Assalamualaikum..
Tanggal 10 Disember 2009 merupakan tarikh keramat kepada semua peserta kursus DPA Bil. 1/2009, riak ceria menghiasi diwajah masing-masing. Bagaikan mimpi bahawa segalanya telah berakhir..7 bulan mengharungi pelbagai modul yang menguji diri setiap peserta. Namun, paling diuji ialah sikap dan pemikiran seseorang itu, ya kedua perkara ini meninggalkan kesan yang benar-benar memperlihatkan 'wajah sebenar' setiap manusia itu. Dalam keadan yang emosi dan tertekan..segala warna gelap memperlihatkan diri..hanya mereka yang benar-benar mampu mengawal emosi dan pemikiran dapat terus survive dalam kursus ini tanpa perlu berpura-pura terhadap segala-galanya..
Menuju pengakhiran kursus, terdapat 1 makan malam tradisi yang menjadi amalan bagi setiap peserta kursus DPA iaitu Malam Ketua Setiausaha Negara (Malam Tan Sri KSN) yang merupakan acara kemuncak penutup kursus. Namun, se gah nama malam itu, ia menuntut sejuta pengorbanan masa dan tenaga. Keseluruhan majlis tersebut di atur dan dikendalikan sepenuhnya oleh para peserta, malam penuh protokol yang memakan masa hampir sebulan untuk direalisasikan. Malam yang penuh warna warni diselang seli pelbagai tarian kebudayaan dan nyanyian live band oleh para peserta yang terlibat.
Bagi mereka yang terlibat dengan tarian kebudayaan memakan masa 2 minggu lebih untuk berlatih. Guru tarian dijemput khas dari Aswara bagi melatih para peserta. Peserta yang terlibat dalam nyanyian dan live band turut berlatih setiap petang bagi memastikan segala yang dilakukan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Aku terlibat dalam Gamelan yang juga menuntut latihan diadakan setiap petang, kami cuba untuk memasukkan irama Gamelan dalam lagu-lagu yang dinyanyikan oleh live band.
ketika latihan dijalankan
Kesibukan para peserta persembahan sudah tentu tidak dapat menandingi kesibukan dan kepeningan para AJK Perhiasan Dewan..tanpa mereka dewan serba guna itu tidak akan transform menjadi indah sebegitu rupa. Melalui penajaan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu mereka menggunakan segala sumber yang ada untuk menghiaskan dewan tersebut. Disinilah juga terserlah segalanya sikap manusia..ada pro dan kontra..namun aku benar-benar respect dengan mereka..disebalik apa jua yang timbul baik apa jualah perbezaannya diselesaikan secara baik. Apa jua dibawa berbincang dan disampaikan secara berhadapan dan tidak dibawa cerita belakang kerana setiap orang amat mengetahui sekiranya cerita dan rasa tidak puas hati dibicarakan dibelakang pasti ada tokok tambah yang berlaku dan seterusnya membawa kepada perbalahan yang akhirnya tidak menguntungkan semua pihak. Keterbukaan setiap orang untuk menerima dan memberi pandangan amat dihargai dan dihormati DAN AKU MEMPELAJARI SESUATU DARI KEADAAN INI. Mudah untuk menjalankan sesuatu aktiviti dan merencanakan segalanya, sekiranya kita mempunyai committee members yang benar-benar membuat kerja dan tahu apa yang setiap kepala organisasi itu ingin realisasikan. Mungkin pengalaman dan mentaliti yang matang dan meluas serta tahu kepentingan peribadi harus diketepikan memungkinkan segala apa yang dijalankan mengikut perancangan dan mampu mengutuhkan silaturrahim antara committee.
walau berbeza namun punyai misi yang sama
Didalam kursus ini banyak memberikan pengajaran dan pengalaman, bukan sahaja dalam bentuk ilmiah tetapi perhubungan manusia dengan manusia. Bagaimana seseorang itu sanggup menjatuhkan dan menikam rakan baik hanya demi untuk mendapatkan pujian dan perhatian daripada para urusetia. Bagaimana seseorang itu sanggup untuk melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian semua pihak seolah hanya dia mengetahui segalanya. Bagaimana sikap kesidangan mampu membunuh rasa hormat dikalangan yang lain. Bagaimana sikap suka mengata belakang dan membawa mulut membinasakan ukhuwah antara sahabat. Dan paling penting, bagaimana untuk kita, setelah dipersembahkan secara live didepan mata akan segala perwatakan manusia, mempelajari untuk tidak menjadi dan terjebak didalam sikap sedemikian rupa dan mempelajari untuk bagaimana menghadapi dan menangani orang sebegini dan terus bertindak matang dan profesional.
Cukup dulu kisah belakang tabir..insyaALLAH ada kelapangan Part II menyusul dengan kejayaan para peserta pesembahan dan wajah-wajah kepuasan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata.
**all pictures credit to fairul, waty, fezal,doty,kerol & myself.