jgn jatuh riak dgn terlalu menunjuk2..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

 Salam Rejab semua.. 
Lately agak bz..tanggung keje boss skejap pasal boss pegi kursus 3 minggu..hadoi..
boss sila la balik cepat..sya x larat nk pi meeting hari2 kat luar..siyes memenatkan 
SILA CEPAT BALIK..saya plak nk cuti n kursus..
Aritu dgr majlis ilmu..topiknya menarik..tp aku dah separuh jalan la..
aku tertarik pada sesuatu sampaian ilmunya..
bila jatuh riak..hanya balasan dunia pujian..
Beliau menyatakan:
" sentiasalah membasahi lidah dengan zikrullah dan kata2 yg baik kerna ia merupakan amalan yg baik, namun sering kali kita terlupa akan wasadtiahnya..yakni mengungkap zikrullah dan kata2 seperti alhamdulillah, bismillah, Allahuakhbar, subhanallah, itu dgn bersederhana, cukup untuk kedengaran halwa sendiri kerna keikhlasan dan ungkapan itu benar2 diungkapkan atas dasar hubungan kita dengan Allah..dalam hati hanya kerana Allah"

Beliau jelaskan lg..kini.. org zmn skrg cakap kuat..sebolehnya nak semua org dengar..mungkin dia x bermaksud begitu..mungkin benar dimaksudkan ikhlasnya ungkapan demi Allah..namun, dalam tidak sedar ia jatuh riak dan seolah cuba membuktikan bahawa " ye saya org yg dah berubah menjadi alim.." nauzubillahhi minzalik..

" wajib kita menyahut azan dan solat berjemaah di masjid atau surau..pahalanya 27 kali ganda..namun seringkali kita lupa akan wasadtiahnya..lebih molek andai kita tidak perlu memberitahu/ memaklumkan dengan kepada kekasih hati kita, kepada kawan kita atau kepada sesapa bahawasanya kita nak ke masjid/ surau..seolahnya kita nak bagitau kepada mereka " eh aku solat kat surau"...niat kita baik..tapi boleh jatuh riak kalu terdetik/ sekelumit ada rasa hati "biar kawan/kekasih/rakan tau aku ke masjid..nak tunjukkan yang kita ni baik/ berubah baik.."

"berhiaslah kamu wahai isteri untuk suamimu..pahalanya kan berganda" tapi sering kali kita lupa kita mahu tunjukkan kepada orang disekeliling bahawa akulah yang paling segak bergaya/ cantik berseri.."aku pakai baju baru harini..biar org puji"..maka jatuhlah riaknya..


Ayat kat atas tu setakat yang aku rekod dalam hp..tetiba terdetik hati nak rekod..hanya doa ku..semoga apa jua amalan ku tidak jatuh riak..semoga benar2 ikhlas..semoga diterima Allah SWT..dan bukan menunjuk2 atau cuba membuktikan yang aku budak baik.. insyaALLAH.

fikirkan dulu..walau sekilas

Assalamualaikum..

pergh giler lama x post anything..jiwa kaco bhaii..xpa la bkn ada reader..

walawehh..baru punya layout gua x reti bhaii..sgt la pelik..xpa gua nk buat post pendek ja..

haaa..gua dah tua..29 tahun..bakal nak masuk sweet 30..(suhweet la sgt ko..dush!!)
gua masih mcm dulu tp mungkin ada lainnya..tp as gua punya watermark what will be will be..and I still I am..

Gua ada nasihat la (utk diri gua jugak - ayat cliche!

"JANGAN BERKAWAN KALU TAK MAMPU MEMBALAS KEBAIKAN DAN KEJUJURAN KAWAN SELAYAKNYA..
KERANA TINDAKAN ITU HANYA MEMBUNUH KEPERCAYAAN KAWAN ANDA TERHADAP ERTI PERSAHABATAN"

SEBAIK MANA HUBUNGAN ANDA DENGAN ALLAH (ITU ADALAH YG DITUNTUT) HARUS DI INGAT, HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA TURUT DINILAI ALLAH..

JANGAN BERSELINDUNG DISEBALIK SEGALA - BAIK KELUHURAN BUDI DAN KELEMBUTAN TINDAK BICARA; SEBALIKNYA ANDA LAH YANG BERPERANGAI MUNAFIK..JANGAN KATA KEREDHAAN ALLAH SAHAJA YANG PENTING..TAPI TINDAK TANDUK ANDA TIDAK MENAMPAKKANNYA..


Gua ada misi hujung bulan 6 ini..gua kene study lebih..gua nak buktikan kepada 2-3 orang KPSU yang memandang remeh diri gua..seolah tidak layak ambil course tu..bro..gua tau lu org gred besar n dah lama..sume benda hujung jari lu org..tp nama gua naik atas suggestion KPSU gua sendri and Dato gua (merangkap boss lu orang juga)..lu org x brani cakap/ protes dpn KPSU/ Dato gua..lu minta org admin sampaikan pada Dato..lu org mmg kecut..cukup2 hasad dengki bro..Allah bagi lu org segalanya kecerdikan dan kepandaian dalam ilmu cukai ni bukan untuk lu orang menunjuk2 apatah lagi utk lu orang pijak orang lain..tapi utk lu orang berkongsi supaya kecerdikan lu orang tu dinikmati oleh semua orang dan secara x langsung dapat membuahkan cadangan yg baik yang mana membawa kepada kebaikan rakyat seluruhnya ---bukan kah itu lebih afdal ilmu ko bro??? bertapa besar pahala lu org leh dapat..

lu org komplen gua x cukup ilmu lg n not senior..bro...psl gua x cukup ilmu la gua stuju amik course tu atas cadangan Dato n KPSU..lu org dah merata dunia pi belajar..lu orang nak dengki apa lagi..kalu ikut lu orang punya criteria 2 kat atas tu x cukup ilmu & seniority - meh gua tanya 1 soalan " sampai bila?? orang sama yg dapat ilmu..org yg kata junior sampai sudah xkan cukup ilmu..then lagi 1 kalu lu org duk nak hantar senior je..ok lah..pehtu senior xleh buat keje..atau makan gaji bute - BERBALOI KE???

Adoihaiii...dulu gua hadapi isu sama bila nak amik CCP kat bank dulu...itu isu perkauman..ni sesama melayu pon nak berdengki..gua rasa sume sama je bangang! sampai sudah bangsa ko kene takik ko tau kalu buat pangai gini..

Dugaan

Assalamualaikum..

Entah mengapa tahun 2012 benar2 mencabar segala ketahanan diri ini..tanggal 28 Mac 2012 jam 1 lebih pg mak aku pengsan dan dimasukkan ke hospital tampin..aku yg lena tido dibuai mimpi mengelupur bangun bla dapat tau mak aku xsedar diri..time tu jam 2 pg lebih xtau nak buat menda..badan lemah longlai..kepala berpinau sebab bangun mrngejut..darah tinggi aku pon dapat aku rasakan mulai meningkat..aku cuba bertenang..since ubat aku tinggal kat opis..

Sejam lps tu dalam jam 3.35pagi aku nekad balik kg..nak trus ke hospital mmg xleh so aku balik umah..hati resah xkeruan..selagi x tgk mak aku..langsung x tdo dr dpt kol sampai la sepanjang hari khamis tu..aku selamba masuk wad..luruh jantung rasa melihat badan mak aku atas katil tu...xtau nak cakap apa just terasa sgt kosong..setengah hari menemani mak aku kat wad..sayu sangat hati..tp alhamdulillah mlm td mak sedar..masih lemah..

Ya Allah bertapa besarnya ujian Mu kepadaku sepanjang awal tahun ini..selisih paham dgn bos..dikhianati kawan yg telah ku anggap bagaikan adik beradik..kini dugaan keluarga pula..Ya Allah andai ini qada dan qadar mu aku terima..yakinku ke ats hikmah disebalik ketetapan Mu Ya Allah

Mencari ketenangan di tengah lautan...

Assalamualaikum..



Syukur aku ke hadrat Allah SWT..kerana dengan kehendakNya aku kembali mempunyai kecekalan,..ketabahan untuk menempuh hari-hari aku yang memang menyakitkan sepanjang 2 bulan ini..terima kasih ya Allah kerana mendengar rintihan yang telah kutitipkan..syukur aku ke atas kesedihan yang telah Kau berikan yang mana ujian kepada ku..menyedarkan aku ke atas kelalaian dan kekhilafan aku terhadap mu ya Allah dan mengembalikan aku ke jalanMu..semoga ketenangan yang ku idamkan kan ku beroleh di kemudian hari dan aku yakin dengan Qada' dan Qadar Mu ya Allah..

Sejujurnya 2 bulan ini amat2 menghiris rasa hatiku..menyentak segala kemarahan ku..menjadikan aku seorang yang bukan diriku akibat amarah yg membuak..aku jadi tidak amanah ke atas diri ku sendiri..betapa sakitnya rasa hanya Allah sahaja yang tahu..sampai aku sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk melepaskan dia..suatu yang amat berat dilakukan..keputusan yang cukup besar..seseorang yang telah ku anggap sebagai ahli keluarga...aku masih ingat setiap baik kata sumpah ku.."Dengan nama Allah dan Al-Quran (saat ini aku memegang Al-Quran)..aku melepaskan persahabatan ku dengan KF.." betapa aku kecewa tika dan saat itu..saat sumpah itu dibuat adalah selesai aku membaca Al-Quran selepas solat Maghrib hari Jumaat kat opis..sehari sebelum itu memang aku gaduh besar..sampaikan aku hampir pitam kerana darah tinggi aku benar2 mencanak tinggi naiknya..sampai Kak Zira n Kak Nadia balik lambat takut jadi apa2 kat aku since muka aku pucat semacam..Putri pun datang..riso kot-kot aku tumbang..memandangkan dah seminggu aku xleh tdo pasal perselisihan ini.

Selepas hari itu, segalanya berubah..setiap hari aku kosong..untuk menghadapi setiap detik waktu di opis dirasakan bagaikan pisau yg menghiris setiap kulit aku..aku nekad meng"invisiblekan" apa saja dihadapanku kat opis tu..kelu lidahku..setiap masa aku akan balik awal..setiap hari air mata menitis menahan kesabaran dan rasa dikhianati..aku tahu dia pon rasa terseksa dengan keadaan itu..segala perkara dan aktiviti yg selama ini kami lakukan bersama menjadi duri dalam dagingku..pernah sampai Broga..namun segalanya terpancar..trus saja aku pulang tanpa pikir apa2..badminton apatah lagi..trus saja aku tinggalkan..aku kerap jogging malam..mengisi setiap rasa sedihku dengan memenatkan diri..Add dr mida banyak membantuku dan menemankanku..Puan Mahfuzah dan En Amin..banyak menasihatiku..tapi aku x mahu dengar..mereka benar2 paham rasa hatiku..dan memberi masa kepada ku..

Aku tahu..dikala saat itu..dia takkan pikir apa pun kerana dah ada penggantinya..so kalau hilang aku pon xkan rasa apa2..so..apalah sangat aku ni..disaat aku tenggelam dalam kegundahan rasa hati yang berkecamuk..saat aku blank dan kabur dengan pelbagai rasa..Allah itu sememangnya Maha Pengasih kepada hambaNya..aku jogging senja tu...lalu tepi Masjid Besi. berkumandang seseorg tengah mengaji mengalunkan ayat suci Al-Quran..sementara menanti azan Maghrib..saat tu aku rasa hiba dan syahdu...terdiam aku memerhatikan ke arah Masjid...Ya Allah, bertapa aku lalai dan alpa..bertapa aku jauh dari kitabMu..menitis air mata tanpa aku sedari..mulai saat itu..stiap kali aku mulai sedih dan hiba..aku cuba mengisikan nya dengan membaca al-Quran..sedikit sebanyak rasa hati yang gundah akan berkurangan..

Lama-kelamaan aku jadi makin tidak kesah dengan keadaan sekeliling..terpulanglah hak masing-masing..aku meneruskan kehidupan ku..dan usahaku untuk memperbaiki diriku..lantak la apa org nak kata...lalu fatie offer kat aku sama ada nak ke Mabul ke tak..trus sahaja aku bersetuju...aku x pikir nak dive ke..snorkeling ke hapa..hanya aku perlukan ruang masa untuk aku sendri..hasilnya 22-26 Mac 2012 aku ke Mabul..

Saat ini kosong..bertemankan kerusi malas memerhatikan permandangan lautan yang terbuka luas dan keindahan matahari terbenam..malam pula menikmati taburan bintang yang seakan menari-nari diawangan..subhanAllah cukup mendamaikan..dalam kedamaian itu aku mencuri masa memikirkan permasalahan aku dgn dia..dalam hal ni telah ku putuskan sumpahku..dan bukan penting mencari siapa kebenarannya..siapa betul atau salah..aku yakin dengan keputusan ku..

Rezeki aku juga, saat aku bercuti di mabul..seorang ustaz yang terkenal dalam TV9  dalam rancangan usrah turut bercuti bersama keluarga dan anak muridnya 3 orang..hari kedua dia mula menegur aku.."dah lama perhatikan riak muka..ada masalah ka?" x tahu kenapa aku terbuka hati untuk bercerita dengan dia..tu yg kene "muka garang tapi hati puding"..cisss.. atas beberapa nasihat dia..aku cuba memperbaiki diri aku..insyaALLAH...

Warm welcome to 2012..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

Kehadiran tahun 2012 dah lama dah menjelma..tp baru nih nak update..biasalah..kang kata bz keje kang poyo giler..tp bukan bz ke apa..mood tara mari....even FB pon xaktif sgt..acc twitter aku tu pon hidup segan mati xmau...

Ketibaan malam tahun baru pon tidak diraikan..sebab aku kt Kg kot..so mmg tiada la nak sambut2 nih kan..aku duk lepak depan beranda rumah sambil layan Ipod dan mnyakat2 kucing-kucing aku..sejuk hati..wajarlah kucing ini binatang kesayangan Rasullah SAW..tepat jam 12 tu ada la yg bakar mercun..tp tidak la semeriah bandar kan...jadi lah dari xda langsung..

Bila diperhatikan sepanjang tahun 2011, memacam jua perkara yg berlaku..paling xleh aku lupakan kaki & tangan tu retak..paling worst kaki retak tu la..sampai ke sudah terasa..lebih jalan + berdiri sket saket lah!! sukan pon xaktif hampir 3-4 bulan....


 Then untuk Bajet 2012 pula, boleh kata aku fully tdo kat opis..hurmm layan je lah..nak buat guane..kerja..siap bwk bantal & conferter..bawah meja adalah port untuk aku tido..baju bwk untuk stok 1 minggu..hehehhe 



Masa ni kaki aku dah ok sket dah..aku start ke gym dan main badminton semula..asal ada kelapangan kompem lari ke court maen badminton..haha..kene bersukan woo..mewah makan time nih...Setelah tamatnya Bajet pon kami maintain berbadminton setiap Ahad, Isnin malam dan Jumaat petang..pada bulan 11 haritu, terpilih untuk turut serta mewakili MOF bagi kejohanan Badminton Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik antara Kementerian..perghhh x sangka masuk semi final..no 4 keseluruhan Kementerian..ok la kann..

Geng MOF meliputi pelbagai Gred sampai JUSA kalu aku x silap!
Tahun lepas jua adalah tahun aku membawa budak2 opis aku memanjat Bukit Broga..depa pernah dengar tp xpenah naik..then diorg dpt tau aku naik sana hampir setiap minggu then plan la sesapa nak ikot..tetiba boss aku pon nak ikut...so sekali 8 org follow..sayangnya time tu Bukit Broga tu dibakar lalangnya kerana terlalu tinggi..so landskapnya x menghijau..tp ada jugak chanteknya..mcm rare jek..mengah memasing naik Broga tu..hehehehe

 
Selain hal kerja yang aku kehulu hilir tu..ALHAMDULILLAH. segalanya dapat ku lalui dengan baik..betullah kata org2 tua..andai kita pandai merencana hidup kita dan tak hanya melihat & menikmati hidup dengan 1 hala sahaja..segala kegembiraan milik kita..kepelbagaian itu perlu..dan alhamdulillah segalanya mengisi ruang kehidupan aku..

Diharapkan tahun 2012 ini kehidupan aku dunia dan usaha aku mengejar setapak demi tapak dalam hal2 keagamaan itu di permudahkan dan diredhakan oleh Allah..bukan nak jd pendakwah atau apa..cukup untuk aku memperkemaskan tiang utama aku dulu..solat aku tu yg kdg2 pincang juga..

New sport activities to be engaged later in this 2012..apa dia?? sesuatu yg menarik..tp main activiti Broga setiap minggu adalah kewajipan..hehehe

Ghanu..Batik..Monsoon Cup dan Hujan Badainya,..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة


Sabtu lepas 26 November 2011 aku ke Kuala Terengganu dengan Kak K dan maknya. Saya kami ke sana mencari baju batik..hehehe..asalnya mcm xmo pegi coz riso banjir2 musim tengkujuh ni..nak2 plak dalam berita dok kuar citer Terengganu banjir..then Sabtu tu kami gerak adalam jam 9.30 pagi..lewat pasal aku nk kemas umah dan bilik aku dulu + basuh sume baju before gerak dan kak K pon begitu jugak..gerak tu cam biasa aku jadi co-pilot sampai kat Petronas Karak.. kami tawakal je la hujan ke banjir ke hapa..hoho (dalam hati duk ckp harap xbanjir la!!) on the way tu ada 1 lori pembancuh simen terbalik kt Jalan Genting Sempah..habeh tertonggek  lori tu dan xpasal2 la jem kan.

Lori simen terbalik..sebelah lori tu pemandu dia duk mencangkung memikirkan nasib..alahai
Lepas isi minyak and reload TnG/SmartTag, pemandu kereta bertukar tangan..aku plak drive..so aku belasah la Honda Kak K tu..hohoho..sepanjang jalan LPT tu kami xbenti mana2 R&R kami jalan trus je..xrasa nk makan or nak ke toilet ke hapa..tapi sepanjang jalan LPT yg bosan tu..aku rasa mcm lalu pelbagai negara..kejap hujan..then depan sket xde hujan..then masuk hujan balik..dari jauh dah nampak hujan..siap cakap dengan Kak K kesian dgn kereta dia psl kejap rempuh hujan kejap panas kejap hujan kejap panas..tapi paling ngeri masa dalam 4KM before exit Gambang, kereta Toyota Unser sorang pakcik ni (husband & wife) eksiden cantik2 depan mata aku! Aku dah peratikan pakcik nih sejak dari Temerloh lagi..suka cucuk2 and pantang ada org potong kete dia, dia mesti kejar n potong balik..aku masih igt time tu aku tengah cucut 140KM/j so memang pancung habeh la dia dok lorong kanan tapi bwk 100KM/j..mmg mendapatla aku potong lane tengah..aleh2 dia cucuk aku..then aku slowkan kete, psl nampak sekelompok hujan lebat kat depan tu..memang sah2 lebat sebab aku perasan 1 Wira ni masuk trus xnampak dah..so pakcik Unser nih dengan penuh bangga potong & pecut..dengan muka wife dia ni siap pandang2 jeling2 aku..aku sengih je & berbisik dalam hati..mau jugak pakcik nih eksiden kan nih..Allah nak tunjuk mmg betul..elok je dia potong aku & masuk kt kawasan hujan tu trus dia hilang kawalan..kereta terpusing2 dan terus hentam Wira tadi..Wira tu berpusing2 dari lorong paling kiri trus hentam pembahagi jalan kat lorong kanan..hentam 2 kali..sekali kat belakang then berpusing lg hentam depan lak..kereta Unser tu berpusing hentam pembahagi jalan paling kiri trus melintang kat situ..kereta Wira plak benti jalan tengah2..aku plak masa tu seb baek dah slowkan kete ke 120KM/j..sempat mengelak brek..tapi aku xbenti..siyes bahaya dowh..hujan mmg tgh kuat time tu..aku hanya lalu je x benti (KEJAMKAN?? tapi kalu aku benti ke sisi tepi lagi teruk eksiden yg bakal aku tgk sebab selepas tu pon ada org langgar lagi) sebabnya hujan tengah lebat kedua2 kete dah blok lorong kiri dan tengah..mmg xde kete benti aku rasa..)

Kami trus ke exit Jabor, kluar je kami benti kat area Kemaman, ade 1 tempat tu satar dia mmg terbaek..aku tau sebab masa PTD Unggul dulu, before reporting aku dan abg aku melepak makan kat situ. then kami solat dan trus ke Kuala Terengganu..


teringat2 zaman belajar - area Kerteh
 Kami duduk kat Seri Malaysia Marang since htel sume penuh pasal Monsoon Cup, deymm..Wilayah Koridor ECER Dato' Jeba ada offer VVIP pass & provide hotel tapi kami x ambil..xmo ambik kesempatan..lgpon mak Kak K ada..dia pon xbrapa suka..malam tu kami makan kat area Kelulut..terbaek broooo..sotong celup tepung sume best!!! makanan laut segar bugar bai!!! Mak kak k belanja kami hohohohoh... malam tu kami merayap jap ke Batu Burok dan pi Teluk Ketapang jalan2.

Esok (Ahad), bangun pagi aku digegar dek kak K..dia tido sebilik dgn mak dia..akutido bilik berasingan..terkujat aku tepon bilik meraung2 pepagi bute..lepas mandi trus kami berdua pi pantai melepak2 sambil main air..ye yg main air tu kak k okeh??? cam budak2 kanak ribena..aku plak kene peratikan..riso kot2 ditarik ombak...hadoiiiaiii..tepat jam 10 pg kami bantai ke Pasar Payang..so bermula la aktiviti shoppping menyopping sakit dowh kaki..pas satu2 kedai kami masuk..so in total 8 helai batik hahha..rabak poket haku! pas shopping aku & kak K bantai pi Pulau Duyong tgk Monsoon Cup..to be frankly.. BOSAN!!!! mak kak k menten sopping..dalam hati menyesal x ikot mak kak K pi bershopping...hohoho balik tu kami mennyinggah kat Batu Burok (again!!) solat & makan2 kat situ


Memandangkan Isnin tu Birthday Pinoy..kami decided belikan dia baju batik untuk dia..hahahah sgt kegomenan kann?? xtau la kami nak belikan hadiah apa utk dia..senyum2 simpoy dapek baju..huh! Dasar manja!

Kami balik pagi Isnin tu..dari Marang ke KT dulu sebelum balik KL pasal kami nak byr saman parkir and beli barang lagi sket..bertolak dari KT sharp2 10.30am..aku drive all the way dr Marang-KT-KL-Putrajaya non stop..kak k membuta baik punya..aku belasah kete 160KM/j.. jam 2 dah kat Temerloh..solat then cont' journey balik..mak aku kol suh balik kg..so sampai je umah tukar kete aku trus balik Rembau..bapak penat bro!!! drive non stop KT - Rembau!!

Melaka owh Melaka..Kerja owhh Kerja

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة


23 November  2011 (Rabu) aku di arahkan oleh YBhg. Dato' untuk menyertai Lawatan Inspektorat ke Kilang Sunpower di Melaka. Pada asalnya nama aku x naik memandangkan aku perlu menyediakan maklum balas dan menghadiri mesyuarat di MIDA. Namun, ntah kenapa mlm sebelum tu dapat call dari Dato' minta pergi kerana bagi permohonan galakan cukai syarikat ini di sediakan oleh aku.. lawatan ini bukan lawatan kilang biasa tapi pre-audit ke atas syarat-syarat yang telah kita kenakan.

So, pagi tu aku jemput Hafiz kat umah dia ( gediks nya la budak sorg nih..berjemput berhantar bagai..adoiii) dan terus gerak ke MIDA. Sampai sana Puan Mahfuzah dan Mas dah ada..diorg pon terkejut aku ada. Puan Mahfuz senyum besar pasal mmg sah2 aku yg tahu perihal kompeni nih..hafiz sebok nak duk sebelah aku..yg aku plak duk sebelah puan mahfuz..hahahha saja!! macam biasa namanya pon pre-audit, so banyak la soklan kena taram kan?? kesian kompeni tu..tapi betul la..win2 situation la..senyum orang MIDA dengan teletah aku time tu..

Tengaharinya kami makan di Selera Tomyam di batu berendam..boleh tahan jua lah sedapnya..hehehe..petang tu kami melepak kat KL Sentral before balik..Aku banyak membuta la dalam bas..Pino sampai mengadu dgn kak k kata aku tdo berdengkur..hampes pino..mana ada aku berdengkur...cheh!!

Blogger Templates by Blog Forum