nak cakap lah kepada sesapa orang yang terlibat dalam 'group' ni...saya masih menunggu  janji anda semua untuk berjumpa untuk pengakhirannya..aku dah sms..seems xde jawapan...sapa yang takut digertak nih?? aku x gertak...aku direct jek sms...owhhh ya ini bukan kebudakkan ye...seterus terangnya aku cakap kat..sekiranya berani dan nak selesaikan aku akan datang..tapi kali ini jujur aku akan bawak junjungan aku Al-quran..ye bukan aku nak buktikan sapa salah ke benar ke..tp jujurnya aku sbosan dengan lidah bercabang..tak kisahlah dari pihak mana..sebaik sahaja selesai sumer aku memang xkan ambil tahu dah hal2 yang berkaitan..seperti mana sekarang ni aku xamik tau..aku nak selesaikan once and for all..kalu ada yg baca ini post sila lah bagitau orang-orang kuat yang berkenaan yer..wasalam.

Got to go..mau pulang kembali ke pangkuan bonda terchenta..naik kL semata-semata pegi nikah kawin anak boss aku..hahaha..setiap kali balik kampung hati memang berbunga2..kuikikuikui


Catatan Dihujung Sepi..

Assalamualaikum...

"Aku tidak mudah melupakan segaris kenangan, walaupun tidak mencatatkan latar sejarahnya, watak pelakunya, insiden mengelilinginya, apatah lagi hati yang lebih terluka..biarpun ia terkadang amat perit ditelan namun ia tetap menjadi ungkapan dan kenangan yang segar terpahat disegenap kehidupanku..terima kasih diatas segala kepercayaan dan pengalaman yang anda berikan"

Bulan Oktober bakal menjelma yang menandakan tinggal 2 bulan setengah untuk aku berada di INTAN menghabiskan baki kursus DPA yang sedang aku jalani sekarang ini. Alhamdulillah disebalik tekanan dan bebanan tugasan daripada pelbagai modul yang dilalui aku dapat tempuhi dengan jayanya walau terkadang aku hampir mengalah dek rasa menyampah dan rasa hati yang bengang dengan beberapa keadaan yang aku rasakan tidak perlu pun dilakukan untuk kursus seperti ini. Namun, apakan daya bak ayat popular bagi peserta DPA "layankan ajer.."

Dalam aku menjalani beberapa modul dalam kursus ini, banyak perkara yang telah aku pelajari dan aku menyedari banyak terbabas dan lari dari pendirian aku selama ini. Semakin DPA ini menutup tirainya semakin aku menjadi pendiam dalam dunia puisi ku..aman damai rasanya.. tanpa perlu melayan pelbagai perkara yang menyesakkan jiwa dan pemikiran.

Setelah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada orang-orang tersayang, maka aku telah mula membuat perancangan jangka pendek dan pelan jangka panjang bagi mengatur halatuju kehidupanku. Haruslah, asyik memeningkan kepala dengan pelan dan perancangan ekonomi negara biarlah pula aku mengatur pelan kehidupan aku pula sementara aku tidak sibuk dan tidak dibebani hal kerja ni..dah mula bekerja nanti payah nak planning..so, paling tidak, selesai sahaja kursus dan mula bekerja hanya tinggal untuk langkah implementasi sahaja.
orang-orang tersayang

Orang-orang tersayang aku telah memberikan aku segala kebebasan untuk aku merasai nikmat hidup. Maksudnya masa untuk aku enjoy dan melakukan apa jua aktiviti yang aku inginkan. Mencari dan mengambil sebanyak mana pelajaran dan pengalaman hidup dalam pergaulan seharian. Kini, seharusnya aku mula merancang untuk menikmati kehidupan yang lebih terurus dan punyai objektif yang jelas. Dalam perancangan yang telah direncanakan, terdapat 2 jenis iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendek dalam tempoh 4 tahun ini, aku, Zaki dan Emi bercadang untuk menjalankan perniagaan usahasama antara kami. Projek ini aku telah dapatkan khidmat nasihat dengan pegawai agrikultur Kementerian Pertanian dan rakan pegawaiku yang menjaga projek-projek sedemikian. Urusan tanah insyaALLAH Zaki & Emi boleh selesaikan..InsyaALLAH doa-doakan projek murni ini berjaya dilaksanakan sepertimana yang dirancang..paling tidak tahun depan dah start projek nih..insyaALLAH..tidak mahu terburu-buru yang mana akhirnya nanti memakan diri kami..paperwork kena kuat beb!!!
rindunyer nak berkerja seperti dulu..hmm

Dalam tempoh 4 tahun ini juga aku telah merencanakan dan set up azam bagi kerjaya hakiki aku sebagai PTD ini, dalam tempoh 4 tahun ini aku akan pastikan 2 perkara dicapai iaitu ambil dan graduate pengajian master di UKM (yang mana telah lebih sebulan aku search, thanks to my sister's friend pensyarah kat UKM yang bantu aku pilih pogram kursus yang sesuai) dan kenaikan pangkat (yang ni aku akan make sure naik pangkat selayaknya dengan ilmu yang mencukupi!!!). Bak kata pujangga lama 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Yupp!! aku akui my job pays me peanuts, yet I got all power and better networking with it..so what the heck?..
with my former MOF's Minister.

Perancangan jangka panjang lebih ke arah membina keluarga. Namun, ia tertakluk kepada jodoh pertemuan dan qada' & qadar ALLAH SWT. Perancangan jangka pendek banyak kesinambungannya dengan pelan jangka panjang ini..semoga ALLAH permudahkan dan memperkenankan urusan dan perancangan kami bertiga..amin.

Mungkin ada yang senyum sinis bila membaca apa yang aku tuliskan ini, tidak mengapa itu adalah hak anda untuk menilai dan menyatakan pendapat anda. Namun bagi aku, ini perancangan kehidupanku dan dibimbing dan dipantau bersama oleh orang-orang tersayang disampingku. Selagi orang-orang tersayang masih ada disisi ku, selagi itu aku yakin untuk merealisasikannya..dan aku bersyukur kerana aku mempunyai mereka yang menyayangi dan tidak mahu aku terus terjerumus ke arah sesuatu yang tidak pasti..

Dalam tempoh 4 tahun aku bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan ini, dan selama 2 tahun aku mengikuti aktiviti-aktiviti sosial yang memang banyak mengajar aku mengenai lumrah kehidupan dan perangai manusia, mencukupilah segala pengalaman yang aku telah lalui dan aku ingin kembali kepada diriku yang sebelum ini yang mana lebih teratur dan tidak disesakkan dengan bebanan masalah yang sungguh tidak matang yang semakin menguasai akal fikiranku dan mempengaruhi corak pemikiran serta justifikasiku dalam membuat pertimbangan akan sesuatu perkara.
Aku telah memulakan langkah sedikit demi sedikit, meninggalkan aktiviti dan segala yang tidak membawa sebanrang kepastian..mungkin suatu hari nanti apa yang akan ku lakukan dipertikaikan dan dimana kredibiliti dan imej ku dipersoal oleh kelompok tertentu..aku sudah mula untuk lali dan tidak mengendahkannya..biarlah kredibiliti aku dipersoalkan di arena tersebut yang tidak punyai makna dan kepastian tetapi sewajibnya aku menjaga kredibiliti aku sebagai pegawai kerajaan yang menentukan dasar negara, bertanya aku pada kalian manakah yang lebih utama?

LEBARAN SYAWAL 1430H

Assalamualaikum...

Masih tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada rakan dan taulan yang mengenali diri ini..puasanya sebulan harusnya juga Raya nya sebulan kannn...

Raya aku tahun ini agak kelam kabut sedikit memandangkan ketiadaan masa untuk membuat persiapkan diri mahupun kelengkapan rumah, ye lah sekarng nih dah 2 buah rumah..tak terdaya rasa nyer apatah lagi dengan keadaan diri yang masih berkursus. Namun, masih meraikannya dengan persiapan sederhana untuk diri dan rumah di Putrajaya, bagi rumah di kampung tahun ni di urus sepenuhnya oleh kakak dan abang aku..alhamdulillah..jimat sikit..sah-sah baru pas renovate rumah kampung..hahahaha..aku cuma tambah modal untuk sofa rumah jek..sentap tengok sofa rumah cantik gila..dah tu memang dari jenis yang aku pulak berkenan..ishk....!!! pakal je umah mak dan niat untuk mak gak..kalu tak memang selamat lah...hehehe.

Sepanjang raya nih tak banyak sangat aktiviti..raya pertama memang 'sakit' sikit lah..semua saudara mara datang beraya kat kampung tahun nih...wahh penuh rumah macam ade kenduri kendara...dengan ada yang terlajak rumah coz tak cam lg rumah nih coz dah renovate ...memacam peel..raya kedua turn aku plak merayap kannn..aku dan aadik-beradik lain gi serang melaka..jelajah melaka..kata darah keturunan Melaka + N9 kannn...memang enjoy..raya ketiga aku beraya dengan membe-membe sekolah dulu..merayap sampai Kuala Pilah..terus jumpa membe yang tengah sama-sama kursus kt INTAN..ADO Pilah kiter...hehehe..memang layanan istimewa daripada keluarga dia..sungguh tradisional konsep kuih muih yang disediakan..dari Pilah gerak ke Felda Labu Johnson pegi umah akak angkat aku zaman sekolah dulu..masak jammed kat Bukit Putus..tp konvoi 3 buah kereta so tak terasa sangat..memang enjoy..diorg ikot je mana yang aku ajak pegi..yang penting aku dapat duit raya okeh time beraya kat LBJ..senyum sokmo lah heheheh... raya ke empat duduk kat umah jer..ada juga saudara mara lain yang dari jauh datang..so meraikan lah tetamu...dan bersiap-siap untuk pulang ke Putrajaya ke esokkannya..

Bagi aku raya tahun ni tetap meriah seperti yang sebelum ni, walaupun agak kelam kabut wat persiapan, yang penting dapat jumpa geng-geng lama...memang ke 'hawau' free2 je coz lama sangat menyepi..but..diorg masih seperti dulu..regardless apa jua keadaan mereka sekarang ini.. dan aku gembira dengan keadaan tersebut.

DEB dan rasionalnya...

Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan ini sering kedengaran suara-suara yang bersiulan yang mahukan DEB atau Dasar Ekonomi Baru dimansuhkan. Aku bukan lah seorang yang mengetahui secara total jauh sekali pakar dalam bidang ekonomi yang mana mampu mengulas secara menyeluruh berkenaan dasar tersebut. Namun, aku merupakan salah seorang daripada jutaan kaum Bumiputera Melayu yang mendapat manfaat daripada pelaksanaannya. Melalui pembacaan dan seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak agensi kerajaan mahupun swasta, aku bolehlah memberikan sedikit pengertian dan pandangan aku yang tidak seberapa ini berkenaan dasar tersebut.

1. **secara ringkasnya matlamat DEB adalah untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menghapus indentifikasi kaum melalui fungsi ekonomi (chedet.com)

2. Mungkin umum ada yang mengetahui dan bagi yang tidak maklum DEB telah di 'set up' kan oleh golongan 10 orang bijak pandai & pakar-pakar ekonomi dari Havard University yang mana dikenali sebagai "The Havard 10". Pakar-pakar ini bersama para pemimpin terdahulu yang begitu mementingkan keperluan dan kebajikan rakyat daripada diri sendiri telah mengkaji untuk bagaimana menghapus dan mengurangkan peratus kemiskinan negara tanpa mengira kaum dan ketika itu juga kaum Melayu dan Bumiputera lain berada jauh kebelakang dalam sektor ekonomi akibat amal laissez- faire.

3. Setelah mengkaji dan melakukan penyelidikan maka terhasillah DEB yang distrukturkan oleh mereka yang bukan Bumiputera samalah juga ketika Perlembagaan Negara direncanakan oleh Suruhanjaya Reid yang juga wakilnya bukan terdiri daripada mana-mana kaum dalam negara ini.

4. **Ketika ia dilancarkan peratus kemiskinan adalah pada paras 40% dan kini turun kepada 5% (chedet.com) jelas menunjukkan matlamat asalnya tercapai. Secara jelasnya memang kelihatan kaum Bumiputera telah menunjukkan peningkatan dalam pelbagai bidang. Dalam bidang ekonomi khususnya peratus Bumiputera yang berjaya keluar dari garis kemiskinan telah meningkat, hasil daripada peningkatan dan penumpuan dalam sektor pendidikan (pelajaran). Begitu juga kaum India, Cina dan Bumiputera lain juga mendapat faedah darinya.

5. Dengan lahirnya kaum Bumiputera yang berpendidikan, membolehkan mereka bersaing dalam pelbagai bidang profesional yang sebelum ini sukar ditembusi oleh Bumiputera. Ia juga mampu melahirkan ramai pakar Bumiputera dalam pelbagai bidang.

6. Mungkin ramai yang tidak mengetahui dan mempersoalkan berkenaan Amanah Saham daripada PNB, untuk makluman ia diwujudkan dan diagih kepada Bumiputera bagi membantu Bumiputera dalam memperoleh pegangan saham. Namun, ia juga dibuka kepada kaum bukan Bumiputera mengikut kuota yang ditetapkan, namun unit trust yang tidak dibeli oleh Bumiputera dibuka kepada kaum bukan Bumiputera untuk membelinya. Tidak adilkah lagi?

7. Sektor pendidikan telah berjaya mengeluarkan semua kaum daripada garis kemiskinan dan membolehkan semua kaum merasai dan menjalani sistem pendidikan bersepadu iaitu sistem pendidikan kebangsaan. Sektor pendidikan dileralisasi bagi membolehkan semua golongan kaum menerimanya dengan baik dan menfaatkannya.

8. Berikutan kejayaan The Havard 10 dalam menstruktur dan kejayaan Kerajaan melaksanakan dasar DEB ini, kini dasar DEB ini telah menjadi bahan penyelidikan oleh para cendiakawan Havard University.

9. Kejayaan dasar DEB ini juga sebenarnya hasil kesefahaman bersama antara kaum. Janganlah terlalu melihat pada pandangan secara kasar,namun lihatlah pada nilai-nilai yang mana ia berjaya menfaatkan semua pihak tanpa mengira golongan dan kaum.

10. Saya mengakui, semakin kita menongkah arus zaman globasasi ini dan seiring dengan peredaran zaman sekarang, perlunya dasar ini diperhalusi tanpa menjejaskan terasnya..namun untuk menghapuskannya adalah sesuatu yang merugikan bukan sahaja pada Bumiputera malah seluruh kaum dimana penumpuan ekonomi kepada 1 pihak sahaja iaitu amalan laissez- faire. Hasilnya? Saya biarkan anda memikirkan kesannya.

11. Saya bukanlah bijak pandai, namun kerasionalannya dan manfaatnya saya perolehinya. Dasar keterbukaan dalam DEB ada jika semua melihat pada terasnya. Nasihat kepada golongan yang berjaya hasil DEB mahupun dia lahirnya hasil daripada keluarga yang mendapat manfaat melalui DEB ini,janganlah pula menjadi duri dalam daging dan menyalak menyuruh dasar ini dimansuhkan. Anda telah berjaya tanpa disedari melaluinya, dan biarlah mereka yang masih bertatih untuk merasai keuntungan dan kemewahan yang anda rasai sekarang.

Niatku bukanlah untuk bersifat perkauman, aku hanya merasionalkan diriku dan ini adalag pandanganku. Aku punyai rakan taulan yang berbilang kaum, mereka memahaminya mengapa bukan kita sendiri?. Kepada pelampau-pelampau perkauman, usahlah mencurahkan minyak dalam bara api hanya untuk kepentingan peribadi. Aku tidak mewakili mana-mana fahaman politik, namun aku sayangkan bangsaku dan juga kesepaduan kaum diantara rakan taulan ku yang lain. Renungkanlah dan selamat beramal di bulan mulia ini.

Blogger Templates by Blog Forum