kadang-kadang tue..
Sunday, June 26, 2011 by akubukanbudakblues
Assalamualaikum..
Dalam sebanyak-banyak pos aku selama ini..dari sejak aku mula mengenali blog ini..langsung tak penah aku menulis mengenai rasa amarah ku secara total..menyingkap segala perkara yang bisa membuatkan darah aku yang sememang nya tinggi ini bertambah-tambah tinggi suhunya hingga menyirap dan menggelegak seakan sepanas larva gunung merapi.
jgn la byk sgt bertanya
sepertimana aku diam..korg pon diam la
jgn la mulakan perkara yg menjengkelkan..
Harus aku akui (TANPA PERNAH AKU MENAFIKAN WALAU SECEBIS ZARAH) aku adalah insan yang PANAS BARAN..PEMARAH, GARANG, TEGAS dan MOODY (sekelip mata!! Transform..!!!) Pun begitu sepanas baran mana pon aku dimata kalian, aku masih punyai akal dan fikiran. Masih punyai hati untuk mencernakan rasa & perasaan..masih lagi ada cebisan rasa nak menjaga hati walaupun hati bagai nak rak nk maki..Aku takkan semena-mena 'berubah' wajah sekiranya tidak kena waktunya..jika tiada sebab musababnya.. marah aku marah bertempat..marah aku bukan kerna aku benci..andai aku mulai membenci..pandang muka hatta berkata sepatah huruf pon tidak sama sekali..
Semua orang punyai rasa marah ini..kerna sifat MARAH adalah FITRAH manusia...tapi pencetusnya berbeda..orang yang sedang menahan marah jgn dicuba pull the trigger kata orang putihnya...andai ditarik tahan sahaja apa yg bakal terhambur katanya hatta perilakunya. Bagi aku..mudah sahaja..tolonglah JANGAN jadi MENJENGKELKAN
Aku kalau marah aku diam..menahan rasa amarah ini bukan mudah..terutamanya bagi orang yang baran dan kurang sabar seperti aku ni..aku diam sebab aku xmahu menghambur kata-kata yang sememangnya akan menyakiti hati org lain dan akn mencetuskan pertelingkahan. Pun begitu, aku dalam proses untuk belajar meredakan kemarahan aku. Sejak aku berkawan dgn Kak K, dia banyak mengajar aku erti sabar..andai aku mula nk tercetus rasa marah..dan dia perasan perubahan aku tu..dia akan pegang tangan aku xpon mula carik jalan asalkan aku tersengih..bukan mudah..kadang=kadang terlepas jugak rasa marah tu..xpasal2 semua orang sekeliling kene bebel..termasuklah Kak K. InsyaALLAH akan reda lah nanti.
Tapi 1 jer lah, kalau aku diam tu..jgn la plak korg mulakan..bertanya sana sini kenapa aku diam..korang diam je ler..lama2 aku elok lahhh..ini tidak..bersepah2 tanya semua orang! Aku kalau marah kepada sesapa pon aku xkan sesuka hati nk bercerita dgn sume org..sorry lah aku bukan jenis nak bercerita semua perkara kot??? hatta pada org yg aku sayang pon..
Moral of the story, kalau aku marah..ko jgn byk tnya..pd sesapa hatta aku sendrik!! itu cukup2 aku menyampah! SERIUS!!jgn nak paksa orang menyatakan sebab musabab kemarahannya..
Lagi satu kadang-kadang kita suka sangat nak mencari kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri blum lagi diukur banyaknya kesilapan yang mungkin kita tak sedari..nasihat ini bukan untuk orang lain tapi diri aku juga..hari demi hari aku lihatkan telatah dan perilaku setiap rakan2 disekeliling aku..kita semua punya sejarah yg mungkin tidak mahu diingati...bagi aku pada pandangan aku insan yang tidak seberapa ini, kan mudah kalu kita benar2 benci @ tidak mahu langsung mengingatinya..cubalah lupakannya..anggap sahaja semuanya tidak pernah berlaku..tak perlu diungkit atau dibangkit menjadi bahan sindiran dan sebagainya..sesuatu yg xberbaloi untuk diperkatakan..tiada nilai..bak kata pepatah biarlah labu terjun dengan labu2 nya..usah dipedulikan..seandainya kita masih memperkatakan tentang semua itu..sememangnya kita tidak dapat melupakannya..untuk apa?? TIADA NILAINYA kawan...biarkan je lahhh..mulakan sahaja hidup yang baru..hargai apa yang ada sekarang..DIA LANGSUNG TIDAK BERNILAI UNTUK DIKENANG.. tiada rugi sesen pun..namun jadikan pengalaman itu sebagai perisai pedoman dimasa hadapan..kebenaran dunia mmg sukar dicari tapi akhirat mereka semua tidak kecuali..begitu juga kita bakal dihisab segalanya..lambat kerna akhir zaman Allah saja yg tahu..tapi biarlah..yakin kita pada Maha Adil yang SATU itu..
Kadang-kadang kita akan lihat kawan kita, kita nilai dia dalam diam..mungkin masa kita semakin berkurangan untuk melepak dan bertemu dengannya..maka kita mulai rasa jauh dengannya? perlu kah perasaan begitu..kita kena paham diri & kelilingnya..sebab musabab dia jadi sedemikian rupa..Kadang-kadang kawan kita ni nak kita paham dia, hormati dia, menjaga hatinya, gelak ketawa dan sekepala dengannya..tapi tak terfikirkah adakah kita juga begitu??? Kadang-kadang kita xkan tahu kawan kita terasa dengan kata-kata kita..kerna kita beranggapan ia lawak jenaka semata-mata..Kita selalu kata & memuji orang lain yg dia seorang itu dan ini..dia tak pernah berkira dan sebagainya.. tapi ada kita fikir yang kadang-kadang tu kita berkira??? owh ya..menyindir lagi..kawannn..hidup ini tiada yang perfectnya..kehidupan dia bukan dengan anda sahaja..banyak lagi disekelilingnya.. jadi cubalah renungkan..dia buat sesuatu mesti ada yang menyebabkan dia jadi begitu..bukan kerna dia sengaja nak amik kesempatan..kadang-kadang orang lain yg jelas mengambil kesempatan dan sambil lewa..kenapa ditutup sebelah mata? kerna dia menemani kita saat kita nak berjimba??? hadoiiii mudah sangat pertimbangan kita tu kawan...mudah sangat timbang taranya...cubalah kita imbangkan dengan kebaikan yg penah. kungkin pernah dia lakukan..jangan mudah menjatuhkan hukum..kita bukan penilai yg hak!
Jadi kita renungkan lah..kita hidup bukan hanya mencari kawan sejati..tapi lebih untuk menghayati dan menjalani kehidupan itu sendiri..jangan kita nilai seolah kita mengenali dia sepenuhnya..sewajarnya kita imbangi dengan kebaikan yang mungkin pernah dia lakukan kepada kita..
Wallahualamm..
p/s: pictures credited to Google.