Lagu MUH feat. Black - DRAMA KING


Assalamualaikum..
Entry kali ni lebih menjurus kepada lagu ni..xtau knapa tapi lagu ini memang best (bagi aku la) & lg best kalu Lan x-vokalis MUH dulu yg nyanyi...heheh layan..coz aku rasa ramai kot org disekeliling-sekeliling aku yg suka bikin drama sebabak dan berdrama..walaupon aku camtu jugak terutama dgn timb. aku sekarang..hahah aku & bos (abg long) suka berdrama depan tib. kitaorg..hahah layannnn

Meet Uncle Hussin feat. Black :- Drama King

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat

KAWAN

Assalamualaikum..

Baru-baru ni ada seorang kawan datang bertanya pada aku..dgn loghat Utara dia yang memang tak lekang dari pertuturan dia..ayat dia lebih kurang camni lah..aku pon x hengat sangat..agak busy sepanjang minggu ni..

si A : dia tanya " hang dah kawan aku lama kan?..mesti hang dah masak dgn pangai aku..kenai aku lagu mana punya org"

Aku : [aku pandang dia dah tersengeh]" ntahlah..setakat mana yg aku kenal ko..tu je..nak kata kenal ko 100% aku x berani kot pasal manusia xleh nak diduga perubahannya..apahal ko terjah aku camni?"

si A : "hang memang frank person..kalu hang tau hang jwb tau kalu x, jawab x..marah hang tunjuk, bagus hang puji..at least hang xbermuka-muka dgn aku"

Aku : motip??? ko pehal nih??

si A : sekali dlm hidup hang xleh ka x sebut motip tu?? xdak la..aritu membe aku mai ckp dgn aku mcm kenai aku 8 tahun..org lain tanya pasai apa aku jd lagu tu suma abih dia tolong jawab..mcm dia kenai aku sgt..dah lah membe lg 1 tu duk caya dgn cakap dia dah dia duk kuar dgn aku slalu..(dan byk lg yg aku xleh nak recall)

Cuma apa yang nak aku raise kan hanyalah..kita ni manusia..sebagaimana pun kita merasakan kita dah kenal rapat dengan orang sekeliling kita..ketahui lah kita tidak mengenali dia sebenarnya.. manusia dikurniakan akal fikiran dan hati serta jiwa yang berbeza yang mana akan berubah mengikut percaturan masanya...akal yang dikurniakan memberi input serta tindakan yang berlainan setiap masa..

Tapi lumrah manusia, orang mempercayai bahawa bagi mereka dgn mengetahui sedikit sebanyak perihal kehidupan keliling mereka, keluar sentiasa bersama ..bagi mereka..dah kenal sangat dah diri kawan tu..sampai boleh jawabkan bagi pihak org itu akan segala apa yang dia rasa atau perubahan sikap  org itu..silap-silap ko mengeruhkan keadaan je lagi..tolong lah sedar diri..tak mungkin kot ko kenal dia kalu setakat 2-3 tahun kenal dan kuar hang out camtu..

Perkara ni happened gak dengan aku..peel aku memang direct..aku baran ke tengah kanak-kanak riang ke aku tunjuk..kadang-kadang kawan kita ni suka menjawab bagi pihak kita kalau ada yang bertanyakan tentang perubahan sikap kita..hello abg bro & akak bro..ko xkenal aku yang sebenar-benarnya..so korang nak jawab bagi pihak aku pehal???? Lagi 1 yang aku paling xsuka ialah bila orang nak uji aku xpasal-pasal..kalu aku kata xkesah dengan kewujudan sesapa pun perlu ke korg nak uji perkara tu betul ke x?  Kalau aku kata xsuka ke apa..perlu jugak ke aku buktikan sedangkan selama nih terang-terang je aku nak marah..aku marah or kata belakang pun at least aku  bleh marah depan2..banding duk riuh maki kt belakang tapi depan orang yang ko duk marah-marah tu ko terdiam seribu bahasa dan cair..huh..terangan lah beb..Korg duk kata kenal2 aku..kenal sgt ke???

Oleh yang demikian abg bro & akak bro..pandai-pandailah yer menapis tahap 'ketahuan' ko psl diri aku..bukan memandai-mandai nk jadi 'bagi pihak' aku lak yer..

RINDU...aku BENAR_BENAR RINDU DIA

AKU BENAR-BENAR RINDU DIA
SANGAT MERINDUINYA
RIBENA KUUUUUUU
(T;T)
warrrhhhhhhhhhh...


Kadang-kadang...

Assalamualaikum..

Aku tak tau nak mula camne..apa yg pasti aku rasa sangat-sangat kosong hari ini..mungkin eksiden kelmarin juga menyebabkan tapi rasa kosong ni aku rasa dari hari-hari akhir aku semasa kursus DPA dulu...time tu walau kosong camne pon aku masih mampu mengukir senyuman & mampu utk  bersosial dgn kawan-kawan.. tapi semakin hari semakin kosong hati dan perasaan aku..jiwa aku dan hampir segalanya..walaupon aku mencuba untuk mententeramkan dan mengembirakan hati ni dgn melakukan apa-apa yg mungkin boleh membuatkan aku melupakan 'kekosongan & masalah' itu..namun semua tu x menjadi...

Aku mmg xleh nk cakap or gambarkan apa yg terbenak kt fikiran aku hatta nak menyampaikan apa yg jiwa raga aku rasa...aku xtau nk bersedih ke nak ketawa ke atau apa pon..kosong..seolah-olah aku baru sampai dalam dunia nih..keje aku setakat ni x terganggu dgn keadaan aku nih...aku cuba meluahkan segala rasa dalam diri ni kat helaian kertas..mn tau dgn luahan dlm bentuk puisi itu mampu merungkai apa yg sebenarnya aku rasa...tapi masih begitu..tiada sebarang idea yg dapat aku catitkan dalam nota tu..

Nak kata apa lg? apa yg aku xbuat?..aku penatkan seluruh tubuh badan aku dengan mendaki gunung..aku semakkan kepala dengan dengan keje yg mmg byk tu..aku banyakkan makan, aku berkaraoke aku tdo seharian, bawak kete cam hampeh (hah amek sampai eksiden)..tapi benda tu semua x menghilangkan apa jua yg bersarang dalam diri aku nih!!!!..nak bercuti?..kalu bercuti kononnya nak merehatkan minda wat so ever..langsung x berkesan..lg membuatkan diri aku merana adalah..aku ada baki cuti 54 hari..aku sampai xtau dah nak buat apa dah dengan keadaan nih..secara terangan aku bukan diri aku yg dulu..Maria dak opismate aku pon dah bertanya perubahan diri aku nih..mmg betul dulu aku happy go lucky..sentiasa senyum dan  menyakat orang  walaupon ada masalah ke..kerja melambak ke..sentiasa nampak aku mengukir senyuman..tapi kini  aku lebih suka bersendirian melayan kerja-kerja aku xpon tdo dalam bilik..aku admit pekara tu...sekarang seolah-olah segalanya menyemak dalam hidup aku ni..baik kawan-kawan, hal kerja, atau apa pon lah..aku tau perubahan perangai aku nih menyebabkan sebahagian kawan baik aku sepanjang masa mulai terasa seolah aku menjauhi mereka...tapi ketahuilah..aku bukan nk menjauh..cuma aku risau keadaan aku yg x stabil nih akan menyebabkan aku mengeluarkan kata-kata yg mana akan menyakitkan bukan saja hati tp menyebabkan putus segalanya..korang tau kan aku baran..aku akan mungucapkan & mengeluarkan apa saja yg terpikir dalam otak aku ketika tu..baik berbual kosong atau time meeting..itulah aku..berkata depan-depan...

Ntah lah..hatta tengah menaip benda nih pon aku xpasti keadaan aku..dlm FB aku mcm nampak kencang je..tapi hakikat tu sume dusta..senyum tawa sekadar mengukir menutup segala yg terbuku dalam diri ini.. ntah lah..aku pon xtau sampai bila dan bagaimana harus utk aku melepaskan & menyelesaikannya..frankly aku dah penat berfikir..penat berfikir menyelesaikan masalah org sampai masalah sendri tolak tepi menggunung sampai dah xtau cara bagaimana nak settlekan..ntahhhh seyess ntahhh

AJL 24

Assalamualaikum..

Ahad haritu sebaik sahaja selesai kenduri, semua sanak saudara pulang ke KL smula..termasuk lah aku since aku kene hantar makcik aku kt area Sg Besi & Cheras..then gerak tgk AJL24..BIG THANKS to NORA & THE GANGS for the tickets..on the way ke Bukit Jalil perut aku sakit giler..maybe salah makan kot...aku byk kali benti ke stesen minyak yg ada..so lambat ler ke stadium..

Sampai org dah start beratur panjang..hurmmm aku sebenarnya dah hilang mood nk tgk since perut aku sakit tu..aku beli jek ubat pil cina tu makan..hopefully ok la pastu..


selesai program..
dan masa utk bermain permainan 'sang mantan'
korg mmg ler tuttttt..hahah yet enjoy 

Masuk ke dalam mula-mula berdiri since dah start persembahan..masa persembahan ke-3 kot baru kami bergerak ke tempat duduk..perghhhh penuh giler dgn lautan manusia..so melayan persembahan..aku bukan org seni duk nak mengata persembahan orang..tp yg penting memang suma artis all out punyer..

edna,kT,deq sue & kwn diorg..heheh





















Here some pictures yg aku rasa ok ler tu...haha..juaranya si Aizat dgn lagu Pergi..sesuai dgn konsep 1 Malaysianya..hahah





XPDC Gunung Dato'

Assalamualaikkum..

Hurmm..naik berpinar mata aku menyemak dan menilai permohonan syarikat untuk mendapatkan pakej galakan..nanti nak discuss dgn En. Fadzlee samada dia setuju ke tak dgn syor aku..then bawak meeting kat MIDA lak keesokkan harinya..kerja dapat arini..urgency was there to fullfil..btw, guess who yg akan chair that meeting? Datuk Afi..goshhhh..masak ler aku..jgn dia mention perihal jemputan utk program dulu tu dah arr..malu aku dgn semua pegawai tertinggi kt situ coz terbabit dalam kelab camtu.

Last week, on Saturday (09/01/10) aku & the gang decided untuk daki gunung..so gunung terdekat is kt kg aku Rembau..aku xbunyik apa, diorg sendiri yang cadangkan so aku follow je ler since sememangnya aku balik kg on that day. Aku gerak dr umah sebaik je dapat call dari diorg once dah masuk simpang ke gunung tue, 10 minits kendian aku sampai..sebelah kg aku je pun..haha..

Team yg kompem is Chip & hubby, Az & hubby, Normala Dewi dan Farah Dewi..Kudus xdpt pergi since isteri baru pas bersalin..kene jaga anak tapi dia sempat gak dtg jenguk kitorg. Kami mula mendaki jam 11 pagi..pakcik yg incharge tu cakap kami pelik, selalunya time2 camtu orang turun dari gunung..huhuh..

Time daki tu memanglah aku rasa pancit..sampai muntah dipertengahan gunung..tapi yg bagusnya pas muntah tue badan rasa ringan & x pening2 lagi dah..trek memang mencabar..berbatuan & licin serta menegak..uishh ikot hati nak je aku turun balik..tapi dah kena cabar dgn pakcik tadi terus semangat semula..huhuh

Sepanjang mendaki tue ramai jugak jumpa tourist, terutamanya touristt dari Jepun & Singapore. yang kelakarnya, salah sorang si Mala Dewi ni Manager KFC Tapah, siap jd ussherette ucapkan "hye..trima kasih dtg lagi" serius mcm dalam restoren KFC jek..haha..but well..Malaysian  kann..kene ler berbudi bahasa.


Sampai ke separa puncak, kami tinjau ramai orang lagi kat batu besar yg merupakan puncak gunung dato' tu..so kami decide utk lunch dulu..so manager KFC ler yg belanja makan..ye ler manager free ler memana cawangan pon dia leh amek..cheh. hehhe siap ada geg ni pow kitorg nyer KFC..so bagi je lah..since ramai lagi yg bawak bekal..spagetti nyer, nasi goreng..jajan dsb..sambil tu amek gamba..hehehehe
Dalam 2.30pm kitorg panjat ke puncak..giler mencabar beb..batu besar tu bulat dan bertindihan, so pihak pengurusan letak some sort of tangga utk mudahkan org naik ke puncak, namun still merbahaya dan mencabar.Sampai kat puncak..kitorg menjerit ramai2..perghhh release tensen seh..seyes cakap..puas hati sangat..lepaskan segalanya..yg aku lak pas tu siap cari bumbung umah aku mana 1 boleyhhhh?..hahah kitorg amek gamba & menyanyi berjimba kat atas tu..sgt fun!!!!


Dalam jam 5pm kitorg gerak turun, yg bestnyer turun sambil berlari ala2 marathon okeh!!! walaupun keadaan trek yg sgt curam dan berbatuan..pandai2 ler mengelak dan hasilnya..sandal aku putus sebaik je sampai bawah dan masa turun rekod 45 minit..hahah giler kann? tapi mmg best..melepaskan segalanya semasa mendaki dan menjerit kt atas gunung tu..

sayup je pemandangan dr atas ni..best!!

Tapi yang paling best time dah sampai umah..mak & adik beradik aku cakap "turn ko yer dik mengacau dodol..td ko best kan lesap mengelak keje pi daki gunung..so kacau eh dodol nih!!" chaitssss..badan tgh sengal2 & penat yg teramat sgt disuruhnya lak aku mengacau dodol..so aku buat je ler since mak aku dah membebel..mmg tersanguk-sanguk aku jaga dodol tu..sambil tu sempat post status kt FB..hehehe...dalam jam 11 lebih gak ar aku lelapkan mata..arghh lega..but yet..masa yg berharga!!!

p/s:
# more picture in my FB
# in next 2 weeks/end of this month nak daki laei..care to join us?...jomm kali nih tdgn geng lain..hahah

PeDuLi aPA?


Aku peduli apa
ketika memulai langkah kiri
tatkala afdal kanan yang dicari
padaku ia juga sepasang kaki
sekurangnya aku tidak terus berlari
mengejar mimpi yang tidak pasti
aku tidak ingin rebah
calar walaupun tidak berdarah.

Peduli apa aku
pada jarak sepanjang ruang
yang merentang
selangnya adalah peluang
kerapnya kita terlupa
menggali makna dalam diri
pada kekayaan kata
pada madah ulas bicara
hidup merangkaikan payah
tiada menjanjikan mudah.

Apa aku peduli
pada sebuah aturcara
sedangkan hidup adalah perjalanan sendiri
walau ke mana kaki melangkah
tetap ada rimbunan untuk ku berteduh
walau amat jauh
tetap aku harung tanpa mengeluh

ThAnKs BoSS..huhu

Assalamualaikum..

Semalam merupakan hari terakhir ex-roomate a.k.a ex-officemate a.k.a ex-teamate aku di Unit Cukai Perkhidmatan II dibawah Timbalan Miss Yap. Kak Ina memang terbaekkk..mula-mula aku masuk team cukai, dia banyak ajar aku..dari aku xtau sangat terus bleh kata mastered (bukan kata aku, tp org kata) perihal cukai berkaitan lagi plak immediate boss aku Miss Afiza pun terbaekk membimbing aku & kak Ina. Aku rasa best sangat duk 1 bilik dengan Kak Ina, coz 1 kepala..nak mengata ke, nak kondem ke, bincang hal apa pon lah bilik kitorg port..event boss dr lain seksyen pon dtg lepak sini..Unit AK merupakan unit yg terkenal dengan perangai para pegawai yang peel slumber. Suara aku & Kak Ina memang menguasai seluruh bahagian tingkat 7 ni..gelak ke..bertekak ke..bunyi lagu nyer sume jalan..haru biru tapi kerja jalannnnnn..terbaek.. Kak Ina juga lah selalu backup aku kalu aku lewat dtg kerja..teringat kata-kata Puan EE Chang Kiau boss Sheri; "kalu salah seorang dari kamu tak datang kerja memang sunyi ini division..& kalu tak dr dalam bilik sya pon boleh dengar u all punya suara"


Miss Yap lak walaupun kadang-kadang dia lain macam sikit..standard arr boss ,dia lagi besar tanggungjawab dia..so kalu kene marah tu layan je lah..aku & Kak Ina selalu gelak kalu dia marah..lama-lama dia dah x marah2 or moody lagi dah..siap sama lepak bergosip kadang2 tu..heheh..sampai aku tertido time keje pon dia tak marah..orang lain?..kompem lah kene bantai..heheheh..betullah kata orang..xperlu bodek2..mencukupi kalu kita buat kerja dgn baik..kompem boss sayang & akan paham kita.


Semasa aku ke DPA, Kak Ina ditugaskan ke Bahagian Dasar, begitu gak Miss Afiza tak lagi dibawah Miss Yap..tempat dia digantikan oleh Dayah, manakala tempat aku digantikan oleh Nana..kebetulan Nana junior aku kat UiTM Segamat..Miss Afiza lak diganti oleh En. Ruzman..kesian Miss Yap..teruk gak lah dia semua orang baru dibawahnya.


Semenjak balik DPA ni aku dibawah Seksyen Cukai Antarabangsa, aku rapat gak arr dengan Miss Yap..rajin gak arr berborak dengan dia & sometimes dah ada bekalan The Sun & buah limau atas meja aku..hahaha tau lah kompem dia bagi.. dia pon aku tengok dah banyak berubah, takde lagi ler nak twist mood dia 360 darjah tu. Bagus la.

PSU kesayangan Miss Yap..wakakkaka
mati aku kalu dia baca caption aku nih


So semalam merupakan hari terakhir Kak Ina di sini, dia berjaya mendapatkan pertukaran untuk kembali ke negeri kelahiran dia, Perak. Lagipun hubby dia sekarang ditempatkan di Petronas Seri Iskandar..eloklah tu.. So Miss Yap ajak aku pegi lunch dengan dia & Kak Ina, Miss Yap belanja. Ayat pembuka dari Miss YAp yang xleh blah " u tak diet today rite? so, lets lunch together..on me.." cheh..diet jugak nak disebutnya. Best dia nak belanja, xbest aku yg kene drive..cheh.. So kitorang gerak lah ke Kelab Tasik Putrajaya.. bagi aku orang biasa nih tempat tu agak ekslusif la..tengok semua boss-boss je makan kat situ..aku makan steak,sedap..tp bukan daging kambing (hampa hatiku jap).



Sambil makan, sambil bergosip-gosipan..true color Miss Yap keluar..she ok lah actually..not like apa yang kita fikirkan selama ini. Manusia kan sukar diduga peelnya..after makan balik opis buat kerja seperti sepatutnya..hahah..really BIG THANKS TO MISS YAP..next kalu ada rezki aku naik 44 & Miss Yap ada lagi..this time on me...haha

Tahun 2010

Assalamualaikum..

Tahun yang baru menerjah kembali..mengingatkan diri bahawa jangan terlalu leka bahawa masa memang tidak pernah menunggu kita..ia berlalu tanpa kita mampu menghalang. Tahun ini nak aku katakan adanya azam baru, mungkin tidak kerana azam itu tidak pernah tercapai..memadai jika aku nyatakan aku akan mencuba untuk menghadapi dan memperbaiki setiap detik masa aku lalui dengan lebih baik dan teratur.

Biarkan perkara yang lepas beransur pergi bersama tahun 2009 yang lenyap dari ingatan..Segalanya adalah memori dan pengajaran, menjadi teman menghadapi kemungkinan hari yang mendatang. Aku akan mencuba untuk melembutkan hati ini yang keras untuk memaafkan sesetengah kawan yang berada disekelilingku..Mungkin aku juga tidak sempurna yang mana,apa jua yang berlaku pada aku ada kemungkinan akan ku lakukan kepada sahabat handai ku nanti dimasa hadapan.

Hidup ibarat roda. Sejujur-jujurnya aku telah memaafkan segala kekhilafan mereka terhadap diri ini baik disengajakan mahupun tidak, kerana mereka seperti aku manusia biasa yang bukan makhsum dari segala segi.. Mungkin aku juga punyai kekhilafan tersendiri kepada mereka. Mungkin dengan berbuat sebegini ada yang bersangka boleh menjadi 'kaduk naik junjung'..tidak..aku mungkin boleh kembali berkomunikasi dan berhua-hua dengan mereka namun tidak untuk DIPERCAYAI..SAMA SEKALI TIDAK.

Malam tahun 2010, disambut secara sederhana..berhimpun dengan kawan-kawan yang paling aku sayang baik dari zaman belajar  & sekarang ini, berjalan-jalan disekitar KL yang sesak kerana banyak jalan yang ditutup,mencari makan di Kg Baru dan sekitar KLCC dan akhirnya end up berkaraoke di The Garden sampai 4pagi..dan Edna cam biasa tido dirumah aku..esoknya dia kerja dan setelah hantar dia ke NST aku pulang ke kampung..kerana wajah ibu ku dah terbayang-bayang..malam New Year yang sangat lengkap dengan menatap wajah ibu ku yang terukir senyum yang menyejukkan lara hati ini..betullah sesungguhnya SYURGA DIBAWAH KAKI IBU..


Blogger Templates by Blog Forum