Showing posts with label FC. Show all posts
Showing posts with label FC. Show all posts

BOMBASTIK..katenyer ler....


time baru je lepas padam Oil Spill..
macam orang baru balik dari angkasa pon ada gak rasanya..

Jam 9.30am aku bergerak ke Bangsar hantar Edna pergi kerja since kebelakangan ini dia selalu tido rumah aku..hehehe weekend sahaja lah..dari NST bergegas ke INTAN semula..yup aku kembali ke INTAN untuk menghadiri modul luar/ beruniform ku yang terakhir..ketika sedang menunggu kehadiran rakan-rakan sidang yang lain aku buat lah list check barangan aku..hmmm padanlah muka aku..dengan ubat gigi tinggal dan beberapa barang lain banyak tertinggal..hehe bergegas kann..sapa suruh tak kemas dari semalam..Edna dah ingatkan aku tapi ye ler aku kan bega sket..Actually aku dan Edna sampai Putrajaya jam 8.15pagi dari Nilai. Dari rumah Kak Deng untuk tolong apa yang patut selagi aku ada tanggungjawab kat komuniti itu.

So, pagi tu kami sampai ke Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Baru dalam jam 12.30pg..terus pegi makan dan kemudiannya diberikan taklimat untuk perjalanan sepanjang seminggu bagi modul ini. Secara ringkasnya pelbagai aktiviti yang dilakukan yang mana banyak menyedarkan betapa pasukan bomba ini memerlukan ketahanan yang benar-benar solid. Masyarakat kurang prihatin akan jasa dan bakti para anggota bomba berbanding polis dan tentera,namun ketahuilah belum tentu anggota tentera atau polis mahu melakukan apa yang sedang dilakukan / tanggungjawab bomba ini.

Seopanjang disana, kami didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab sebenar bomba dan diberikan peluang merasai bahana API itu..memadamkan api bukan semudah yang disangka..banyak kaedah dan paling penting..BERAT seh barang-barang seperti hos, nozle, BA, suits dan banyak lagi..hurmmmm..


Aktiviti rumah asap yang gelap gelita nak mampus

Disini juga kami didedahkan untuk bagai mana memadamkan api ketika kebakaran minyak petroleum, pembakaran dalam kontena, open fire dan buat repelling untuk aktiviti menyelamat. Selain itu, kami didedahkan kaedah membawa mangsa yang betul ketika menyelamat. Memang seronok ketika menjalani aktiviti ini..masa Khamis petang kami bertolak ke Kalumpang untuk berkhemah..giler arr rentas desa sambil bawak hos yang beratnya 10kg tu kt belakang badan nih..dengan beg barangan lagi..uihs berat wehhhh..

latihan pemadaman api terbuka

latihan Repelling..4 tingkat ketinggiannya..

latihan CNBT, giler terasa bahang api, walau pakai baju khas
memang best..nampak seni api tu..heheh


Sewer..hehe aku suke..

Latihan terowong bawah tanah sewer nih memang best, melatih sikap konfiden dalam diri..dengan keadaan yang sempit dan gelap gulita tanpa cahaya, dengan membawa tong oksigen nyer,..nak merangkak sepanjang 3km memang meletihkan..dah lah dengan oksigen aku habis..tanpa nafas guna BA aku gagahi jugak merangkak menghabiskan saki baki perjalanan..hmmm serius best.

Modul bomba banyak mengajar aku akan ketahanan diri,tingkatkan keyakinan aku dan paling penting menyedarkan aku bertapa pasukan bomba ini kerja nya lebih sukar berbanding pasukan beruniform lain. Lastly, enjoy the video taken by my friend Nor Diana Ismail during our Oil Spill practise but tgklah dalam FB aku ek..nak upload lambat sangat..heheh

Catatan Dihujung Sepi..

Assalamualaikum...

"Aku tidak mudah melupakan segaris kenangan, walaupun tidak mencatatkan latar sejarahnya, watak pelakunya, insiden mengelilinginya, apatah lagi hati yang lebih terluka..biarpun ia terkadang amat perit ditelan namun ia tetap menjadi ungkapan dan kenangan yang segar terpahat disegenap kehidupanku..terima kasih diatas segala kepercayaan dan pengalaman yang anda berikan"

Bulan Oktober bakal menjelma yang menandakan tinggal 2 bulan setengah untuk aku berada di INTAN menghabiskan baki kursus DPA yang sedang aku jalani sekarang ini. Alhamdulillah disebalik tekanan dan bebanan tugasan daripada pelbagai modul yang dilalui aku dapat tempuhi dengan jayanya walau terkadang aku hampir mengalah dek rasa menyampah dan rasa hati yang bengang dengan beberapa keadaan yang aku rasakan tidak perlu pun dilakukan untuk kursus seperti ini. Namun, apakan daya bak ayat popular bagi peserta DPA "layankan ajer.."

Dalam aku menjalani beberapa modul dalam kursus ini, banyak perkara yang telah aku pelajari dan aku menyedari banyak terbabas dan lari dari pendirian aku selama ini. Semakin DPA ini menutup tirainya semakin aku menjadi pendiam dalam dunia puisi ku..aman damai rasanya.. tanpa perlu melayan pelbagai perkara yang menyesakkan jiwa dan pemikiran.

Setelah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada orang-orang tersayang, maka aku telah mula membuat perancangan jangka pendek dan pelan jangka panjang bagi mengatur halatuju kehidupanku. Haruslah, asyik memeningkan kepala dengan pelan dan perancangan ekonomi negara biarlah pula aku mengatur pelan kehidupan aku pula sementara aku tidak sibuk dan tidak dibebani hal kerja ni..dah mula bekerja nanti payah nak planning..so, paling tidak, selesai sahaja kursus dan mula bekerja hanya tinggal untuk langkah implementasi sahaja.
orang-orang tersayang

Orang-orang tersayang aku telah memberikan aku segala kebebasan untuk aku merasai nikmat hidup. Maksudnya masa untuk aku enjoy dan melakukan apa jua aktiviti yang aku inginkan. Mencari dan mengambil sebanyak mana pelajaran dan pengalaman hidup dalam pergaulan seharian. Kini, seharusnya aku mula merancang untuk menikmati kehidupan yang lebih terurus dan punyai objektif yang jelas. Dalam perancangan yang telah direncanakan, terdapat 2 jenis iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendek dalam tempoh 4 tahun ini, aku, Zaki dan Emi bercadang untuk menjalankan perniagaan usahasama antara kami. Projek ini aku telah dapatkan khidmat nasihat dengan pegawai agrikultur Kementerian Pertanian dan rakan pegawaiku yang menjaga projek-projek sedemikian. Urusan tanah insyaALLAH Zaki & Emi boleh selesaikan..InsyaALLAH doa-doakan projek murni ini berjaya dilaksanakan sepertimana yang dirancang..paling tidak tahun depan dah start projek nih..insyaALLAH..tidak mahu terburu-buru yang mana akhirnya nanti memakan diri kami..paperwork kena kuat beb!!!
rindunyer nak berkerja seperti dulu..hmm

Dalam tempoh 4 tahun ini juga aku telah merencanakan dan set up azam bagi kerjaya hakiki aku sebagai PTD ini, dalam tempoh 4 tahun ini aku akan pastikan 2 perkara dicapai iaitu ambil dan graduate pengajian master di UKM (yang mana telah lebih sebulan aku search, thanks to my sister's friend pensyarah kat UKM yang bantu aku pilih pogram kursus yang sesuai) dan kenaikan pangkat (yang ni aku akan make sure naik pangkat selayaknya dengan ilmu yang mencukupi!!!). Bak kata pujangga lama 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Yupp!! aku akui my job pays me peanuts, yet I got all power and better networking with it..so what the heck?..
with my former MOF's Minister.

Perancangan jangka panjang lebih ke arah membina keluarga. Namun, ia tertakluk kepada jodoh pertemuan dan qada' & qadar ALLAH SWT. Perancangan jangka pendek banyak kesinambungannya dengan pelan jangka panjang ini..semoga ALLAH permudahkan dan memperkenankan urusan dan perancangan kami bertiga..amin.

Mungkin ada yang senyum sinis bila membaca apa yang aku tuliskan ini, tidak mengapa itu adalah hak anda untuk menilai dan menyatakan pendapat anda. Namun bagi aku, ini perancangan kehidupanku dan dibimbing dan dipantau bersama oleh orang-orang tersayang disampingku. Selagi orang-orang tersayang masih ada disisi ku, selagi itu aku yakin untuk merealisasikannya..dan aku bersyukur kerana aku mempunyai mereka yang menyayangi dan tidak mahu aku terus terjerumus ke arah sesuatu yang tidak pasti..

Dalam tempoh 4 tahun aku bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan ini, dan selama 2 tahun aku mengikuti aktiviti-aktiviti sosial yang memang banyak mengajar aku mengenai lumrah kehidupan dan perangai manusia, mencukupilah segala pengalaman yang aku telah lalui dan aku ingin kembali kepada diriku yang sebelum ini yang mana lebih teratur dan tidak disesakkan dengan bebanan masalah yang sungguh tidak matang yang semakin menguasai akal fikiranku dan mempengaruhi corak pemikiran serta justifikasiku dalam membuat pertimbangan akan sesuatu perkara.
Aku telah memulakan langkah sedikit demi sedikit, meninggalkan aktiviti dan segala yang tidak membawa sebanrang kepastian..mungkin suatu hari nanti apa yang akan ku lakukan dipertikaikan dan dimana kredibiliti dan imej ku dipersoal oleh kelompok tertentu..aku sudah mula untuk lali dan tidak mengendahkannya..biarlah kredibiliti aku dipersoalkan di arena tersebut yang tidak punyai makna dan kepastian tetapi sewajibnya aku menjaga kredibiliti aku sebagai pegawai kerajaan yang menentukan dasar negara, bertanya aku pada kalian manakah yang lebih utama?

Hakikat hidup berkawan..

Assalamualaikum..

Posting kali ini mudah sahaja, cuma menyampaikan pelbagai persepsi yang mungkin pada sesetengah orang akan memberikan intrepertasi yang berbeza mengikut pendirian dan pemikiran masing-masing. Adat jika berlaku sedemikian rupa, seperti kata pujangga 'setiap kata adalah kata, namun ada perbezaaan dalam pengertiannya' . Kuasa akal fikiran yang Allah SWT kurniakan kepada kaum Adam yang membezakan kejadiannya daripada kejadian yang lain. Setiap apa yang diperkatakan malahan apa jua yang dicernakan oleh akal fikiran lalu disampaikan secara umum dalam pendekatan yang berbeza, akan ditafsir dalam pelbagai bentuk pengertian. Dan sekiranya bagi pentafsir tersebut, seolah-olah mempunyai tali kaitan dengan sesuatu bentuk luahan, ia mencetuskan ion-ion @ cas defensive yang akan cuba untuk menidakkan sesuatu yang mungkin benar yang cuba disampaikan oleh semua pihak kepada pentafsir. Sama ada ia dikuasai emosi atau benar-benar telah mengkaji setiap apa yang telah terjadi lalu meluahkan kata-kata melalui akal fikirannya.

Seperti gambaran diatas..setiap yang akan dilafazkan akan merangkumi semua aspek yang diserap oleh faktor-faktor sekeliling..mungkin ada yang cuba menjaga hati nurani orang lain, membuatkan orang lain selesa maka setiap apa nasihat, kata-kata hatta perbuatannya disulami dengan 'kelembutan' dan 'senyuman', walaupun pun kadang-kadang hati dan sanubari sang pencipta kata-kata tercalar dek perbuatan dan perilaku serta kata-kata. Ibarat menjadi lilin yang membakar diri sendiri dalam cuba menerangi kegelapan kelilingnya. Memujuk diri agar tidak mudah dikuasai emosi dan membenarkan dirinya untuk mengkaji dari segenap aspek. Akan tetapi, semakin hari semakin menjadi keadaan yang sukar pada seorang pemikir dalam menolak kenyataan yang semakin diperkotak-katikkan.
Dalam kelembutan lilin itu membakar diri, ada unsur-unsur yang cuba memarakkan api yang selama ini diam menyala. Mungkin unsur-unsur yang selama ini melihat akan lilin yang hanya diam menyala, jauh dalam kegelapan dan merasakan 'telah @ terlalu mengenali' akan lilin tersebut, maka berlakulah apa yang diperkatakan sebagai perbuatan 'menahan lukah dipergentingan'. Tanpa menyedari lilin itu diam memerhatikan keadaan sekelilingnya dalam cahaya yang malap namun jelas pandangannya.

Sebagai seorang pemikir, seboleh-bolehnya cuba untuk mengelakkan berlakunya situasi yang tidak disenangi dan cuba mencari apa jua maksud dan punca yang menjadi ia sedemikian rupa. Ibarat kata ' menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerakkan'. Supaya akhirnya tidak membakar diri dan merebak ke yang lain dan akhirnya merugikan semua pihak..ialah..teringatkan nasihat uwan ketika berehat bawah pokok rambutan "nak..dah besar nanti hormati orang yang lebih tua walau apapun perangainya, yang tak elok tue toksah diikut, belajarlah dari kebaikan dia..dan sekiranya dah berpangkat nanti..hormati yang tua dan sayangilah yang muda" sering mengiang ditelinga.Rasanya semua orang dimomokkan dengan nasihat ini. Tapi, apa guna jika ajaran orang tua-tua dulu hanyalah sebagai pujangga tapi tidak ada yang mempraktikkan..

Sering jua kita perhatikan,kawan tatkala senang sentiasa ada untuk kita bergelak ketawa, namun apabila kita dalam kesukaran..adakah mereka akan bersama untuk menongkah melangkah dalam mengeluarkan diri dalam kesukaran? Dalam menghulurkan salam persahabatan, apakah yang yang pertama difikiran..adakah keikhlasan disulami dengan rasa kasih dan sayang? atau hanya untuk mendampingi mendapatkan sesuatu yang mana akan menguntungkan diri, dan setelah itu berlalu pergi seolah-olah orang yang menyambut salam persahabatan itu menyambut sekadar mengulurkan tangan..tanpa ada sekelumit kasih dan sayang? Terpulanglah kepada setiap individu itu menilai persahabatan yang dihulurkan..dalam mana pun kita menjaga persahabatan, janganlah kita membawa atau menyampaikan cerita-cerita yang mana kita sendiri tidak pasti hujung dan pangkalnya apatah lagi kesahihannya. Lagilah apabila sesuatu yang disampaikan melibatkan maruah orang..walaupun mungkin pada kita untuk sebagai melawak. Betapa pun kita cukup-cukup muak untuk mendengar rintihan atau apa pun yang kita dengari..diamkan sahaja..bukanlah bermaksud 'tunduk kepala bukanlah untuk dipijak'..tapi itu amanah dan kepercayaan seseorang kepada kita..kenapa kita nak balas 'susu dengan tuba'? semata-mata nak menyenangkan rasa hati dan orang sekeliling?
Dalam bersahabat juga, tidak lengkap sekiranya tidak ada sikap merasakan diri sudah terlalu mengenali rakan atau sahabatnya itu. Percayalah..manusia merupakan ciptaan Allah yang paling sukar diduga tingkah dan perilakunya apatah lagi pemikirannya. Hikmat akal fikiran yang Allah kurniakan. Seperti orang tua-tua sering berkata ' air yang tenang jangan disangka tiada buaya'. Dan setiap apa yang kita laburkan walau atas apa jua niatnya, ketahuilah Allah menilainya dan sekiranya dulu orang tua ada berkata " pelabur habis, palembang tak alah". Ada juga sikap yang mana asal kan tuan punya diri tak kisah..apa perlu orang lain nak kisah dan nak bising-bising..kalau begitu apa perlu organisasi distrukturkan sekiranya kata putus atau asalkan diri tuan tak berbunyi apa. Tidak mengapa tapi ingat lah pesanan ini 'pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan ketawa' dan jangan lah jadi 'gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan'.

"KAWAN-KAWAN....SABAR ITU ADA BATASNYA..."

My weekend...**sighhhhhhhh..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. setelah berhempas-pulas berlari-larian..akhirnya dapat cuti seminggu..tapi dalam pada namanya bercuti ade jugak antara kami yang kena hadir seminar 1 Malaysia kat Kiara..hmm off citer tue..juz enjoys the short break given..weekend aku kali ni..ntah..xtau nak describe camner..happy coz ada aktiviti nak buat tapi ada jugak yg pahit..

Sabtu pagi aku bertolak dari IKWAS dan sampai ke Kiara dalam kul 1pm..then tunggu Emi & pakwe dia si Hamdi jemput aku hantar ke Putrajaya..lepak-lepak jap makan coz kami bertiga memang x makan ape pon laei..Emi belikan aku nasi ayam..lepas makan n mandi, Emi kuar pi Alamanda untuk beli barang sket, aku lak gerak ke Seremban jumpa dengan Tegarians dan terus ke Times Square main bowling..seround due...heheh....Lama tak main bowling..ke longkang jua gamaknya bila aku baling bola tu..hehe..

Esoknya Ahad (26 July 2009) ade aktiviti portluck Nubies kt Sg Congkak..aku join lah since Zaki balik Pekan...tp pagi tu terjadi sesuatu yg aku mmg x sangka akan berlaku..aku eksiden kt Jln Kuchai Lama on the way nak jemput Fit, Edna & Kikey kat KL Sentral....BIG THANKS to that STUPID BLOODY HELL punya kete yang pancung tetiba dr kanan ke kiri...aku yang duk lane tengah tertarik stereng ke kiri tp ada lak kete ..aku sentak stereng aku ke kanan juz utk elakkan kete putih nih..stat dr tu mmg kete aku melayang kiri kanan..sakit dowh menahan stereng 1 tangan..tgn lagi 1 duk turun gear..akhirnya aku hentam jugak divider besi..sebelah kiri..aku tarik smula stereng ke kanan dan aku berpusing 2 kali dan benti tgh2 jalan..alhamdulillah kete x banyak..kete kancil putih td dah break mengejut melintang kt jln belah tepi..aku xkuar dari kete..aku tarik nafas then trus pi KL Sentral..aku x kuar dr kete..coz xtau napa..sampai KL Sentral trus aku kol Fit minta naik atas parking..sementara tunggu diorg..aku tgk kete aku..perghh..sentap giler...kompem melayang lah beribu beriban duit aku..aku agak down jugak..seyes...aku sumpah 7 keturunan pemandu kete tuh..seb baek aku x dpt nak amek no plat ko...kalu x...tau lah nasib ko..*****..aku pon jenis bawa kete pancung2 gak tp tau bila dan masa sesuai nk memancung..sengal!!!!!!

cian Ribena aku..baru je melapas rindu kt dia.. ;-(

on the way...tahan kete BKB nih coz langgar lampu merah....heheh

Aku dan yang lain2 truskan jugak ke Sg. Congkak..ade 3 kete konvoi ikot kami dr KL Sentral..aku bawak agak slow compared before this..tu ade gak yg xdapat ikot tuh...sepanjang jalan kepala otak aku merewang2 psl kete aku...tp still leh layan jugak lah ke'enjoy'an kat Sg. Congkak..at least leh kurangkan rasa down aku psl kete nih...tapi walauapa pun..aku bersyukur sebab kete aku x terbalik yang mana mungkin menjejaskan diri dan nyawa aku..aku akui aku bawak laju gak lah 100km/j..coz xde kete..betul lah kate org..walau camner pon kita berhati-hati dijalan raya..kadang-kadang ade org lain yg x reti nak berhati-hati menyebabkan org lain terpalit sama.. juz enjoy lah all the pictures taken by tira as per dlm face book dier..


kunun-kununnyer ler kannn..

gaya anak dara moden panggang ayam
vs
gaya anak dara + mak dara otai panggang ayam


edna naik sheik mengipas dgn tangan2 aku sekali dia libas..bleyh???

Selepas berBBQ budak-budak nih sumer transform jadi badak berendam + dugong jadian..hahaha..layan game air seround dua..

mcm-mcm aksi time nih..ade jugak terselit aksi 18sx..tu aksi dr geng 'Hambek ko' ler tu..heh

Selepas main naik atas darat coz memasing dah meggigil kesejukan..duk jap sambil melantak buah durian dan duku langsat..hehehe..dalam kul 6.30petang kami semua berangkat pulang..huhuh enjoy this activities so much..walauponnn kannnn...kekdahnya hati aku terbakar pasal Ribena kesayangan jiwa ragaku itewwww..

Family Photo

Aktiviti Nubhan FC - Portluck Sg. Congkak

Assalamualaikum..

NFC akan mengadakan aktiviti portluck sambil berpicnic..butiran lanjut berkenaan aktiviti ini adalah seperti berikut:

Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)
Masa : 10 pagi
Tempat: Sg Congkak.
Bayaran: FOC
Requirements: Bawak makanan bebanyak!!!

Untuk memahami lebih lanjut leh check kat NFC, Fit, Kikey, Harney
hehheh..selamat berenjoying dan berlepaking sambil berpicniking...hehehe

2nd Gathering




Salam semua..anda dijemput untuk menghadiri Majlis Sambutan Ulangtahun Pertama Penubuhan Kelab Nubhan FC, sebarang info berkenaan majlis tersebut..sila layari laman web rasmi FC: http://nubhanfc.forumotion.com

kepada semua jawatankuasa yang mengerah tenaga demi menjayakan majlis ini...semoga berjaya dan terima kasih diatas segala usaha anda selama ini...tgl 3 hari lagi...insyaALLAH kita akan menjayakan nya

Blogger Templates by Blog Forum