BaCk t0 scHoOL agaIN...yeAY.....

aku dan Emi di zaman study kami dulu

Assalamualaikum,...

Am soo happy today..my boss called this evening right after my regular exercise. Actually she was my ex - 1st boss before been promoted. Terkejut gak bila dapat call tue tadi, tengok no telefon office, aku cuak jugak coz sekarang musim bajet, as a tax person bila - bila boleh dipanggil kembali bertugas. Beliau called dengan nada yang kering giler, seolah-olah aku ada buat salah..tanya macam-macam berkenaan this 1 case yang aku terlepas pandang [ this case I've to settle it down during my course okeh!!!] time tu memang serabutlah..tapi setahu aku dah ok..Datuk SBC aku relax jer tak ganggu aku selepas aku hantar minit tuh. Tutup citer tue, tp memang mengajar aku sangat lah..

Bos aku tanya lagi bila nak habis DPA nih, aku just jawab lagi 10 minggu kemudian saya merdeka lah..dia diam jer..lagi lah aku cuak terus aku tanya kenapa..ada aku buat silap lagi ker? Dia dengan nada ala-ala marah campur sedih kata baru terima surat aduan pelanggan dari BPA. terus aku terdiam..perghhh bila lak masa aku buat kerja sampai nak buat aduan bagai kat BPA, mekihat nada aku dah semacam dia bantai gelak yang memang kalu depan aku memang kena penampor gak arr..tapi bila fikir dia bos aku layan lg ler..dia called atas tujuan yang baik, bahkan memang ada surat untuk aku tapi bukan dari BPA tapi UKM.

Ingat tak, sebelum ini aku ada menyatakan yang aku akan sambung pengajian aku ke peringkat Master..yup alhamdulillah aku berjaya, boss aku banyak menyokong aku, dan dia salah seorang yang tandatangan surat sokongan membenarkan aku study tu. Aku terus menjerit..memang hepi giler..bersyukur kerana dipermudahkan segala urusan dunia dan insyaALLAH akhirat ku jua. AKU DAPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA EKONOMI DI UKM. Kemasukan adalah pada tahun depan..memang cukup-cukup tak sangka..tapi sakit lah sikit aku nih..masa aku banyak nih bakal dikorbankan nanti. Ada yang bertanya aku tak rasa bosan ke nanti since baru jer balik dari kursus DPA nih, aku cakap ini peluang aku dan kena ambil kerana bukan mudah untuk mendapatkan kebenaran daripada pengurusan tertinggi. Pembiayaan pengajian adalah persendirian, ini bukan mohon biasiswa kerajaan. Tak sabar aku nak tengok surat tu..malam ini memang tido nyenyak lah since dah 2 malam berturut bersengkang mata buat laporan projek. Hmm..esok lak kena siapkan projek ekonomi lusa exam..giler lah...tapi takpe dah ada pencetus semangat... semoga dengan kembalinya kehidupan aku sebagai student U walaupun hanya hari-hari minggu., dan aku dapat meneruskan kecemerlangan seperti zaman dulu-dulu..hahah cabaran tetapi mengujakan dan aku menantikan saat itu.


Blogger Templates by Blog Forum