Tahun 2010

Assalamualaikum..

Tahun yang baru menerjah kembali..mengingatkan diri bahawa jangan terlalu leka bahawa masa memang tidak pernah menunggu kita..ia berlalu tanpa kita mampu menghalang. Tahun ini nak aku katakan adanya azam baru, mungkin tidak kerana azam itu tidak pernah tercapai..memadai jika aku nyatakan aku akan mencuba untuk menghadapi dan memperbaiki setiap detik masa aku lalui dengan lebih baik dan teratur.

Biarkan perkara yang lepas beransur pergi bersama tahun 2009 yang lenyap dari ingatan..Segalanya adalah memori dan pengajaran, menjadi teman menghadapi kemungkinan hari yang mendatang. Aku akan mencuba untuk melembutkan hati ini yang keras untuk memaafkan sesetengah kawan yang berada disekelilingku..Mungkin aku juga tidak sempurna yang mana,apa jua yang berlaku pada aku ada kemungkinan akan ku lakukan kepada sahabat handai ku nanti dimasa hadapan.

Hidup ibarat roda. Sejujur-jujurnya aku telah memaafkan segala kekhilafan mereka terhadap diri ini baik disengajakan mahupun tidak, kerana mereka seperti aku manusia biasa yang bukan makhsum dari segala segi.. Mungkin aku juga punyai kekhilafan tersendiri kepada mereka. Mungkin dengan berbuat sebegini ada yang bersangka boleh menjadi 'kaduk naik junjung'..tidak..aku mungkin boleh kembali berkomunikasi dan berhua-hua dengan mereka namun tidak untuk DIPERCAYAI..SAMA SEKALI TIDAK.

Malam tahun 2010, disambut secara sederhana..berhimpun dengan kawan-kawan yang paling aku sayang baik dari zaman belajar  & sekarang ini, berjalan-jalan disekitar KL yang sesak kerana banyak jalan yang ditutup,mencari makan di Kg Baru dan sekitar KLCC dan akhirnya end up berkaraoke di The Garden sampai 4pagi..dan Edna cam biasa tido dirumah aku..esoknya dia kerja dan setelah hantar dia ke NST aku pulang ke kampung..kerana wajah ibu ku dah terbayang-bayang..malam New Year yang sangat lengkap dengan menatap wajah ibu ku yang terukir senyum yang menyejukkan lara hati ini..betullah sesungguhnya SYURGA DIBAWAH KAKI IBU..


0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum