Catatan Dihujung Sepi..

Assalamualaikum...

"Aku tidak mudah melupakan segaris kenangan, walaupun tidak mencatatkan latar sejarahnya, watak pelakunya, insiden mengelilinginya, apatah lagi hati yang lebih terluka..biarpun ia terkadang amat perit ditelan namun ia tetap menjadi ungkapan dan kenangan yang segar terpahat disegenap kehidupanku..terima kasih diatas segala kepercayaan dan pengalaman yang anda berikan"

Bulan Oktober bakal menjelma yang menandakan tinggal 2 bulan setengah untuk aku berada di INTAN menghabiskan baki kursus DPA yang sedang aku jalani sekarang ini. Alhamdulillah disebalik tekanan dan bebanan tugasan daripada pelbagai modul yang dilalui aku dapat tempuhi dengan jayanya walau terkadang aku hampir mengalah dek rasa menyampah dan rasa hati yang bengang dengan beberapa keadaan yang aku rasakan tidak perlu pun dilakukan untuk kursus seperti ini. Namun, apakan daya bak ayat popular bagi peserta DPA "layankan ajer.."

Dalam aku menjalani beberapa modul dalam kursus ini, banyak perkara yang telah aku pelajari dan aku menyedari banyak terbabas dan lari dari pendirian aku selama ini. Semakin DPA ini menutup tirainya semakin aku menjadi pendiam dalam dunia puisi ku..aman damai rasanya.. tanpa perlu melayan pelbagai perkara yang menyesakkan jiwa dan pemikiran.

Setelah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada orang-orang tersayang, maka aku telah mula membuat perancangan jangka pendek dan pelan jangka panjang bagi mengatur halatuju kehidupanku. Haruslah, asyik memeningkan kepala dengan pelan dan perancangan ekonomi negara biarlah pula aku mengatur pelan kehidupan aku pula sementara aku tidak sibuk dan tidak dibebani hal kerja ni..dah mula bekerja nanti payah nak planning..so, paling tidak, selesai sahaja kursus dan mula bekerja hanya tinggal untuk langkah implementasi sahaja.
orang-orang tersayang

Orang-orang tersayang aku telah memberikan aku segala kebebasan untuk aku merasai nikmat hidup. Maksudnya masa untuk aku enjoy dan melakukan apa jua aktiviti yang aku inginkan. Mencari dan mengambil sebanyak mana pelajaran dan pengalaman hidup dalam pergaulan seharian. Kini, seharusnya aku mula merancang untuk menikmati kehidupan yang lebih terurus dan punyai objektif yang jelas. Dalam perancangan yang telah direncanakan, terdapat 2 jenis iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendek dalam tempoh 4 tahun ini, aku, Zaki dan Emi bercadang untuk menjalankan perniagaan usahasama antara kami. Projek ini aku telah dapatkan khidmat nasihat dengan pegawai agrikultur Kementerian Pertanian dan rakan pegawaiku yang menjaga projek-projek sedemikian. Urusan tanah insyaALLAH Zaki & Emi boleh selesaikan..InsyaALLAH doa-doakan projek murni ini berjaya dilaksanakan sepertimana yang dirancang..paling tidak tahun depan dah start projek nih..insyaALLAH..tidak mahu terburu-buru yang mana akhirnya nanti memakan diri kami..paperwork kena kuat beb!!!
rindunyer nak berkerja seperti dulu..hmm

Dalam tempoh 4 tahun ini juga aku telah merencanakan dan set up azam bagi kerjaya hakiki aku sebagai PTD ini, dalam tempoh 4 tahun ini aku akan pastikan 2 perkara dicapai iaitu ambil dan graduate pengajian master di UKM (yang mana telah lebih sebulan aku search, thanks to my sister's friend pensyarah kat UKM yang bantu aku pilih pogram kursus yang sesuai) dan kenaikan pangkat (yang ni aku akan make sure naik pangkat selayaknya dengan ilmu yang mencukupi!!!). Bak kata pujangga lama 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Yupp!! aku akui my job pays me peanuts, yet I got all power and better networking with it..so what the heck?..
with my former MOF's Minister.

Perancangan jangka panjang lebih ke arah membina keluarga. Namun, ia tertakluk kepada jodoh pertemuan dan qada' & qadar ALLAH SWT. Perancangan jangka pendek banyak kesinambungannya dengan pelan jangka panjang ini..semoga ALLAH permudahkan dan memperkenankan urusan dan perancangan kami bertiga..amin.

Mungkin ada yang senyum sinis bila membaca apa yang aku tuliskan ini, tidak mengapa itu adalah hak anda untuk menilai dan menyatakan pendapat anda. Namun bagi aku, ini perancangan kehidupanku dan dibimbing dan dipantau bersama oleh orang-orang tersayang disampingku. Selagi orang-orang tersayang masih ada disisi ku, selagi itu aku yakin untuk merealisasikannya..dan aku bersyukur kerana aku mempunyai mereka yang menyayangi dan tidak mahu aku terus terjerumus ke arah sesuatu yang tidak pasti..

Dalam tempoh 4 tahun aku bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan ini, dan selama 2 tahun aku mengikuti aktiviti-aktiviti sosial yang memang banyak mengajar aku mengenai lumrah kehidupan dan perangai manusia, mencukupilah segala pengalaman yang aku telah lalui dan aku ingin kembali kepada diriku yang sebelum ini yang mana lebih teratur dan tidak disesakkan dengan bebanan masalah yang sungguh tidak matang yang semakin menguasai akal fikiranku dan mempengaruhi corak pemikiran serta justifikasiku dalam membuat pertimbangan akan sesuatu perkara.
Aku telah memulakan langkah sedikit demi sedikit, meninggalkan aktiviti dan segala yang tidak membawa sebanrang kepastian..mungkin suatu hari nanti apa yang akan ku lakukan dipertikaikan dan dimana kredibiliti dan imej ku dipersoal oleh kelompok tertentu..aku sudah mula untuk lali dan tidak mengendahkannya..biarlah kredibiliti aku dipersoalkan di arena tersebut yang tidak punyai makna dan kepastian tetapi sewajibnya aku menjaga kredibiliti aku sebagai pegawai kerajaan yang menentukan dasar negara, bertanya aku pada kalian manakah yang lebih utama?

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum