BOMBASTIK..katenyer ler....


time baru je lepas padam Oil Spill..
macam orang baru balik dari angkasa pon ada gak rasanya..

Jam 9.30am aku bergerak ke Bangsar hantar Edna pergi kerja since kebelakangan ini dia selalu tido rumah aku..hehehe weekend sahaja lah..dari NST bergegas ke INTAN semula..yup aku kembali ke INTAN untuk menghadiri modul luar/ beruniform ku yang terakhir..ketika sedang menunggu kehadiran rakan-rakan sidang yang lain aku buat lah list check barangan aku..hmmm padanlah muka aku..dengan ubat gigi tinggal dan beberapa barang lain banyak tertinggal..hehe bergegas kann..sapa suruh tak kemas dari semalam..Edna dah ingatkan aku tapi ye ler aku kan bega sket..Actually aku dan Edna sampai Putrajaya jam 8.15pagi dari Nilai. Dari rumah Kak Deng untuk tolong apa yang patut selagi aku ada tanggungjawab kat komuniti itu.

So, pagi tu kami sampai ke Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Baru dalam jam 12.30pg..terus pegi makan dan kemudiannya diberikan taklimat untuk perjalanan sepanjang seminggu bagi modul ini. Secara ringkasnya pelbagai aktiviti yang dilakukan yang mana banyak menyedarkan betapa pasukan bomba ini memerlukan ketahanan yang benar-benar solid. Masyarakat kurang prihatin akan jasa dan bakti para anggota bomba berbanding polis dan tentera,namun ketahuilah belum tentu anggota tentera atau polis mahu melakukan apa yang sedang dilakukan / tanggungjawab bomba ini.

Seopanjang disana, kami didedahkan dengan peranan dan tanggungjawab sebenar bomba dan diberikan peluang merasai bahana API itu..memadamkan api bukan semudah yang disangka..banyak kaedah dan paling penting..BERAT seh barang-barang seperti hos, nozle, BA, suits dan banyak lagi..hurmmmm..


Aktiviti rumah asap yang gelap gelita nak mampus

Disini juga kami didedahkan untuk bagai mana memadamkan api ketika kebakaran minyak petroleum, pembakaran dalam kontena, open fire dan buat repelling untuk aktiviti menyelamat. Selain itu, kami didedahkan kaedah membawa mangsa yang betul ketika menyelamat. Memang seronok ketika menjalani aktiviti ini..masa Khamis petang kami bertolak ke Kalumpang untuk berkhemah..giler arr rentas desa sambil bawak hos yang beratnya 10kg tu kt belakang badan nih..dengan beg barangan lagi..uihs berat wehhhh..

latihan pemadaman api terbuka

latihan Repelling..4 tingkat ketinggiannya..

latihan CNBT, giler terasa bahang api, walau pakai baju khas
memang best..nampak seni api tu..heheh


Sewer..hehe aku suke..

Latihan terowong bawah tanah sewer nih memang best, melatih sikap konfiden dalam diri..dengan keadaan yang sempit dan gelap gulita tanpa cahaya, dengan membawa tong oksigen nyer,..nak merangkak sepanjang 3km memang meletihkan..dah lah dengan oksigen aku habis..tanpa nafas guna BA aku gagahi jugak merangkak menghabiskan saki baki perjalanan..hmmm serius best.

Modul bomba banyak mengajar aku akan ketahanan diri,tingkatkan keyakinan aku dan paling penting menyedarkan aku bertapa pasukan bomba ini kerja nya lebih sukar berbanding pasukan beruniform lain. Lastly, enjoy the video taken by my friend Nor Diana Ismail during our Oil Spill practise but tgklah dalam FB aku ek..nak upload lambat sangat..heheh

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum