malang owh malang tidak 'nampak'..

Assalamualaikum..

Taktakala aku menulis ini jam tepat menunjukkan 3.12 pagi..ye aku masih tak tido lagi..menahan kedenyutan rasa sakit yang teramat sangat.telah ku telan ubat yang Doktor berikan..namun sakitnya tiada berkurangan...haritu 2 jari tangan kiriku  retak..kali ini..hurmmmmm

Kejadian malang ini telah mengakibatkan kaki kiriku pula yg berbungkus...tempang la plak..kejadian aku terjatuh 6 mata anak tangga kat opis ni memang tidak langsung ku duga..mana tak nya..sedang hanya aku berjalan untuk mendapatkan pas MOF di kereta ku aku sedar2 dah tergolek kat bawah...rupanya anak tangga yg kusangkakan dah dipenghujung rupanya ada 6 anak tangga lagi!!..dalam kegelapan la aku meraung sensorang...bunyi berderap tu amat2 la menangkap di telingaku sangat aku tersembam dan tergolek di lantai...dalam kegelapan aku meraung keseorangan..

Aku try tenangkan diri, kawan-kawan pasukan badminton lain (yea aku sedang berlatih badminton bagi sukan kementerian) memang x perasan aku jatuh since tangga tue gelap..aku pon pelik kenapa ruang itu tidak dibuka lampunya..sengal juga!!aku cuba berdiri..nyata langsung tiada mampunya..bertambah sakit bila aku cuba berjalan...Zaim yang kebetulan baru sampai trus bantu memapah aku ke tempat yang lebih terang..saat itulah baru rakan-rakan pasukan aku dan mula mengerumuni aku...tulang kaki yang kat depan buku lali tu menonjol dan kakiku terus membengkak...Zaim offer untuk bawa aku ke Hospital Putrajaya..aku tak mahu ganggu latihan dia so aku minta tolong Aidawati..Zaim bawa kerete aku ke parking basement..Ati dah siap siaga menunggu aku kat situ..Zaim & Ati memapah aku ke  kereta Ati..tinggal la Ribenaku...

Aidawati bawak aku ke Unit Kecemasan..bila aku diperiksa oleh MA dia merasakan ada kemungkinan retak atau patah..melihat aku yang mengetap bibir menahan kesakitan, dia bagi aku suntikan untuk menahan sakit...Aida bantu aku daftar kat kaunter dan dalam 15 minit nama aku dipanggil doktor..dan diarahkan ke Jabatan X-Ray..

Hasilnya alhamdulillah tiada patah atau retak..terseliuh yang mana otot tapak kaki aku sahaja yang tercedera..so aku xleh jalan untuk 2-3 hari ini..dengan hati yang lega dan penuh keselambaan aku bertanya pada Doktor tu "so, saya boleh bersukan lah kan Dr.?? cuma 3-4 hari je kann??" dokotr tu pandang aku seraya berkata "nie sukan apa plak nih?? aih..xpayah sukan2..rehatlah betl2 dulu..jgn nak bagi teruk cedera otot tu..awak nih!!" Doktor perempuan yang sebelah tu tergelak masa aku tanya hal tu..aku sengeh jek...
Tapi menyakitkan hati aku tu..tidak la plak doktor tu bagi aku MC..s.edangkan nak berdiri pon aku x mampu...giler pe doktor tuh?? aku nak bertanya kat staff disitu masa Ati pergi ambil kereta..tp sume sibuk bagaikan terlalu ramai ler pesakitnya..walhal biasa sahaja..ramai lagi Klinik Kesihatan rasernya..so aku nekad amek cuti..minta tolong Ati kol pakcik boss aku  a.k.a Encik Fadzlee, bagitau yang aku nak cuti sampai Selasa depan..huh..Ati ler yang kene tanya banyak..haaa seb baekk bukan aku..tau sgt dahhh..so merehatkan lah diri sepanjang seminggu ini...gamba kemudian la upload..cable tinggal kat opis..

So, acara sukan yang akan aku wakili bagi Sektor Dasar hanya tinggal kenangan...6/5 Bowling; 7/5 Badminton; 8/5 Volleyball; 11/5 Futsal..14/5 Lontar Peluru, Lempar Cakera & Rejam Lembing jauh dari genggaman ku....

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum