sukan, kerja, janji dan kegembiran..
Saturday, November 6, 2010 by akubukanbudakblues
Assalamualaikum..
Fuhhh..berpeluh cheqqqq....kuar segala kudrat bila sentuh bab kerja..betul lah kata orang..semakin kita meningkat dalam hiraki pentadbiran tu semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul..tak menang tangan..ingatkan dah lepas Bajet 2011 haritu dah boleh lepak-lepak dengan membe2..aleh-ale lain jugak jadi nyer..pembentangan Rang Undang-Undang pembekalan bagi Bajet haritu dah kemuncaknya..8 November sehingga 9 November akan berkampung lah warga MOF kat Parlimen..haritu jek masa menyediakan maklumat tambahan penggulungan RUU bagai nak gila..balik lg aku tgh2 malam..adoihhh..takpe..proses pembelajaran namanya tu..Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusi YAB PM mengambil tempat saban minggu..saket kepala aku nak mencari maklumat..Alhamdulillah dianugerah kan kawan-kawan yang bersepah kat MOF nih..masing-masing memahami kerja kita walaupon kenkadang last minute memo diedarkan.
Aku kembali bersukan..as usual Futsal dan Badminton teraju utama.. setiap Isnin dan Jumaat main badminton..dan selasa dan rabu berfutsal..aritu lawan MOSTI menang besar 13-2..hurmmm xsabar tunggu selasa depan ni..lawan BPP pulak..ni kerja susah sket..orgnya sume cam 'jantan' sket...rabak lg la lutut aku...kali ni banyak main kat Kompleks Futsal Putrajaya..kompleks futsal tersebar di Malaysia..ada 12 gelanggang dan yang terbesar is Gelanggang Mokhtar Dahari..standard FIFA..giler besar okeh???? mengah dowh main...Khamis dan Jumaat aku akan jadi referee futsal bagi tournament Futsal anjuran Syarikat Perumahan Negara.. diorang tak bagi aku main coz depa kata ramai yang akan cuti 3 bulan nanti..kuikuikui patah kaki masuk besi ler..cam roomate aku aritu..huhuhu rupa-rupanya citer aku patahkan kaki roomate aku tu tersebar luas di MOF nih..adoiiii
Alhamdulillah, kebelakangan ini persekitaran keja aku kembali tenang..fokus aku terhadap kualiti kerja aku semakin baik..Dato' aku pun perasan..dia ada cakap.."welcome back"..seraya tersenyum..aku cam blur2 jap..aku letak fail Majlis Ekonomi atas meja dia...aku senyum jek..malas nak tanya atau memulakan bicara kompem aku akan sangkut dlm bilik dia dalam 2-3 jam..so better aku siapkan kerja aku..
Lama jugak aku xberjumpa dengan Mad Nuar, Edna , Moon dan Tyra..balik kerja malam trus main futsal or badminton..weekend plak aku rajin duk umah akak aku..xpon balik kampung..bukan apa..keadaan mak aku tak berapa nak sihat kebelakangan ni..akak aku plak semnjak dah naik U54 nih asek lah banyak program kesihatan yang dia kene hadiri..kita paham lah dia pengarah so kene lah menghadiri dan mengkoordinasi program2 yang telah ditetapkan oleh KKM.. so aku lah ganti jaga mak aku..akak aku pon mengandung..so aku xmo lah membebankan dia..setakat masak dan mandikan mak aku apa lah sangat...mak kita pon..berbakti selagi mampu..
Rindu aku nak berhua-hua dengan diorg..happy2 sambil tengokk wayang..bergelak ketawa sambil sakat-menyakat..counting days to go holiday with them!!! Am happy with them..they are my other part..aku yang seorang yang sgt serius bila time kerja..sume org tau kot bertapa aku tampak matang dalam memastikan semua perkerjaan aku dilakukan dengan terperinci..so time gila2 kita happening gila2..so barulah balance...hehehhe...
Owh ya..kat sini aku nak cakap lah kepada sesapa orang yang terlibat dalam 'group' ni...saya masih menunggu janji anda semua untuk berjumpa untuk pengakhirannya..aku dah sms..seems xde jawapan...sapa yang takut digertak nih?? aku x gertak...aku direct jek sms...owhhh ya ini bukan kebudakkan ye...seterus terangnya aku cakap kat..sekiranya berani dan nak selesaikan aku akan datang..tapi kali ini jujur aku akan bawak junjungan aku Al-quran..ye bukan aku nak buktikan sapa salah ke benar ke..tp jujurnya aku sbosan dengan lidah bercabang..tak kisahlah dari pihak mana..sebaik sahaja selesai sumer aku memang xkan ambil tahu dah hal2 yang berkaitan..seperti mana sekarang ni aku xamik tau..aku nak selesaikan once and for all..kalu ada yg baca ini post sila lah bagitau orang-orang kuat yang berkenaan yer..wasalam.
Got to go..mau pulang kembali ke pangkuan bonda terchenta..naik kL semata-semata pegi nikah kawin anak boss aku..hahaha..setiap kali balik kampung hati memang berbunga2..kuikikuikui

