ExAm 0hH fiNal eXaMM....

Assalamualaikum...

Kini sebaik sahaja Raya Haji ini maka secara kumulatifnya tinggal 5 hari sahaja lagi untuk aku mengakhiri kursus DPA ini..pun begitu sebelum memerdekakan diri terdapat final exam yang perlu aku tempuhi dahulu..8 subjek utama rangkuman 8 bidang teras PTD akan diuji untuk seharian harinya pada 30 November 2009. Mati ler aku..perkara 6 bulan lepas mana nak ingat..dengan segala pekeliling kementeriannya dengan arahan agensi lain sumer bukan mudah..adoiiii...



Takpa lah dah ketentuan Ilahi..waghhhh ayat...sepanjang 6 bulan bleh tahan setiap minggu exam..xpe....pikir positif..sepanjang kajian lapangan ini aku banyak kuar dengan Edna & Fit & Kikey..kadang-kadang aku kuar dgn budak-budak course aku..meletups layan kepala diorang..paling xleh blah ikot Waty, Fadzlee, Yana pi shopping kat 1 Utama..perghhh  melayang  duit aku wehhh..payah tol kalu kuar dgn bebudak kaki shopping nih..setengah gaji aku habis..chaaitttthhhsss..xpe retail  therapy kata nya...hahahha layannn..

By the way..Raya Haji dah semakin kunjung tiba, sekadar ingin mengucap Salam Aidiladha..hmmm teringat dengan akak aku yang sedang mengerjakan haji disana..sure best giler dapat merayakan raya disana tapi paling best dapat tunai haji..insyaALLAH aku akan ke sana jua 1 hari nanti..


Bebanan yang bakal berakhir..

gambar sidang redaksi untuk peserta terbaik tentera
aku suker gamba nih coz 2 lg membe aku tu ala2 nak jd cover MASKULIN jek


Assalamualaikum..

2 minggu sahaja lagi untuk aku menghabiskan kursus aku di Intan ini, tarikh keramat 5 Dec 2009 sentiasa dihitung hari demi hari..melenyapkan segala perkara-perkara 'politik busuk' yang membosankan.

Menuju saat akhir kursus ini, aku ditawarkan untuk beberapa tempat di agensi yang berbeza..pertengahan kursus dulu aku memilih untuk kembali ke Pentadbiran Neegeri kelahiran aku di N9, namun..dinasihatkan untuk tidak kesana oleh seseorang dari MOF, dan kembali dalam delima apabila ditawarkan di 1 jabatan ini..menarik sangat tapi tak kena dengan jiwa aku..dan kelmarin aku melawat office aku di Perbendaharaan, ditawarkan untuk kembali BAC..berkaitan BAC ini ada beberapa bos dah approach aku untuk mengisi kekosongan di bahagian mereka..aku tidak kisah untuk kembali ke BAC samada untuk menggubal dasar atau bahagian operasi..asalkan aku dapat bekerja dan kena jiwa lagipun member-member aku ramai di BAC & geng giler-giler pun ramai..baik pegawai atau staff aku sendiri..masing-masing very understanding..so mungkin aku berani jamin yang aku akan kembali ke BAC..cuma aku memilih untuk tidak berada di unit yang memerlukan aku untuk mesyuarat selalu di MIDA, bukan apa..dah di cop pegawai paling tegas & payah nak lulus cukai sampai member kat MITI pun tau nih perihal aku ketika mesyuarat..Beb, kalau tak kedekut..macamana nak cari duit untuk bagi korang bonus..kang tak bagi bising...cukai lah hasil utama negara tau...

Sekarang ni tengah nak siapkan kajian lapangan perbandaran, banyak keluar dari Intan untuk membuat research dan interview agensi dan pihak tertentu..hmmmm..bosan namun menarik juga...so doakan lah aku berjaya dalam kursus ini..aminn..

wif my lovely niece..

akak aku yang ceria ke Mekah
Assalamualaikum..

Pada Jumaat 30 Oktober 2009 aku bergerak menghantar kak ngah aku ke Tabung Haji Kelana Jaya tepat jam 4.15pm..secara jujur aku escaped kelas kebudayaan yang mana selesai aku exam terus blah..thank you to all my friends who backed me up sepanjang hari tu..appreciated it so much.. kalu aku tak escaped all the classes aku takkan sempat hantar aku sebelum 8.30pm.
suasana khemah menunggu

Sepanjang perjalanan aku berborak dengan akak aku..dia sangat gembira menunaikan haji, namun dia juga bersedih kerana terpaksa meninggalkan anak-anaknya sementara waktu..untuk 40 hari ini merupakan empoh paling lama dia tinggalkan..aku dah janji untuk jaga anak-anak dia dan mak aku..anak-anak dia anak aku jugak..mak tu dah memang tanggungjawab aku sebagai anak..aku sampai kelana jaya dalam jam 6.30pm..jammed giler kat area jambatan tuh..situ je dekat sejam..sakit kaki aku..tapi tak tahu kenapa aku tak berleter or baran dengan keadaan jammed tu..aku just layan je..selalunya dah berleter dah aku dengan jammed & pada kereta yang bawak kete cam haktui sket tu..mungkin niat dan tujuan kami baik kot..ntah..akak aku pun pelik gak..hikmat Allah..aku temankan akak aku sampai jam 8.30pm..dia dan kumpulan haji nya akan bertolak ke KLIA jam 9 malam..bermacam doa yang aku kirimkan kepada dia..mana tau..rezeki aku ke Mekah untuk menunaikan Haji blum tentu laei..insyaALLAH akan ku usahakan...


Pada Sabtu (31 Oktober 2009), anakbuah aku dah rasa lain macam..lepas main air kat pool diorang meragam teringat kat mak diorg..then Zaki cadangkan bawak budak-budak tu keluar jalan-jalan..so kami pun keluar lah ke Midvalley makan & jalan-jalan sekitar The Garden..ermmm sentap jap coz anak buah aku manja gila dengan Zaki..bawak bersabar je lah..lupa dengan Induk sendiri ni..chetttt!!!..seb baek Zaki pandai melayan karenah budak-budak nih..& most importantly nak minta maaf lah diatas kejujuran melampau anak buah aku yang 2nd...sangat lurus okeh selamba kata Zaki gemuk..bertuah sungguh...dalam jam 5pm kami beransur pulang..uwan mereka sudah bising..hehehe by the way thanks a lot to Zaki for accompanying me along the day...
makan-makan kat Chillis
jalan-jalan kat The Garden..suke diorang main kat air pancut tu..huhu

BOMBASTIK..katenyer ler....


time baru je lepas padam Oil Spill..
macam orang baru balik dari angkasa pon ada gak rasanya..

Jam 9.30am aku bergerak ke Bangsar hantar Edna pergi kerja since kebelakangan ini dia selalu tido rumah aku..hehehe weekend sahaja lah..dari NST bergegas ke INTAN semula..yup aku kembali ke INTAN untuk menghadiri modul luar/ beruniform ku yang terakhir..ketika sedang menunggu kehadiran rakan-rakan sidang yang lain aku buat lah list check barangan aku..hmmm padanlah muka aku..dengan ubat gigi tinggal dan beberapa barang lain banyak tertinggal..hehe bergegas kann..sapa suruh tak kemas dari semalam..Edna dah ingatkan aku tapi ye ler aku kan bega sket..Actually aku dan Edna sampai Putrajaya jam 8.15pagi dari Nilai. Dari rumah Kak Deng untuk tolong apa yang patut selagi aku ada tanggungjawab kat komuniti itu.

So, pagi tu kami sampai ke Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Baru dalam jam 12.30pg..terus pegi makan dan kemudiannya diberikan taklimat untuk perjalanan sepanjang seminggu bagi modul ini. Secara ringkasnya pelbagai aktiviti yang dilakukan yang mana banyak menyedarkan betapa pasukan bomba ini memerlukan ketahanan yang benar-benar solid. Masyarakat kurang prihatin akan jasa dan bakti para anggota bomba berbanding polis dan tentera,namun ketahuilah belum tentu anggota tentera atau polis mahu melakukan apa yang sedang dilakukan / tanggungjawab bomba ini.

Seopanjang disana, kami didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab sebenar bomba dan diberikan peluang merasai bahana API itu..memadamkan api bukan semudah yang disangka..banyak kaedah dan paling penting..BERAT seh barang-barang seperti hos, nozle, BA, suits dan banyak lagi..hurmmmm..


Aktiviti rumah asap yang gelap gelita nak mampus

Disini juga kami didedahkan untuk bagai mana memadamkan api ketika kebakaran minyak petroleum, pembakaran dalam kontena, open fire dan buat repelling untuk aktiviti menyelamat. Selain itu, kami didedahkan kaedah membawa mangsa yang betul ketika menyelamat. Memang seronok ketika menjalani aktiviti ini..masa Khamis petang kami bertolak ke Kalumpang untuk berkhemah..giler arr rentas desa sambil bawak hos yang beratnya 10kg tu kt belakang badan nih..dengan beg barangan lagi..uihs berat wehhhh..

latihan pemadaman api terbuka

latihan Repelling..4 tingkat ketinggiannya..

latihan CNBT, giler terasa bahang api, walau pakai baju khas
memang best..nampak seni api tu..heheh


Sewer..hehe aku suke..

Latihan terowong bawah tanah sewer nih memang best, melatih sikap konfiden dalam diri..dengan keadaan yang sempit dan gelap gulita tanpa cahaya, dengan membawa tong oksigen nyer,..nak merangkak sepanjang 3km memang meletihkan..dah lah dengan oksigen aku habis..tanpa nafas guna BA aku gagahi jugak merangkak menghabiskan saki baki perjalanan..hmmm serius best.

Modul bomba banyak mengajar aku akan ketahanan diri,tingkatkan keyakinan aku dan paling penting menyedarkan aku bertapa pasukan bomba ini kerja nya lebih sukar berbanding pasukan beruniform lain. Lastly, enjoy the video taken by my friend Nor Diana Ismail during our Oil Spill practise but tgklah dalam FB aku ek..nak upload lambat sangat..heheh

Blogger Templates by Blog Forum