Showing posts with label PI. Show all posts
Showing posts with label PI. Show all posts

Mencari ketenangan di tengah lautan...

Assalamualaikum..



Syukur aku ke hadrat Allah SWT..kerana dengan kehendakNya aku kembali mempunyai kecekalan,..ketabahan untuk menempuh hari-hari aku yang memang menyakitkan sepanjang 2 bulan ini..terima kasih ya Allah kerana mendengar rintihan yang telah kutitipkan..syukur aku ke atas kesedihan yang telah Kau berikan yang mana ujian kepada ku..menyedarkan aku ke atas kelalaian dan kekhilafan aku terhadap mu ya Allah dan mengembalikan aku ke jalanMu..semoga ketenangan yang ku idamkan kan ku beroleh di kemudian hari dan aku yakin dengan Qada' dan Qadar Mu ya Allah..

Sejujurnya 2 bulan ini amat2 menghiris rasa hatiku..menyentak segala kemarahan ku..menjadikan aku seorang yang bukan diriku akibat amarah yg membuak..aku jadi tidak amanah ke atas diri ku sendiri..betapa sakitnya rasa hanya Allah sahaja yang tahu..sampai aku sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk melepaskan dia..suatu yang amat berat dilakukan..keputusan yang cukup besar..seseorang yang telah ku anggap sebagai ahli keluarga...aku masih ingat setiap baik kata sumpah ku.."Dengan nama Allah dan Al-Quran (saat ini aku memegang Al-Quran)..aku melepaskan persahabatan ku dengan KF.." betapa aku kecewa tika dan saat itu..saat sumpah itu dibuat adalah selesai aku membaca Al-Quran selepas solat Maghrib hari Jumaat kat opis..sehari sebelum itu memang aku gaduh besar..sampaikan aku hampir pitam kerana darah tinggi aku benar2 mencanak tinggi naiknya..sampai Kak Zira n Kak Nadia balik lambat takut jadi apa2 kat aku since muka aku pucat semacam..Putri pun datang..riso kot-kot aku tumbang..memandangkan dah seminggu aku xleh tdo pasal perselisihan ini.

Selepas hari itu, segalanya berubah..setiap hari aku kosong..untuk menghadapi setiap detik waktu di opis dirasakan bagaikan pisau yg menghiris setiap kulit aku..aku nekad meng"invisiblekan" apa saja dihadapanku kat opis tu..kelu lidahku..setiap masa aku akan balik awal..setiap hari air mata menitis menahan kesabaran dan rasa dikhianati..aku tahu dia pon rasa terseksa dengan keadaan itu..segala perkara dan aktiviti yg selama ini kami lakukan bersama menjadi duri dalam dagingku..pernah sampai Broga..namun segalanya terpancar..trus saja aku pulang tanpa pikir apa2..badminton apatah lagi..trus saja aku tinggalkan..aku kerap jogging malam..mengisi setiap rasa sedihku dengan memenatkan diri..Add dr mida banyak membantuku dan menemankanku..Puan Mahfuzah dan En Amin..banyak menasihatiku..tapi aku x mahu dengar..mereka benar2 paham rasa hatiku..dan memberi masa kepada ku..

Aku tahu..dikala saat itu..dia takkan pikir apa pun kerana dah ada penggantinya..so kalau hilang aku pon xkan rasa apa2..so..apalah sangat aku ni..disaat aku tenggelam dalam kegundahan rasa hati yang berkecamuk..saat aku blank dan kabur dengan pelbagai rasa..Allah itu sememangnya Maha Pengasih kepada hambaNya..aku jogging senja tu...lalu tepi Masjid Besi. berkumandang seseorg tengah mengaji mengalunkan ayat suci Al-Quran..sementara menanti azan Maghrib..saat tu aku rasa hiba dan syahdu...terdiam aku memerhatikan ke arah Masjid...Ya Allah, bertapa aku lalai dan alpa..bertapa aku jauh dari kitabMu..menitis air mata tanpa aku sedari..mulai saat itu..stiap kali aku mulai sedih dan hiba..aku cuba mengisikan nya dengan membaca al-Quran..sedikit sebanyak rasa hati yang gundah akan berkurangan..

Lama-kelamaan aku jadi makin tidak kesah dengan keadaan sekeliling..terpulanglah hak masing-masing..aku meneruskan kehidupan ku..dan usahaku untuk memperbaiki diriku..lantak la apa org nak kata...lalu fatie offer kat aku sama ada nak ke Mabul ke tak..trus sahaja aku bersetuju...aku x pikir nak dive ke..snorkeling ke hapa..hanya aku perlukan ruang masa untuk aku sendri..hasilnya 22-26 Mac 2012 aku ke Mabul..

Saat ini kosong..bertemankan kerusi malas memerhatikan permandangan lautan yang terbuka luas dan keindahan matahari terbenam..malam pula menikmati taburan bintang yang seakan menari-nari diawangan..subhanAllah cukup mendamaikan..dalam kedamaian itu aku mencuri masa memikirkan permasalahan aku dgn dia..dalam hal ni telah ku putuskan sumpahku..dan bukan penting mencari siapa kebenarannya..siapa betul atau salah..aku yakin dengan keputusan ku..

Rezeki aku juga, saat aku bercuti di mabul..seorang ustaz yang terkenal dalam TV9  dalam rancangan usrah turut bercuti bersama keluarga dan anak muridnya 3 orang..hari kedua dia mula menegur aku.."dah lama perhatikan riak muka..ada masalah ka?" x tahu kenapa aku terbuka hati untuk bercerita dengan dia..tu yg kene "muka garang tapi hati puding"..cisss.. atas beberapa nasihat dia..aku cuba memperbaiki diri aku..insyaALLAH...

Raya Haji..2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة


Raya Haji tahun nih kami sekeluarga sambut sederhana je memandangkan kami tahu yang tak ramai sanak saudara akan balik sebab kami tak buat korban & akikah pada tahun ini. Pun begitu, juadah lazim bagi keluarga kami sentiasa dibuat...juadah2 lazimnya rendang daging, lemang, ketupat, sup tulang dan paling utama penganan a.k.a dodol...

Nak jadikan criter, raya jatuh hari Ahad tp aku balik hari Sabtu pagi2 jam 9 tu..psl hari Jumaat tu aku kerja sampai 11 mlm..guard pun tanya aku x balik kg ke hapa...cheh!!! giler x balik??? relaxs arr kg sekangkang kera jek... pagi2 Sabtu tu dengan hanya berselipar jepun t-shirt & track suit aku balik kg...huhuhu, aku tengok jalan clear nak mampus...eh bior betul?? tp bagus la tidak ler aku meraban kelewatan..

Sabtu adalah hari mantai bagi org di N9, so memang banyak lah para lembu, kerbau dan kambing "dibantai" / dikorbankan, selain tu para penjual lemang pun turut menjual lemang di sepanjang jalan Tampin Seremban..kat daerah Rembau memang xpayah cakap la..sepanjang2 jalan org jual daging ada..aku sempat bhenti beli tulang tunjang dan rusuk kerbau..total 10kg..rege??? RM45 hengget!!! Murah giler!! 10x aku tnya pakcik tu mengiyakan..then aku beli buloh yg dah siap dipotong untuk buat lemang...tak sanggup dah nak ke belakang umah tu pegi menebang buloh..kisahnya tahun lepas aku tersungkur dalam sungai..jatuh betul2 kat pantai sungai yg airnya cetek giler!! dan nasib baik parang aku lepaskan dulu..kalu x..cedera la kalu parang tu tertetak diri sendiri...akibat jatuh tu sudahnya back pain 3 bulan..langsung xleh main badminton..even duduk lama2 pon jd sakit..jln pun saket!!

Sampai2 trus basuh tulang dan buloh...barang sume dah disiapkan dek kakak dan abang2 aku...diorang dah aku kol siap2 apa brg2 yang aku nak..heheheh..mmg dari dulu aku dah diajar dek uwan dan mak aku untuk masak lauk2 tradisi ni..

So start la segala2nya hanya di bangsal umah aku..bangsal tu sememangnya untuk tempat masak..saje berbumbung pasal untuk berlindung hujan ke panas ke hapa..

Sini aku kongsi sket la how aku masak all the menu mentioned above::

Rendang:

Daging kerbau (anything la mana berkenan)
lada kering (giling/kisar halus)
santan - (pior punya bkn dah tambah air ye???)
cili padi - tumbuk halus
Rempah rendang & kunyit
kayu manis/ jintan/ bunga lawang/ cengkih
kerisik
bawang kecik/ putih/ halia / serai - potong kecil

1. ko goreng je rempah2 tu separa garing..then ko masukkan bawang/halia/putih dah potong tu..

2. then ko masukkan cili dan lada kering separuh..then trus masukkan daging...kacau sebati..then ko masukkan lg separuh  lada/ cili tu..

3.  bila rasa dah sebati..ko taruk rempah rendang...gaul dan tunggu sampai naik minyak sket..trus ko masukkan santan kelapa yg pekat tu..

4. letak ler garam secukup rasanya...dan masukkan serai..masak sampai kekeringan/ gelap2 sket tu.. then kerisik..huhuhu

RAHSIA rendang nak SEDAP..Santan jgn kedekut & guna santan pekat..bkn sntan kotak...

Daging Salai:

Daging kerbau - potong lebar2 jgn terlalu nipis..
Santan - pekat
kunyit hidup & serbuk - tumbuk halus
cili api (hijau) - tumbuk halus
garam
pisang muda/ belimbing buluh/ mangga muda


1. ko kene salai la dulu kan daging tu..kot x bukan daging salai laa..then potong2 la mcm buat rendang tu
2. trus masukkan dalam periuk/ kuali/ kawah..then taruk sume rencah kat atas tu kecuali mangga/pisang/belimbing dan santan..

3. kacau sampai daging sebati dengan sume rendah tu..agak2 kering sket trus masuk santan..dan letak ske serbuk kunyit..kot perlu la..(kalu ko nak gulai ko kuning sket la)

4. bila dah menggelegak tu..baru masukkan mangga muda dan sebagainya.

RAHSIAnya...tiada bawang yer..pior CILI..

Penganan/ dodol:

Santan
gula enau
gula merah
gula pasir
tepung pulut dan beras pulut yang dah digoreng dan ditumbuk halus


1. ko curah je santan kat dalam kuali then letak gula enau tu..kacau sampai gula jd cair..

Gula Enau & Santan




2. dah tu letak sket gula pasir..jgn banyak..keras kang penganan kosejuk nanti..

3. kacau sampai jadi pekat dan likat sket..then masukkan beras pulut & tepung pulut yang dah dicairkan..

4. kacaulah sampai pekat sepekat2 nya...maka siaplahhh..huhhu

Rahsianya jangan kedekut SANTAN...letak je banyak..lebih berlemak lg sedap ko punya penganan..

so..itu lah kerja dan tanggungjawab aku..ka kampung kalu kenduri kendara..nak tak nak memang aku jadi org pangkalnya..assistant chef..hahha pasalnya dari dulu menolong2 makcik2 nih masak so dapatlah ilmunya...resepi rahsianya dan apa2 yang patutnya lahh..hahha itu lah..jgn kedekut kudrat masa kechik2..tolong2 org kat dapur time kenduri kendara...jgn duk makan je tahu nyer...

Rasa. Hati

Assalamualaikum..

Disebalik ketidakaturan masa aku dlm kerja disebabkan bajet yg makin hampir..aku x pasti la..aku dapat rasanya sesuatu yg mmg x best..disebalik perubahan diri utk menjadi lebih positif..makin tersisa akan 2-3 perkara yang x dapat aku rungkaikan..

Kusut..kusut aku memikirkan..aku cuba untuk tidak terlalu menampakkan kekusutan hati..cuba untuk tidak menyesakkan kepala yg dah sedia tersesak dan makin tepu dgn bebanan kerja dan sebahagiannya..

sejujurnya separuh dari diriku telah mati..hati menanggung rasa yang amat memeritkan..makin menyeksakan seluruh jiwa dan hati ku adalah tatkala Aidilfitri mula menghampiri dan tiba menyapaku. bertapa aku rasa kosong..rindu ku makin tiada tertawan kepadanya.. kasih agung yang selama ini menjadi perisai untuk aku lebih kuat..

Dalam keadaan ini juga bertapa aku merasakan kawan itu bagai tiada makna? Membuatkan kita mulai meragui rasa dan sucinya erti persahabatan itu..mungkin benar kata orang..kawan sejati sukar dicari..bertapa kita baik kepadanya, bertapa kita menyayanginya bagai keluarga..bertapa kita berubah menjadi lebih positif sebagai mana nasihatnya..bertapa kita menjadi diri kita...IA TAKKAN PERNAH MERUBAH...Seorg sahabat aku yg sememangnya tidak percaya adanya kawan sejati penah cakap "Chieth...xda maknanya ada kwn rapat2 nih..camne pun ko layan dia dgn baik..dia xkan mungkin sanggup buat benda yg sama utk ko..pecayalah kawan tu hanya ada kt ko bla dia keseorgan..xde kawan atau tidak menajdi tumpuan" terngiang2 kata Kuni tika dan saat ini...tapi aku tak termakan kata2nya itu..kerana aku masih percayakan kesucian persahabatan itu..kerna aku pernah dan masih merasainya..aku masih punyai EMI dan SUFI..Sufi yg kekal dan sentiasa bersama aku saat apa jua keadaan ku..hanya jarak yg menghalang aku utk senantiasa hang out dgn dia..Emi dah kawin..tapi dia tetap berada di belakang ku..memberi semangat tatkala aku rebah..aku pernah menceritakan perihal mereka berdua..dan aku bangga dengan nya..aku takkan bosan menulis tentang mereka berdua kerna kami bertiga saling berkongsi segala-galanya..tanpa pernah berselindung..sentiasa berkata benar..itu yang selalu aku harapkan..

Aku mula meragui persahabatan yang terjalin antara aku dan dia..jujur aku menyayangi dia sebagai ahli keluarga ku..dan aku berterima kasih kerna nasihatnya untuk merubah diri aku ke arah positif..tapi seperti mana yang selalu aku sebutkan..KATA2 TIDAK MEMBUKTIKAN PERBUATAN & KEBENARAN SEBALIKNYA  PERBUATAN YANG MEMBUKTIKAN KATA2...

TERIMA KASIH..sgt aku berterima kasih..tapi semakin hari semakin terbit kebenarannya..perbezaannya terlalu besar dan dalam..kalau apa pun terjadi siapa pun bersalah..org akan kata ia punca dariku kerna luaran aku yang kasar dan berbeza dgn dia yg lembut..dan sentiasa dihormati peribadinya..

Aku berterima kasih..kerana telah menampakkan aku dunia sebenarnya hidup berkawan..MAAF selama ini byk yg ku berubah kerna nasihatmu..TAPI KINI aku NEKAD untuk KEMBALI KE ASAL PERANGAI ku... takde sapa di MOF ni tahu perangai aku yang sebenarnya..ye aku kembali dgn pangai aku yg lama terpulang la apa juga korang tafsirkan dan nilaikan aku ketika itu....

"TERIMA KASIH"

love & hate...

Assalamualaikum..

Each & everyone have their own way of living.. We are so different among others..the way & style of expression are differ among other..

As for me..all my close friend knew very well bout my “hangen” bad tampered person!! Moody & sometimes happy go lucky!! 

So here I list every  what I “LOVE” & “HATE”

LOVE:

1.  Foods  -  especially Lamb Shoulder & Ayam Penyet Wong Solo & Tom     Yam & Bone Soup/ Gear Box Soup..

2. Drinks  -  Caramel Macchiato & Frappocino & Nescafe (Breakfast!!) & Neslo & Manggo Juice & Lime Juice!!
3.  Activities  - Sport (Futsal & Badminton!!) & Hiking & Walking a long the beach & Sleeping & Driving Car & Listening to Ipod & Reading Comics & Watching TV (CSI, NCIS, etc)

4.   Clothes / appearance – T-Shirts & Khakis & Jersey
5. Football Team  - Arsenal & Ac Milan & Spain & Holland & England & Harimau Malaya 

6. Person - Talk less & act like a sister & not GEDIXS & Sempoi & behave matured and act like one fit to her/his age.

7. Poem & Poetry


HATE:
 
1)  That talks so much like she/he knows everything in this world!! & a person likes to ask so many questions & back stabbing person & Gedixs

2)    Last minute plan/ work/ or changing plan.. (Hate it so much!!)

3)  When am not in the mood, I rather to keep silence and DON'T EVER ask me why am not talking to U.. Seriously shit I hate when U asking WHY??


1)    

riadah..cuti..riadah dan kerja kembali...hurmmm what a life..

Assalamualaikum..

Pagi-pagi dapat sms dari Kak K ajak berbasikal kt Taman Botani, Putrajaya..aku blurr psl dah ler pagi subuh sepeii then x penah kot pegi situ..then bila aku tanya dia samada dia penah pegi ke x..jawapan yg sama..then dia cakap Zainul ikot sekali..dia dah penah pergi so leh guidance kami berdua..aku pon bangun & solat subuh..after that terus siap2..Tepat jam 8.30am Kak K sampai then trus amek si Zainul plak..

Sampai sana kena plak tunggu basikal..pasal ramai giler kot..seb baek xkene tunggu 1 jam..setakat 15 minit camtu...memang serius tempatnya cantek giler!!! (nampak sgt bukan warga Putrajaya yg peka ek?? (^_^) ) so sakan ler kami berbasikal sambil menikmati keindahan pinggiran Tasek Putrajaya. Sambil tu sakan la amik gamba..heheheh


tepi tasek..lepas turun naik bukit tuhh..hehehehe

                                     kat bukit2 kecil..aku xpasti lah ni bukit buatan ke hape..
yang penting dah macam Stupa kt Candi2 Angkor Watt x pon Borobudur hehe
tukang amek gamba nih Zainul..penat dipaksa utk amek gamba tp xmo dianya..

Then, aku bercuti lak ikot bebudak nih ke Pulau Mabul..siyes bessssss...terbaekkkkk x tergambar dengan kata2 bertapa enjoynya time tu..terutama bila berendammm..heheehe air crystal clear..hahahah terbaekk..here somee picciess

landak laut..clear gilerrrrr

Gamba2 lain tuh leh tgk dalam FB ler..banyak sgt...melambak...mcm2 aksi...sgt enjoy walaupon aku asek membuta..ribut malam tu tu aku xbangun...ishksss!!! alhamdulillahh la xde kejadian yang tidak diingini berlaku..muka burn toksah cakap..layan je laaaa..

Balik dari Mabul masuk keje mcm blurr..rasa mcm kt HELL jek..mcm2 masuk kepala..boss plak tetiba kalut..kan ke x pasal2 kene marah dgn aku..aku tgh bengang time tu..Alhamdulillah dapat boss baik..dia kalut kita betul kan..kita kalut dia plak betul kann..tp mmg kadang2 kitorg gaduh la jugakkk.

Sabtu ni aku balik kampung..lama dah xbalik kampung..pagi tu sempat jugak berbasikal kat Taman Botani (Lagikkk!!) kali nih dgn Zainul, Faizal & abg Bahrin..lawak la...tp aku duk ternguap2..pasal aku agak lewat jugak tido mlm tuh..hampir jam 5 pg..then Kak K call jam 7.15am kata dia on the way...mengelupur bangun..Subuh aku pun Dinosur lahh...xpe lah asal berganti cepat...hehe..

Selesai berbasikal (mengah wehhhhhhhh) kami pi makan kat Taman Warisan..then hantar Zainul balik dan aku plak...aku senang je..trus masuk kete & balik kampung..mandi??? mandi kt kampung je lerrrr...45-50 minit jek kotttt..??? heheheheh (nampak sangat kan selalu wat gitu..heheeh)

Apapun..Alhamdulillah aku bersyukur ke atas perjalanan hidup aku yang ditentukan oleh Allah SAW dalam tempoh sebulan dua ini..moga2 rahmahnya kekal memayungi aku dan keluarga ku...dan menekadkan diriku untuk terus menghampiri jalan yang diredhaiNYA.

Takkan Melayu Hilang Didunia!!!

Assalamualaikum...

Sedang aku berbalas2 komen dalam FB aku merayau la dlm blog lain..so aku terbaca artikel ini..aku try amati sama ada ada kewajarannya..so sekadar berkongsi..sama ada betul atau tidak..wallahualam..pon begitu ingat 1 perkara..kita keturunan Nabi Adam A.S..bangsa itu hanya ujian..pegangan agama Islam itu tunjangnya..jgn sesekali menidakkan bangsa yg turut menyembah dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Khalifah ALLAH di muka bumi ini...

Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun!!




 PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Turut disertakan beberapa informasi baru.]


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.



Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. 


MISTERI GEN BANGSA MELAYU


Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.


Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.


Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.


Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!


Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 


MELAYU - THE LOST TRIBE



Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.


Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.


'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.


Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).


Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.


Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).


'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.


Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.


Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : 
  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)  
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus
Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Yonaguni, Jepun :



Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :


-klik untuk besarkan-


MELAYU DAN YAHUDI


Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :


1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.



Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]


Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.


Wallahualam...


PERHATIAN : Video di atas hanya fakta sokongan pada hujah-hujah yang dikemukakan. Sepertimana yang kita ketahui (disebutkan di atas ; baris 15-17) masih terdapat beberapa penemuan yang dirahsiakan oleh pengkaji. Harap Maklum.

Blogger Templates by Blog Forum