Dugaan

Assalamualaikum..

Entah mengapa tahun 2012 benar2 mencabar segala ketahanan diri ini..tanggal 28 Mac 2012 jam 1 lebih pg mak aku pengsan dan dimasukkan ke hospital tampin..aku yg lena tido dibuai mimpi mengelupur bangun bla dapat tau mak aku xsedar diri..time tu jam 2 pg lebih xtau nak buat menda..badan lemah longlai..kepala berpinau sebab bangun mrngejut..darah tinggi aku pon dapat aku rasakan mulai meningkat..aku cuba bertenang..since ubat aku tinggal kat opis..

Sejam lps tu dalam jam 3.35pagi aku nekad balik kg..nak trus ke hospital mmg xleh so aku balik umah..hati resah xkeruan..selagi x tgk mak aku..langsung x tdo dr dpt kol sampai la sepanjang hari khamis tu..aku selamba masuk wad..luruh jantung rasa melihat badan mak aku atas katil tu...xtau nak cakap apa just terasa sgt kosong..setengah hari menemani mak aku kat wad..sayu sangat hati..tp alhamdulillah mlm td mak sedar..masih lemah..

Ya Allah bertapa besarnya ujian Mu kepadaku sepanjang awal tahun ini..selisih paham dgn bos..dikhianati kawan yg telah ku anggap bagaikan adik beradik..kini dugaan keluarga pula..Ya Allah andai ini qada dan qadar mu aku terima..yakinku ke ats hikmah disebalik ketetapan Mu Ya Allah

Mencari ketenangan di tengah lautan...

Assalamualaikum..



Syukur aku ke hadrat Allah SWT..kerana dengan kehendakNya aku kembali mempunyai kecekalan,..ketabahan untuk menempuh hari-hari aku yang memang menyakitkan sepanjang 2 bulan ini..terima kasih ya Allah kerana mendengar rintihan yang telah kutitipkan..syukur aku ke atas kesedihan yang telah Kau berikan yang mana ujian kepada ku..menyedarkan aku ke atas kelalaian dan kekhilafan aku terhadap mu ya Allah dan mengembalikan aku ke jalanMu..semoga ketenangan yang ku idamkan kan ku beroleh di kemudian hari dan aku yakin dengan Qada' dan Qadar Mu ya Allah..

Sejujurnya 2 bulan ini amat2 menghiris rasa hatiku..menyentak segala kemarahan ku..menjadikan aku seorang yang bukan diriku akibat amarah yg membuak..aku jadi tidak amanah ke atas diri ku sendiri..betapa sakitnya rasa hanya Allah sahaja yang tahu..sampai aku sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk melepaskan dia..suatu yang amat berat dilakukan..keputusan yang cukup besar..seseorang yang telah ku anggap sebagai ahli keluarga...aku masih ingat setiap baik kata sumpah ku.."Dengan nama Allah dan Al-Quran (saat ini aku memegang Al-Quran)..aku melepaskan persahabatan ku dengan KF.." betapa aku kecewa tika dan saat itu..saat sumpah itu dibuat adalah selesai aku membaca Al-Quran selepas solat Maghrib hari Jumaat kat opis..sehari sebelum itu memang aku gaduh besar..sampaikan aku hampir pitam kerana darah tinggi aku benar2 mencanak tinggi naiknya..sampai Kak Zira n Kak Nadia balik lambat takut jadi apa2 kat aku since muka aku pucat semacam..Putri pun datang..riso kot-kot aku tumbang..memandangkan dah seminggu aku xleh tdo pasal perselisihan ini.

Selepas hari itu, segalanya berubah..setiap hari aku kosong..untuk menghadapi setiap detik waktu di opis dirasakan bagaikan pisau yg menghiris setiap kulit aku..aku nekad meng"invisiblekan" apa saja dihadapanku kat opis tu..kelu lidahku..setiap masa aku akan balik awal..setiap hari air mata menitis menahan kesabaran dan rasa dikhianati..aku tahu dia pon rasa terseksa dengan keadaan itu..segala perkara dan aktiviti yg selama ini kami lakukan bersama menjadi duri dalam dagingku..pernah sampai Broga..namun segalanya terpancar..trus saja aku pulang tanpa pikir apa2..badminton apatah lagi..trus saja aku tinggalkan..aku kerap jogging malam..mengisi setiap rasa sedihku dengan memenatkan diri..Add dr mida banyak membantuku dan menemankanku..Puan Mahfuzah dan En Amin..banyak menasihatiku..tapi aku x mahu dengar..mereka benar2 paham rasa hatiku..dan memberi masa kepada ku..

Aku tahu..dikala saat itu..dia takkan pikir apa pun kerana dah ada penggantinya..so kalau hilang aku pon xkan rasa apa2..so..apalah sangat aku ni..disaat aku tenggelam dalam kegundahan rasa hati yang berkecamuk..saat aku blank dan kabur dengan pelbagai rasa..Allah itu sememangnya Maha Pengasih kepada hambaNya..aku jogging senja tu...lalu tepi Masjid Besi. berkumandang seseorg tengah mengaji mengalunkan ayat suci Al-Quran..sementara menanti azan Maghrib..saat tu aku rasa hiba dan syahdu...terdiam aku memerhatikan ke arah Masjid...Ya Allah, bertapa aku lalai dan alpa..bertapa aku jauh dari kitabMu..menitis air mata tanpa aku sedari..mulai saat itu..stiap kali aku mulai sedih dan hiba..aku cuba mengisikan nya dengan membaca al-Quran..sedikit sebanyak rasa hati yang gundah akan berkurangan..

Lama-kelamaan aku jadi makin tidak kesah dengan keadaan sekeliling..terpulanglah hak masing-masing..aku meneruskan kehidupan ku..dan usahaku untuk memperbaiki diriku..lantak la apa org nak kata...lalu fatie offer kat aku sama ada nak ke Mabul ke tak..trus sahaja aku bersetuju...aku x pikir nak dive ke..snorkeling ke hapa..hanya aku perlukan ruang masa untuk aku sendri..hasilnya 22-26 Mac 2012 aku ke Mabul..

Saat ini kosong..bertemankan kerusi malas memerhatikan permandangan lautan yang terbuka luas dan keindahan matahari terbenam..malam pula menikmati taburan bintang yang seakan menari-nari diawangan..subhanAllah cukup mendamaikan..dalam kedamaian itu aku mencuri masa memikirkan permasalahan aku dgn dia..dalam hal ni telah ku putuskan sumpahku..dan bukan penting mencari siapa kebenarannya..siapa betul atau salah..aku yakin dengan keputusan ku..

Rezeki aku juga, saat aku bercuti di mabul..seorang ustaz yang terkenal dalam TV9  dalam rancangan usrah turut bercuti bersama keluarga dan anak muridnya 3 orang..hari kedua dia mula menegur aku.."dah lama perhatikan riak muka..ada masalah ka?" x tahu kenapa aku terbuka hati untuk bercerita dengan dia..tu yg kene "muka garang tapi hati puding"..cisss.. atas beberapa nasihat dia..aku cuba memperbaiki diri aku..insyaALLAH...

Blogger Templates by Blog Forum