Rewards myself..

Assalamualaikum..

Huhuhu..andai kita dah kerja xtentu arah waktu dan keadaannya..adakalanya kita kene memanjakan diri sendiri jugakkannn..??? so hasilnya!!walaupon berderai cashh aku sebelum gaji masuk..heheh

-

-

-

-
OAKLEY HIGH DEFINITION OPTIC
+ Transimition High Lenses..

Spec aku yang Levi's dulu tu dah teruk sgt dah..aku byk pakai kat rumah..dah sumpik sket cermin dia asek jatuh lantai jek..power dia pon kurang ok since power rabun dah meningkat....hahaha..siang lak aku pakai lense..masalahnya sekrang nih ..aku mula gatal2 kat mata and rasa cepat kering..hurmmmm asek tertenyeh2 jek...lama2 rosak lak mata aku..so kasi tukar laaaa.....hahahha

So..pehni 'JAM TANGAN ITEWWW' pula menyusul..hahaha 2 utas telah ditempah..2 utas?? Kenapa perlu 2 UTAS JAM TANGAN??? hahahahha



hati ini menginginkan..hahha (ke nafsu makan yg menginginkan!!!)

Assalamualaikum..


Huhuuhu tika dan saat ini hati & fikiran aku hanya teringatkan 2 BeNdA nih jek...kira wishlist gak ler..heheheh

1. L@MB $h0uLdER (CHILLI's)

nak makan sgt..2 bulan aku puasa due to my health constrain
nak buat camne..tapi siyes la nak pegi..kaki jalan
terhencut-hencut pon ade aku kisah..ahad tetap akan pegi.

2. ARSENAL A$iA ToUr 2011
owh my GOD..aku nak pegi..TETAP NAK PEGI!!!!
tiket xde hal..kompem beli!!


Kawan itu bukan sekadar menjaga...

Assalamualaikum..

K.A.W.A.N.. Kalau di terjemahkan oleh Plato " Friends have all things in common" Tapi betul kah?? Hanya mereka yg mempunyai persamaan dgn kita sahaja yang akan kita kawani? Sama darjatnya, sama kayanya, sama segalanya? Habis andai dia tidak sedarjat kita, maka dia tidak layak untuk berkawan dengan kita? walau dia mampu jadi KAWAN kita yang sebenarnya? Macamana pula pepatah yg menyatakan bahawa MUSUH adalah KAWAN kita yang TERBAEK?? Seorang pemikir Inggeris menyatakan "Friendship with oneself is all-important because without it one cannot be friends with anyone else in the world." Berkawan dengan diri sendiri dahulu baru berkawan dengan orang lain? Bagaimana dan mengapa?

Persoalan akan siapa KAWAN kita yang sebenarnya dan apa itu KAWAN yang sebenar-benarnya kawan adalah 2 perkara yang cukup berbeza..sangat cliche mencari jawapan akan maksud KAWAN itu yang sebenarnya..TABOO..


Aku yakin yang semua orang mempunyai kawan..biarlah apajua keadaannya..pasti dia ada kawan..mencari siapa kawan kita yang sebenarnya bukan mudah..tapi kita akan mengetahuinya dengan meletakkan diri dalam situasi yang natural..bagaimana? dan apa yang dimaksudkan dengan natural?? Kita jadi diri sendiri..jujur pada diri..kalau kita marah..kita marah dia dengan jujur..tidak meletakkan diri kita lebih hebat dari kawan kita..walau terkadang dia meninggikan diri lebih dari kita..biarkan lah..lapangkan minda dan layan je lah..

Aku mempunyai kawan yang pelbagai latar belakang, baik lelaki mahupun perempuan..dan aku menghargai kawan-kawan aku dengan sebaiknya..dalam erti berkawan pada pandangan peribadi aku (melalui apa yg aku lalui sepanjang 28 tahun hidup) KAWAN adalah KAWAN namun untuk mempercayai KAWAN 100% dan MENYAYANGInya lantas mendengar katanya..itu bukan mudah..
Harus aku akui, aku amat selective  dalam berkawan..bukan menyatakan bahawa aku adalah KAWAN YANG SEMPURNA..aku langsung tidak merasakan aku adalah SEMPURNA..tapi itu adalah hak seseorang itu dalam menetapkan siapa kawannya..dan itu adalah hak aku..jujurlah..AKU AMAT DEGIL..DEGIL kerana AKU MEMPUNYAI PENDIRIAN.. 

Selective  dalam kamus hidup aku bukan memilih akan pangkatnya, darjatnya atau persamaan sikapnya dengan aku..tapi aku lebih suka mencari KAWAN yang boleh menunjukkan kesilapan aku..menegur aku saat aku alpa SOLAT..dan aku temuinya..dalam sepanjang hidup yang aku lalui aku HANYA TEMUI 2 ORANG SAHAJA..KAWAN seperti ini akan menimbulkan rasa SAYANG dan HORMAT aku padanya..DALAM DIAM akan timbul rasa takut dengan leteran/ tegurannya (GILER NYA MASYITA ISMAIL takut siutsss!!) dan AKU AKAN DENGAR SETIAP KATANYA (bukan mudah beb untuk aku mendengar kata seseorang..dan aku rasa semua tau kot peel aku yang tidak mendengar kata tuh!!) 

Sebagai kawan yang berani tegur aku walhal tahu aku ini bagaimana garangnya..dia ada rasa segan (aku tak suka guna perkataan takut kerna dia lebih tua dariku..tidak wajar) kerna dia tahu aku camne tapi masih menegur aku saat tahu aku salah..anda  pikir wajarkah aku menidakkan bahawa dia adalah KAWAN? Hati & Fikiran aku terdetik  tanpa aku sedari wujud rasa bahawa dia KAWANku..

Tidak dinafikan bahawa ada yang menyayangi kita..secara lahiriahnya nampak seolah dia KAWAN yang SEMPURNA..berada disisi saat kita susah dan senang..betul mmg ramai yang beranggapan bahawa kawan disaat susah adalah kawan yang sejati..ye ker??  BAGI AKU TIDAK..KENAPA??

1# Kawan yang sejati yang mengetahui segala perincian baik buruk diri kita dan keadaan keluarga kita..tidak akan bercerita kepada sesapa hatta ahli keluarganya, suaminya / isterinya, teman lelakinya/ kawan perempuannya atau sesapa..dia akan mendiamkan diri dan menelannya..ibarat SPAN yang menyerap air lalu kering..

2# Kawan yang sejati tidak terlalu banyak bercerita akan kelebihan dirinya..seolah-olah menginginkan dirinya dipuji oleh orang lain terutama  kawannya sendiri..

3# Kawan sejati akan melalui kehidupan dengan kawannya dengan bersahaja..gaduh manja ke marah ke..bengang ke..usik mengusik ke..sume ada..tanpa ada sebarang perasaan yang pelik dan menjengkelkan..

4# Kawan yang sejati takkan cepat mengiyakan sesuatu yang kawan ceritakan seolah2 dia mengetahui diri kawannya melebihi dari kawan tu tahu diri sendiri..

5# Kawan yang sejati akan cuba mencari yang terbaek untuk kawannya..dan bukannya ada sifat PHD atau 'dia tidak boleh lebih dari aku'..

Sekian..
Assalamualaikum,

Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana diberikan kehidupan yg serba sederhana,terurus namun jiwa dan fikiran berasa bahagia..kini aku mampu tersenyum lebar..aku hampir mempunyai segala-galanya..rumah + dia dan kawan2 baik dikalangan kawan opis, kawan diluar opis yg giler2 namun tidak menjengkelkan..roomate opis yang dah aku sayang seperti akak kandung aku sendiri.yg boleh membimbing diri ini disaat kealpaan..  a lovely  housemate like Ati dan Fatie.. officemates yg mental & bekerjasama..staff2 aku yg riuh rendah cam belalang kunyit muncul tatkala pelangi petang namun efficient & giler2..pakcik boss yg sporting dan laser tp penyayang..dan puan2 boss yg walau terkadang 'pening' jugak la tp..ilmu yg dicurahkan bukan kepalang...aku mempunyai abg kakak..walau kami tak sesempurna mana..bertekak adik beradik lumrah biasa..namun tawa tetap lebih banding gaduhnya... anak-anak buah kembar yang chumil dan gebu (baby Siti Khadijah) yg nakal dan periang.. so apa lagi?? Allah dah memberikan segalanya..tinggal untuk aku menjalaninya sebaik mungkin.

dan aku boleh mengulangi penyataan diatas banyak kali sebab itu yg aku rasai sekarang..hehehhe

Sukan Perbendaharaan 2011..hurmmm

Assalamualaikum,

Seperti mana yang dah aku coretkan dalam entry aku sebelum ini, yup aku terpaksa undur diri dalam mewakili Sektor Dasar bagi semua acara favourite aku.. Badminton, Volleyball, Lontar Peluru, Rejam Lembing dan Lempar Cakera.. Tahun ini aku dah set dalam diri nak perform better than last year.. yet Allah menentukan sgalanya. Eksiden kejatuhan tangga itu telah menidakkan segala perancangan aku..

Namun, ada cerita disebalik kesakitan yang aku alami ini dengan sukan paling aku sukai iaitu Futsal. Aku sangkakan dalam masa terdekat maybe kaki aku boleh menekan yang mana membolehkan aku untuk bermain futsal..tapi hari demi hari makin teruk bengkak dan seluruh kaki kiri aku lebam kebiruan..melihatkan keadaan itu memang tepat lah telaah aku yang futsal tu jauh lah dari genggaman aku


Team Perempuan Dasar 1st Runner Up
xpe insyaALLAH tahun depan kedudukan yg lebih baik..Amiin
Team Dasar lelaki dan Perempuan..
Team Lelaki dapat 1st Place (Emas) after 6 tahun berjuang..hahah


Pun begitu, acara Futsal (11 Mei 2011) aku tekad dalam hati untuk main..tekad tu dtg time petang tu jugak lahhh..sebab aku risau dgn team Dasar..bukan tidak mempercayai jauh sekali tidak berkeyakinan dengan barisan yang akan diturunkan..tp ntah aku pon xpasti dan sampai kini aku xpaham kenapa aku nak turun jugak main..(walhal aku tau kenapa..tp biarlah ku pendamkan sahaja..diam itu lebih baik)


Untuk kali ini dapatlah mengekalkan kedudukan tahun lepas no.2 tu..nak buat camne..kaki memang dah berdenyut yang mana Allah je tau bertapa saketnya..tapi aku juga yg degilkannn..?? kene marah kaw-kaw la..dibebel giler babun dek pakcik boss aku, geng2 lain & org luar (but still org dasar) yg mana aku xkenal pon..aku pekak kan tinge dan kering kan hati dan perasaan..ntah lah..

Kalau ditanya sama ada aku menyesal atau tidak main malam tu..JUJUR aku cakap MENYESAL!!!!!! kerana apa?? nih jawapannya

1# Otot kaki kiri koyak keseluruhannya..malam tak boleh tido;


2# Roomates opis marah giler dengan aku sampai tak nak langsung cakap dengan aku malam tu..siap mengelak2 dari aku (sedih kot hati aku) tapi paham kenapa kak k marah..dia jaga aku sepanjang aku sakit nih..dah macam kakak kandung aku dah..aku berjanji tak nak main..tapi aku mungkir..so aku yang salah..so kena paham2 sendrik lah! 

3# DIPERSOAL tindakan aku untuk bermain malam tu oleh rakan2 opis sendrik..(aku x mengharap secebis pujian hatta apapun..niat aku mmg clear untuk team);


4# Menyusahkan teammates futsal sendrik.. sebab apa? (itu yang dicanangkan ke telinge aku);

5#
Kena marah dengan Doktor Y/M keesokkan harinya;

6# Menyakitkan hati..kenapa?? biarlah hati aku je tau...




D.O.N.E



merewang dgn geng terbaek dari ladang...

Assalamualaikum,

Sabtu malam ahad haritu mad nuar ajak kuar makn steam boat dgn semah, QB & ajoy..Ati ikot sekali..harus aku nak kuar melihat dunia luar sebab dah lama sgt duk makan tido tgk tv jek sepanjang2 hari...

Dah nak jam 10 mlm diorg sampai..aku riso tutup jek kedai steam boat antarabangsa tu...ati gerak dgn aku memandangkan kete Ajoy oenuh..dah keadaan aku sgt tidak mengizinkan itu..

Turun jek dari rumah mad nuar trus jadi paparazzi...sengal mad nuar!!! Aku try pakai selipar kt kaki kiri tu..tp lg membuat aku sukar utk berjalan dgn tongkat tuh..hurmmm sabar2x


Sampai kt restoran yang dituju, dgn penuh ketabahan dan kesabaran melangkah masuk ke dalam tuh... cari pot best dan start mngambil raw material untuk direbus dan diBBQ..heheheh kami sume makan xhengat dunia..sambil bergelak ketawa..big thanks kat korg..merawat hati yang rawan nih..hahahha sket sebanyak ilang rasa sakit seluruh kaki kiri aku nih...mmg korg is the best..

Our BIG FAMILY including (not in the picture QB, Tyra, Asilah, Atoks,Buur)



All picture credited to Mad Nuar Aziz & Qairul Bahyah..

malang owh malang tidak 'nampak'..

Assalamualaikum..

Taktakala aku menulis ini jam tepat menunjukkan 3.12 pagi..ye aku masih tak tido lagi..menahan kedenyutan rasa sakit yang teramat sangat.telah ku telan ubat yang Doktor berikan..namun sakitnya tiada berkurangan...haritu 2 jari tangan kiriku  retak..kali ini..hurmmmmm

Kejadian malang ini telah mengakibatkan kaki kiriku pula yg berbungkus...tempang la plak..kejadian aku terjatuh 6 mata anak tangga kat opis ni memang tidak langsung ku duga..mana tak nya..sedang hanya aku berjalan untuk mendapatkan pas MOF di kereta ku aku sedar2 dah tergolek kat bawah...rupanya anak tangga yg kusangkakan dah dipenghujung rupanya ada 6 anak tangga lagi!!..dalam kegelapan la aku meraung sensorang...bunyi berderap tu amat2 la menangkap di telingaku sangat aku tersembam dan tergolek di lantai...dalam kegelapan aku meraung keseorangan..

Aku try tenangkan diri, kawan-kawan pasukan badminton lain (yea aku sedang berlatih badminton bagi sukan kementerian) memang x perasan aku jatuh since tangga tue gelap..aku pon pelik kenapa ruang itu tidak dibuka lampunya..sengal juga!!aku cuba berdiri..nyata langsung tiada mampunya..bertambah sakit bila aku cuba berjalan...Zaim yang kebetulan baru sampai trus bantu memapah aku ke tempat yang lebih terang..saat itulah baru rakan-rakan pasukan aku dan mula mengerumuni aku...tulang kaki yang kat depan buku lali tu menonjol dan kakiku terus membengkak...Zaim offer untuk bawa aku ke Hospital Putrajaya..aku tak mahu ganggu latihan dia so aku minta tolong Aidawati..Zaim bawa kerete aku ke parking basement..Ati dah siap siaga menunggu aku kat situ..Zaim & Ati memapah aku ke  kereta Ati..tinggal la Ribenaku...

Aidawati bawak aku ke Unit Kecemasan..bila aku diperiksa oleh MA dia merasakan ada kemungkinan retak atau patah..melihat aku yang mengetap bibir menahan kesakitan, dia bagi aku suntikan untuk menahan sakit...Aida bantu aku daftar kat kaunter dan dalam 15 minit nama aku dipanggil doktor..dan diarahkan ke Jabatan X-Ray..

Hasilnya alhamdulillah tiada patah atau retak..terseliuh yang mana otot tapak kaki aku sahaja yang tercedera..so aku xleh jalan untuk 2-3 hari ini..dengan hati yang lega dan penuh keselambaan aku bertanya pada Doktor tu "so, saya boleh bersukan lah kan Dr.?? cuma 3-4 hari je kann??" dokotr tu pandang aku seraya berkata "nie sukan apa plak nih?? aih..xpayah sukan2..rehatlah betl2 dulu..jgn nak bagi teruk cedera otot tu..awak nih!!" Doktor perempuan yang sebelah tu tergelak masa aku tanya hal tu..aku sengeh jek...
Tapi menyakitkan hati aku tu..tidak la plak doktor tu bagi aku MC..s.edangkan nak berdiri pon aku x mampu...giler pe doktor tuh?? aku nak bertanya kat staff disitu masa Ati pergi ambil kereta..tp sume sibuk bagaikan terlalu ramai ler pesakitnya..walhal biasa sahaja..ramai lagi Klinik Kesihatan rasernya..so aku nekad amek cuti..minta tolong Ati kol pakcik boss aku  a.k.a Encik Fadzlee, bagitau yang aku nak cuti sampai Selasa depan..huh..Ati ler yang kene tanya banyak..haaa seb baekk bukan aku..tau sgt dahhh..so merehatkan lah diri sepanjang seminggu ini...gamba kemudian la upload..cable tinggal kat opis..

So, acara sukan yang akan aku wakili bagi Sektor Dasar hanya tinggal kenangan...6/5 Bowling; 7/5 Badminton; 8/5 Volleyball; 11/5 Futsal..14/5 Lontar Peluru, Lempar Cakera & Rejam Lembing jauh dari genggaman ku....

Piala Pengarah eP...fuTsAL d€ BaNgI..& Bintang Khazanah 2011

Assalamualaikum..

23 April 2011 aku terlibat dengan perlawanan futsal piala pengarah eP..as usual goalkeeper..lawaknya langsung xpenah berlatih..sekali fikir mcm star giler..heheheh..actually ni pon ada jugak lerhasrat nak carik player untuk mewakili Kementerian Kewangan nanti..cari la backup sampai bila aku nak main mewakili Treasury..??

our Team (STAR TAX)

Kami menang 4/5 perlawanan, kalah dengan Bahagian Pinjaman Perumahan, beza gol saja..hhurm 2 gol je lak tu..memang terbakar hati ler...budak BPP tu pon bukan orang lain..geng2 sendrik gak yg juga mewakili MOF...striker & defender MOF..so mmg tough la..

Rezeki kami dapat 2nd place..okey ler tu dpt RM140..after that apa lagi open table ler kat village view..terbaekkkkk..mmg dah lapar kot..lapar gila...tgh2 game mana nak rasa lapa tu..
Hasilnya..

Kemudian kami meraikan kemenangan yang tak seberapa tu dengan makan-makan di Village View..hahahha hasil duit kemenangan..hahah


Sehari sebelum piala eP 2011, MOF ada menganjurkan Pertandingan Nyanyian Bintang Khazanah...Encik Amin berjaya masuk ke final..dia bawak lagu Mengenangmu by Kerispatih.Aku tak pergi tengok since aku sibuk prepare barang2 masak untuk pertandingan futsal tu..Artis jemputan time tu is Adira AF8..hahah budak2 BAC apa lagi kerumun laa..here some picture berkaitan pertandingan tu...credited tu shuriana khamisan..heheheh


DONE..

Blogger Templates by Blog Forum