lama dah menyepi...
Tuesday, April 27, 2010 by akubukanbudakblues
Tuesday, April 27, 2010 by akubukanbudakblues
Posted in: 69 | 0 comments | |
Monday, December 21, 2009 by akubukanbudakblues
Posted in: 69 | 0 comments | |
Saturday, September 26, 2009 by akubukanbudakblues
Aku telah memulakan langkah sedikit demi sedikit, meninggalkan aktiviti dan segala yang tidak membawa sebanrang kepastian..mungkin suatu hari nanti apa yang akan ku lakukan dipertikaikan dan dimana kredibiliti dan imej ku dipersoal oleh kelompok tertentu..aku sudah mula untuk lali dan tidak mengendahkannya..biarlah kredibiliti aku dipersoalkan di arena tersebut yang tidak punyai makna dan kepastian tetapi sewajibnya aku menjaga kredibiliti aku sebagai pegawai kerajaan yang menentukan dasar negara, bertanya aku pada kalian manakah yang lebih utama?Wednesday, September 2, 2009 by akubukanbudakblues
Seperti gambaran diatas..setiap yang akan dilafazkan akan merangkumi semua aspek yang diserap oleh faktor-faktor sekeliling..mungkin ada yang cuba menjaga hati nurani orang lain, membuatkan orang lain selesa maka setiap apa nasihat, kata-kata hatta perbuatannya disulami dengan 'kelembutan' dan 'senyuman', walaupun pun kadang-kadang hati dan sanubari sang pencipta kata-kata tercalar dek perbuatan dan perilaku serta kata-kata. Ibarat menjadi lilin yang membakar diri sendiri dalam cuba menerangi kegelapan kelilingnya. Memujuk diri agar tidak mudah dikuasai emosi dan membenarkan dirinya untuk mengkaji dari segenap aspek. Akan tetapi, semakin hari semakin menjadi keadaan yang sukar pada seorang pemikir dalam menolak kenyataan yang semakin diperkotak-katikkan.
Dalam kelembutan lilin itu membakar diri, ada unsur-unsur yang cuba memarakkan api yang selama ini diam menyala. Mungkin unsur-unsur yang selama ini melihat akan lilin yang hanya diam menyala, jauh dalam kegelapan dan merasakan 'telah @ terlalu mengenali' akan lilin tersebut, maka berlakulah apa yang diperkatakan sebagai perbuatan 'menahan lukah dipergentingan'. Tanpa menyedari lilin itu diam memerhatikan keadaan sekelilingnya dalam cahaya yang malap namun jelas pandangannya.
Sebagai seorang pemikir, seboleh-bolehnya cuba untuk mengelakkan berlakunya situasi yang tidak disenangi dan cuba mencari apa jua maksud dan punca yang menjadi ia sedemikian rupa. Ibarat kata ' menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerakkan'. Supaya akhirnya tidak membakar diri dan merebak ke yang lain dan akhirnya merugikan semua pihak..ialah..teringatkan nasihat uwan ketika berehat bawah pokok rambutan "nak..dah besar nanti hormati orang yang lebih tua walau apapun perangainya, yang tak elok tue toksah diikut, belajarlah dari kebaikan dia..dan sekiranya dah berpangkat nanti..hormati yang tua dan sayangilah yang muda" sering mengiang ditelinga.Rasanya semua orang dimomokkan dengan nasihat ini. Tapi, apa guna jika ajaran orang tua-tua dulu hanyalah sebagai pujangga tapi tidak ada yang mempraktikkan..
Dalam bersahabat juga, tidak lengkap sekiranya tidak ada sikap merasakan diri sudah terlalu mengenali rakan atau sahabatnya itu. Percayalah..manusia merupakan ciptaan Allah yang paling sukar diduga tingkah dan perilakunya apatah lagi pemikirannya. Hikmat akal fikiran yang Allah kurniakan. Seperti orang tua-tua sering berkata ' air yang tenang jangan disangka tiada buaya'. Dan setiap apa yang kita laburkan walau atas apa jua niatnya, ketahuilah Allah menilainya dan sekiranya dulu orang tua ada berkata " pelabur habis, palembang tak alah". Ada juga sikap yang mana asal kan tuan punya diri tak kisah..apa perlu orang lain nak kisah dan nak bising-bising..kalau begitu apa perlu organisasi distrukturkan sekiranya kata putus atau asalkan diri tuan tak berbunyi apa. Tidak mengapa tapi ingat lah pesanan ini 'pelepah bawah luruh, pelepah atas jangan ketawa' dan jangan lah jadi 'gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan'.Posted in: 69, FC, PI | 0 comments | |
Saturday, August 22, 2009 by akubukanbudakblues
~minum pagi..sedap giler~Posted in: 69, DPA, PI | 0 comments | |
Thursday, July 23, 2009 by akubukanbudakblues

Posted in: 69 | 4 comments | |
Sunday, June 14, 2009 by akubukanbudakblues


Posted in: 69 | 0 comments | |
Copyright 2007 | All Rights Reserved.
MistyLook made free by Web hosting Bluebook. Port to Blogger Templates by Blogcrowds.