Showing posts with label GI. Show all posts
Showing posts with label GI. Show all posts

wif my lovely niece..

akak aku yang ceria ke Mekah
Assalamualaikum..

Pada Jumaat 30 Oktober 2009 aku bergerak menghantar kak ngah aku ke Tabung Haji Kelana Jaya tepat jam 4.15pm..secara jujur aku escaped kelas kebudayaan yang mana selesai aku exam terus blah..thank you to all my friends who backed me up sepanjang hari tu..appreciated it so much.. kalu aku tak escaped all the classes aku takkan sempat hantar aku sebelum 8.30pm.
suasana khemah menunggu

Sepanjang perjalanan aku berborak dengan akak aku..dia sangat gembira menunaikan haji, namun dia juga bersedih kerana terpaksa meninggalkan anak-anaknya sementara waktu..untuk 40 hari ini merupakan empoh paling lama dia tinggalkan..aku dah janji untuk jaga anak-anak dia dan mak aku..anak-anak dia anak aku jugak..mak tu dah memang tanggungjawab aku sebagai anak..aku sampai kelana jaya dalam jam 6.30pm..jammed giler kat area jambatan tuh..situ je dekat sejam..sakit kaki aku..tapi tak tahu kenapa aku tak berleter or baran dengan keadaan jammed tu..aku just layan je..selalunya dah berleter dah aku dengan jammed & pada kereta yang bawak kete cam haktui sket tu..mungkin niat dan tujuan kami baik kot..ntah..akak aku pun pelik gak..hikmat Allah..aku temankan akak aku sampai jam 8.30pm..dia dan kumpulan haji nya akan bertolak ke KLIA jam 9 malam..bermacam doa yang aku kirimkan kepada dia..mana tau..rezeki aku ke Mekah untuk menunaikan Haji blum tentu laei..insyaALLAH akan ku usahakan...


Pada Sabtu (31 Oktober 2009), anakbuah aku dah rasa lain macam..lepas main air kat pool diorang meragam teringat kat mak diorg..then Zaki cadangkan bawak budak-budak tu keluar jalan-jalan..so kami pun keluar lah ke Midvalley makan & jalan-jalan sekitar The Garden..ermmm sentap jap coz anak buah aku manja gila dengan Zaki..bawak bersabar je lah..lupa dengan Induk sendiri ni..chetttt!!!..seb baek Zaki pandai melayan karenah budak-budak nih..& most importantly nak minta maaf lah diatas kejujuran melampau anak buah aku yang 2nd...sangat lurus okeh selamba kata Zaki gemuk..bertuah sungguh...dalam jam 5pm kami beransur pulang..uwan mereka sudah bising..hehehe by the way thanks a lot to Zaki for accompanying me along the day...
makan-makan kat Chillis
jalan-jalan kat The Garden..suke diorang main kat air pancut tu..huhu

Catatan Dihujung Sepi..

Assalamualaikum...

"Aku tidak mudah melupakan segaris kenangan, walaupun tidak mencatatkan latar sejarahnya, watak pelakunya, insiden mengelilinginya, apatah lagi hati yang lebih terluka..biarpun ia terkadang amat perit ditelan namun ia tetap menjadi ungkapan dan kenangan yang segar terpahat disegenap kehidupanku..terima kasih diatas segala kepercayaan dan pengalaman yang anda berikan"

Bulan Oktober bakal menjelma yang menandakan tinggal 2 bulan setengah untuk aku berada di INTAN menghabiskan baki kursus DPA yang sedang aku jalani sekarang ini. Alhamdulillah disebalik tekanan dan bebanan tugasan daripada pelbagai modul yang dilalui aku dapat tempuhi dengan jayanya walau terkadang aku hampir mengalah dek rasa menyampah dan rasa hati yang bengang dengan beberapa keadaan yang aku rasakan tidak perlu pun dilakukan untuk kursus seperti ini. Namun, apakan daya bak ayat popular bagi peserta DPA "layankan ajer.."

Dalam aku menjalani beberapa modul dalam kursus ini, banyak perkara yang telah aku pelajari dan aku menyedari banyak terbabas dan lari dari pendirian aku selama ini. Semakin DPA ini menutup tirainya semakin aku menjadi pendiam dalam dunia puisi ku..aman damai rasanya.. tanpa perlu melayan pelbagai perkara yang menyesakkan jiwa dan pemikiran.

Setelah berbincang dan mendapatkan nasihat daripada orang-orang tersayang, maka aku telah mula membuat perancangan jangka pendek dan pelan jangka panjang bagi mengatur halatuju kehidupanku. Haruslah, asyik memeningkan kepala dengan pelan dan perancangan ekonomi negara biarlah pula aku mengatur pelan kehidupan aku pula sementara aku tidak sibuk dan tidak dibebani hal kerja ni..dah mula bekerja nanti payah nak planning..so, paling tidak, selesai sahaja kursus dan mula bekerja hanya tinggal untuk langkah implementasi sahaja.
orang-orang tersayang

Orang-orang tersayang aku telah memberikan aku segala kebebasan untuk aku merasai nikmat hidup. Maksudnya masa untuk aku enjoy dan melakukan apa jua aktiviti yang aku inginkan. Mencari dan mengambil sebanyak mana pelajaran dan pengalaman hidup dalam pergaulan seharian. Kini, seharusnya aku mula merancang untuk menikmati kehidupan yang lebih terurus dan punyai objektif yang jelas. Dalam perancangan yang telah direncanakan, terdapat 2 jenis iaitu jangka pendek dan jangka panjang. Jangka pendek dalam tempoh 4 tahun ini, aku, Zaki dan Emi bercadang untuk menjalankan perniagaan usahasama antara kami. Projek ini aku telah dapatkan khidmat nasihat dengan pegawai agrikultur Kementerian Pertanian dan rakan pegawaiku yang menjaga projek-projek sedemikian. Urusan tanah insyaALLAH Zaki & Emi boleh selesaikan..InsyaALLAH doa-doakan projek murni ini berjaya dilaksanakan sepertimana yang dirancang..paling tidak tahun depan dah start projek nih..insyaALLAH..tidak mahu terburu-buru yang mana akhirnya nanti memakan diri kami..paperwork kena kuat beb!!!
rindunyer nak berkerja seperti dulu..hmm

Dalam tempoh 4 tahun ini juga aku telah merencanakan dan set up azam bagi kerjaya hakiki aku sebagai PTD ini, dalam tempoh 4 tahun ini aku akan pastikan 2 perkara dicapai iaitu ambil dan graduate pengajian master di UKM (yang mana telah lebih sebulan aku search, thanks to my sister's friend pensyarah kat UKM yang bantu aku pilih pogram kursus yang sesuai) dan kenaikan pangkat (yang ni aku akan make sure naik pangkat selayaknya dengan ilmu yang mencukupi!!!). Bak kata pujangga lama 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'. Yupp!! aku akui my job pays me peanuts, yet I got all power and better networking with it..so what the heck?..
with my former MOF's Minister.

Perancangan jangka panjang lebih ke arah membina keluarga. Namun, ia tertakluk kepada jodoh pertemuan dan qada' & qadar ALLAH SWT. Perancangan jangka pendek banyak kesinambungannya dengan pelan jangka panjang ini..semoga ALLAH permudahkan dan memperkenankan urusan dan perancangan kami bertiga..amin.

Mungkin ada yang senyum sinis bila membaca apa yang aku tuliskan ini, tidak mengapa itu adalah hak anda untuk menilai dan menyatakan pendapat anda. Namun bagi aku, ini perancangan kehidupanku dan dibimbing dan dipantau bersama oleh orang-orang tersayang disampingku. Selagi orang-orang tersayang masih ada disisi ku, selagi itu aku yakin untuk merealisasikannya..dan aku bersyukur kerana aku mempunyai mereka yang menyayangi dan tidak mahu aku terus terjerumus ke arah sesuatu yang tidak pasti..

Dalam tempoh 4 tahun aku bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan ini, dan selama 2 tahun aku mengikuti aktiviti-aktiviti sosial yang memang banyak mengajar aku mengenai lumrah kehidupan dan perangai manusia, mencukupilah segala pengalaman yang aku telah lalui dan aku ingin kembali kepada diriku yang sebelum ini yang mana lebih teratur dan tidak disesakkan dengan bebanan masalah yang sungguh tidak matang yang semakin menguasai akal fikiranku dan mempengaruhi corak pemikiran serta justifikasiku dalam membuat pertimbangan akan sesuatu perkara.
Aku telah memulakan langkah sedikit demi sedikit, meninggalkan aktiviti dan segala yang tidak membawa sebanrang kepastian..mungkin suatu hari nanti apa yang akan ku lakukan dipertikaikan dan dimana kredibiliti dan imej ku dipersoal oleh kelompok tertentu..aku sudah mula untuk lali dan tidak mengendahkannya..biarlah kredibiliti aku dipersoalkan di arena tersebut yang tidak punyai makna dan kepastian tetapi sewajibnya aku menjaga kredibiliti aku sebagai pegawai kerajaan yang menentukan dasar negara, bertanya aku pada kalian manakah yang lebih utama?

Refreshhh..zaman dedulu..


time Part 1

Assalamualaikum…

Aku dapat call dari sorang membe nie..dia merupakan salah seorang teman rapat aku ketika diploma di UiTM Segamat suatu ketika dulu.. “Hawauuu ko..sonyap yo ekau ek? Lupo dah kek best fren ko nih!!!” berdesing sat tinge aku..dah lah aku x cam no. & sore tue..nak aje aku maki semula..tapi xtau lah..selamba aku jawab.. “ sehawau-hawau aku pon reti bagi salam..ko trus terjah aku nih..kompiden2 jek cam aku kenal ko..ko sape?” trus dia cakap.. “mmg betul ler chietahh..xubah2 peel..” trus dia memperkenalkan diri dia..Kosni….budak ‘blurr’ kelas dip. aku dulu, luaran jer blurr..hakikat bertanduk sungguh!!!..tp baik org nyer walauponnnn…lama jugak kami berbual..dia sekarang keje kt Public Bank Cawangan Johor Bahru… byk ler kami refresh zaman belajar dulu…habis dia call aku membuatkan aku terkenangkan zaman jd student..heaven woo..xtau nape tp cukup2 best..lg ler merasa 2 tempat study yg berbeza UiTM Segamat dan UiTM Dungun..kat Segamat aku mmg aktif giler..part 2 dah jd Komander Kesatria dan aktif dalam persatuan & sukan..dan seterusnya dilantik menjadi MPP..yup dilantik atas persetujuan keseluruhan perwakilan bg Diploma in Banking..aku menang xbertanding..walaupon aku nih bega nak mampos..tutup bab MPP yg skema itewww..ape jua yg yg aku lalui segalanya belakang kira..disini aku mmg lone ranger kemana-mana pon senang idup aku tp semua berubah bila part 4 coz kenal Sufi..budak terpandai bg class banking batch aku..kalu berselisih dgn dia mmg aku berhai2 bye2 ler..tp yg bertanggungjawab mengubah sedikit kehidupan n peel aku..hehehe

Aku jenis buat hal sendrik..pon camtu aku xde lah xbercampur..juz aku xsuke ade partner2 nih..aku sangat rapat dgn junior dan senior in term of bergelak ketawa & aktiviti sosial..aku rapat dgn junior coz aku PM dalam Minggu Mahasiswa @ Orientasi..aku jaga budak2 baru Diploma & Degree..dan diorg pon kene menghadap aku untuk subjek Kesatria..aku yang melatih kawad diorg..membuatkan aku rapat dgn sumer junior Diploma & Degree..mmg nama aku kt Segamat 'panas' sket ler...tutup case. Aku study sorg2 kt bilik..xpon kt library sambil layan mp3..bg batch aku kelas DIB hanya ada 2 kelas..aku x sama class dgn sufi..aku slalu ler jd class rep..hehehe..time final exam mmg akan ramai ler sentap dgn peel aku..aku ade 1 habit lah..aku akan pilih duduk depannn sekali dlm dewan peksa then start jer paper aku jawab hanya utk sejam- 1 setengah jam..then kuar sambil tersengeh2...mmg sentap ler member2 lain..tp alhamdulillah result aku ok..(rupe2nyer Sufi dah perhatikan peel aku nih dr dulu) hinggalah part 4..ade 1 subjek Finance yang membuatkan aku problem giler..masa tu lg sebulan nak final..aku mmg gabra..sepatah haram aku xpaham..aleh2 kul 10 mlm aku decide turun ke kolej baiduri pi ketuk bilik Sufi..Sufi tergamam tgk aku kt depan pintu dia..dgn junior2 dia pon terkejut n tergamam..org yg mmg xkan tersangka dtg..kecoh gak ler row wing tue aku dtg...junior biasa lah..sejak malam tu aku dtg berguru dgn Sufi...setiap mlm..kalu aku miss dtg mmg akan bingit ler tinge aku kene bebel dlm phone..aku dtg selepas isyak n balik bilik smula kul 2-3 pg..alah Sufi tu ajor aku stakat kul 12 jer..pehtu lelap ler mata dia..aku jugak berjaga sorg buat assignment..ceh!! aku igt segalanya berakhir setelah nk mula exam..aleh2 dia paksa duk sebelah dia exam n bertambah aku cam terkejut..bila aku nk kuar selepas 1 jam menjawab exam..dia pandang aku semacam jek..aku buat dono trus blahh..pehtu sendrik mau igt ler..lusa nyer mmg aku menjawab soklan dgn penuh berhemah dan pertama kali nya sampai habis masa exam..budak2 nih sume terkejut n menyakat aku...perghhh sabau je ler..seb baek sebelah aku Sufi.. aku diam jugak..kang kene cubit laei..lebam lak lengan aku kang..dan semenjak itu..aku sentiasa berdua dgn dia..baik study atau pon merayap kt pekan segamat tuh!..heheh.. kami diibaratkan kembar..dalam study & kehidupan seharian kami saling menjaga antara satu sama lain..study pon masing2 xberkira...persaingan yg cukup2 sihat..

Selain Sufi..aku start rapat dgn geng2 1 wing aku; Mai, Zana, Lita, Ude, Intan coz kami sebaya...diorg nih pon sakan gak mnyakat aku..aku slalu dapat nota drpd diorg..so xyah ler aku duk membeli photostat manual..hehhe..diorg jugak bertanggungjawab dalam mengubah sebahagian lagi kehidupan aku...diorg lah banyak cover aku time aku mendajal rumah Pengarah Kampus dgn mercun..yupp..aku MPP tp aku lah supplier mercun..hehesampai naik pak guard ke kolej cari sapa yg duk bakar mercun ke arah umah pengarah..(giler pengakuan nih)...hehe..sampai ke harini aku masih berhubungan dgn diorg..Zana aku baru jumpa time aku Modul Tentera kt Pulada aritu, Lita n Ude keje sama bank (UOB Bank) dgn aku..bezanya LIta UOB Bank JB, Ude lak Masjid Jamek..husband Ude coursemate DPA dgn aku sama2 intake PTD..kecik giler dunia nih..Mai lak dah anak sorg kt Kota Tinggi tu...setiap masa hantar mms gamba dia dan anak dia..seb baek comel..heheh

Zaman diploma aku mmg best and warna warni..dpt membe2 yg betul2 best..junior or adik2 course aku baik lelaki 0r pompuan pon terbaekkk punya...diorg byk mewarnakan kehidupan harian aku dulu terutamanya time kokurikulum, time kawad & time pertandingan kawad kaki & jln lasak..diorg cukup2 sporting..aku pon dapat senior yg best..dan dalam geng yang sekarang ni..Kikey yang sama UiTM segamat dgn aku..but she's the most senior ler..heheh

"Ishhh ko nih pehal semakin berisi..? kater ko merana kursus!!!"

Bismillahirrahmanirrahim..dan Assalamualaikum..

Itulah soklan yg diterjah ke aku stiap kali kuar dgn sesapa pon..bahkan mak ku yg terchenta pon siap duk sindir aku kata ku bukan berkursus sebaliknya membesarkan badan..sabau ler aku...aku serius ler x sangka badan aku akan berisi cam sekarang nih..yelah..boss2 aku cakap nanti kalu aku p kursus aku akan kurus coz x cukup tdo & terkejar2 masa..tp berbeza dgn alam nyatanya..walaupon masih terkejar2 masa dan diarahkan bersukan berlarian 3km setiap hari..tp aku semakin berisi...bagi aku mana tak nyer makan 6 kali sehari..walaupon kekadang katernyer minum petang..tp meals nyer berat2 seh..sumer nyer meruntun nafsu makan aku...rebah jua...betul sungguh nih aku cakap 6x sehari..bukti?...tengok bawah:
nie tak termasuk supper kul 10 lebih mlm..hehehe

Ada jua member2 ku pelik napa aku kebelakangan ini rajin sgt update blog..jawapannya mudah jer..AKU BOSAN..giler TAHAP DEWA bosan..seolah kehidupan aku dah tepu menghadap sumenyer..so aku pon buat ler ape yg aku rasa leh nk mengisi masa aku..time Modul Luar x terasa bosannya..tapi bila start lecture..hadoiii hazab aku nak mempertahankan kelopak mataku ini dari menjunam rapat..membuat duniaku gelap..hehehe..nada urang leh tahan matanya dr lelap..huhuhu..
nie mlm nih pon aku xleh tido..esk nak pose..dah janji dgn anak-anak sidang nk ikut pose sama..so walauape pon aku berani makan banyak coz aku tau aku pon bersenam banyak sepanjang kursus nih (walaupon paksa rela katernyerrr..) hari2 jogging 2.4-3km..ok ler tu..so am enjoying all the food..ahaks!!!! kalu Tokwan nak berdiet...aku melantak...muhahahha

Blogger Templates by Blog Forum