Criter Malam Pheonix Bangkit..The Phoenicians Part II

Assalamualaikum,..

Sambung smula criter hari tu, hmm yang tu belakang tabir punya cerita..kali ni pula cerita malam persembahan..malam persembahan tersebut dimulakan dengan aktiviti bakar membakar..udah katanya Phoenix Bangkit..temanya api..warna malam tu is merah & emas..layan..tu yang baju mak merah semacam tuh (^;^)..



persembahan tarian Taming..
Sebelum bermula kami team Gamelan akan melayani tetamu VIP dan jemputan khas dgn beberapa alunan muzik Gamelan..30 minit yang agak menyeksakan..jam tepat 8.30 malam, YBhg Tan Sri KSN masuk ke dewan dan diiringi pahlawan 'jadian'..kami memainkan lagu khas menyambut ketibaan beliau. Selepas duduk, pahlawan ini memulakan langkah pembuka malam persembahan ini. Elemen kejutan berupa letupan bunga api diberikan, batch pertama kut guna benda alah tu..Lan budak gendang team gamelan kami terkejut coz bunga api tu betul-betul meletup sebelah dia.



 Rozairi menyanyikan lagu



 Tarian Kipas Cina yg memukau..

Seterusnya untuk 30 minit pertama persembahan dari nyanyian dan live band..pelbagai lagu dinyanyikan oleh para peserta DPA ni..sumer hadirin layan lagu..semua persembahan disusun atur dari permulaan yang sederhana kepada persembahan yang rancak..tiba masuk Tarian Piring yang memukau para tetamu. Senyuman terukir pada wajah para tetamu yang mana Tarian Kipas Cina mula mengatur langkah..lebih menarik lagi apabila Tarian Magnunatip Sarawak mulai menyerikan pentas dengan tarian pahlawan mereka.

Tarian Magunatip

Setelah selesai persembahan oleh Tarian Magunatip, Tarian Kuda Kepang menyusul  dengan muka yang bengis, sesuai tema tarian ler kan. Tarian ni best lagi plak member-member yang best menarikan..harus aku suker menontonnya..


Kuda Kepang in the actions!!
 
 


Zapin Mulai Langkah setelah Kuda Kepang mempamer kehebatan kekudanya, memang asyik memonton tarian diorang..aku tengok tetamu undangan dah semakin laju menepuk peha dan start angguk-angguk kan kepala melayan persembahan yang semakin rancak dan meletupss..hehehe..










Sayang gambar ni x dapat capture aksi Tok Mat mngelusur bwh piramid nih..hmm
Setelah Tarian Menutup langkah tarian dengan jayanya, Randai Bumi Kito masuk dgn tertib menyusun lagu dan langkah. Randai merupakan tarian daripada N9 yg berasal dr Minangkabau, Indonesia. tarian ini sebenarnya ada selingan drama dan lagu, tapi disebabkan kekangan masa masa tarian sahaja yang dipersembahkan. Tarian ini juga memukau tetamu kerana rata-rata inilah kali pertama mereka mengetahui dan melihat tarian ini.



 Randai  Menepuk kain,..keheheh

Dan Tarian paling dinantikan oleh kami dan juga kemuncak yang rancak Tarian Tamil iaitu Kummi Adi..perghh memang mantap as ussual..time nih KSN dan semua tetamu enjoy dan gembira serta memuji semua persembahan.


heheh mmg goyang badan ler tgk tarian nih..love them so much!!

Masuk pula Gendang 1 Malaysia selepas tarian Kummi Adi ini, dimulai dengan tiupan buluh kaum asli Australia, gendang mula bergema seluruh dewan..elemen kejutan lagi..semua tertanya-tanya apa yg sedang berlaku..pd mereka tarian Tamil td adalh pengakhirannya,tapi silap paluan pelbagai gendang yg terdapat di Malaysia mula bergema di dewan ini dan selapas itu, team Gamelan memulakan Acara Grand Finale melalui irama lagu Lenggang Kangkung..semua peserta pesembahan mengambil posisi mereka masing-masing dipentas dan menari mengikut langkah.dan Tan Sri KSN dan Datuk SUK Kelantan serta Dato' Pengarah Intan naik ke pentas untuk sesi bergambar.

Grand Finale...

Tan Sri KSN & Datuk SUK Kelantan dan aktiviti membakar sampai terbakar pokok bunga kat INTAN tu..shiannn..heheehheheh.. end of it..THE BEST TEAM & BACTH..
will miss you all so much!!!!!!!!!!!!


0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum