Kawan itu bukan sekadar menjaga...
Saturday, May 21, 2011 by akubukanbudakblues
Assalamualaikum..
K.A.W.A.N.. Kalau di terjemahkan oleh Plato " Friends have all things in common" Tapi betul kah?? Hanya mereka yg mempunyai persamaan dgn kita sahaja yang akan kita kawani? Sama darjatnya, sama kayanya, sama segalanya? Habis andai dia tidak sedarjat kita, maka dia tidak layak untuk berkawan dengan kita? walau dia mampu jadi KAWAN kita yang sebenarnya? Macamana pula pepatah yg menyatakan bahawa MUSUH adalah KAWAN kita yang TERBAEK?? Seorang pemikir Inggeris menyatakan "Friendship with oneself is all-important because without it one cannot be friends with anyone else in the world." Berkawan dengan diri sendiri dahulu baru berkawan dengan orang lain? Bagaimana dan mengapa?
Persoalan akan siapa KAWAN kita yang sebenarnya dan apa itu KAWAN yang sebenar-benarnya kawan adalah 2 perkara yang cukup berbeza..sangat cliche mencari jawapan akan maksud KAWAN itu yang sebenarnya..TABOO..
Aku yakin yang semua orang mempunyai kawan..biarlah apajua keadaannya..pasti dia ada kawan..mencari siapa kawan kita yang sebenarnya bukan mudah..tapi kita akan mengetahuinya dengan meletakkan diri dalam situasi yang natural..bagaimana? dan apa yang dimaksudkan dengan natural?? Kita jadi diri sendiri..jujur pada diri..kalau kita marah..kita marah dia dengan jujur..tidak meletakkan diri kita lebih hebat dari kawan kita..walau terkadang dia meninggikan diri lebih dari kita..biarkan lah..lapangkan minda dan layan je lah..
Aku mempunyai kawan yang pelbagai latar belakang, baik lelaki mahupun perempuan..dan aku menghargai kawan-kawan aku dengan sebaiknya..dalam erti berkawan pada pandangan peribadi aku (melalui apa yg aku lalui sepanjang 28 tahun hidup) KAWAN adalah KAWAN namun untuk mempercayai KAWAN 100% dan MENYAYANGInya lantas mendengar katanya..itu bukan mudah..
Aku mempunyai kawan yang pelbagai latar belakang, baik lelaki mahupun perempuan..dan aku menghargai kawan-kawan aku dengan sebaiknya..dalam erti berkawan pada pandangan peribadi aku (melalui apa yg aku lalui sepanjang 28 tahun hidup) KAWAN adalah KAWAN namun untuk mempercayai KAWAN 100% dan MENYAYANGInya lantas mendengar katanya..itu bukan mudah..
Harus aku akui, aku amat selective dalam berkawan..bukan menyatakan bahawa aku adalah KAWAN YANG SEMPURNA..aku langsung tidak merasakan aku adalah SEMPURNA..tapi itu adalah hak seseorang itu dalam menetapkan siapa kawannya..dan itu adalah hak aku..jujurlah..AKU AMAT DEGIL..DEGIL kerana AKU MEMPUNYAI PENDIRIAN..
Selective dalam kamus hidup aku bukan memilih akan pangkatnya, darjatnya atau persamaan sikapnya dengan aku..tapi aku lebih suka mencari KAWAN yang boleh menunjukkan kesilapan aku..menegur aku saat aku alpa SOLAT..dan aku temuinya..dalam sepanjang hidup yang aku lalui aku HANYA TEMUI 2 ORANG SAHAJA..KAWAN seperti ini akan menimbulkan rasa SAYANG dan HORMAT aku padanya..DALAM DIAM akan timbul rasa takut dengan leteran/ tegurannya (GILER NYA MASYITA ISMAIL takut siutsss!!) dan AKU AKAN DENGAR SETIAP KATANYA (bukan mudah beb untuk aku mendengar kata seseorang..dan aku rasa semua tau kot peel aku yang tidak mendengar kata tuh!!)
Sebagai kawan yang berani tegur aku walhal tahu aku ini bagaimana garangnya..dia ada rasa segan (aku tak suka guna perkataan takut kerna dia lebih tua dariku..tidak wajar) kerna dia tahu aku camne tapi masih menegur aku saat tahu aku salah..anda pikir wajarkah aku menidakkan bahawa dia adalah KAWAN? Hati & Fikiran aku terdetik tanpa aku sedari wujud rasa bahawa dia KAWANku..
Tidak dinafikan bahawa ada yang menyayangi kita..secara lahiriahnya nampak seolah dia KAWAN yang SEMPURNA..berada disisi saat kita susah dan senang..betul mmg ramai yang beranggapan bahawa kawan disaat susah adalah kawan yang sejati..ye ker?? BAGI AKU TIDAK..KENAPA??
1# Kawan yang sejati yang mengetahui segala perincian baik buruk diri kita dan keadaan keluarga kita..tidak akan bercerita kepada sesapa hatta ahli keluarganya, suaminya / isterinya, teman lelakinya/ kawan perempuannya atau sesapa..dia akan mendiamkan diri dan menelannya..ibarat SPAN yang menyerap air lalu kering..
2# Kawan yang sejati tidak terlalu banyak bercerita akan kelebihan dirinya..seolah-olah menginginkan dirinya dipuji oleh orang lain terutama kawannya sendiri..
3# Kawan sejati akan melalui kehidupan dengan kawannya dengan bersahaja..gaduh manja ke marah ke..bengang ke..usik mengusik ke..sume ada..tanpa ada sebarang perasaan yang pelik dan menjengkelkan..
4# Kawan yang sejati takkan cepat mengiyakan sesuatu yang kawan ceritakan seolah2 dia mengetahui diri kawannya melebihi dari kawan tu tahu diri sendiri..
5# Kawan yang sejati akan cuba mencari yang terbaek untuk kawannya..dan bukannya ada sifat PHD atau 'dia tidak boleh lebih dari aku'..
5# Kawan yang sejati akan cuba mencari yang terbaek untuk kawannya..dan bukannya ada sifat PHD atau 'dia tidak boleh lebih dari aku'..
Aku temui kawan ini saat aku lost dalam mengharungi kehidupan..pada mulanya aku merasakan dia ni hanya rakan opis yang biasa...aku ada juga berkata belakang akan dirinya..tapi dia sangat-sangat berbeza..dia melayan aku dengan cara yang baik..mungkin dia ada juga berkata belakang tentang aku..dan aku mengetahuinya (lawakkan!!) tapi kami mulai kenali hati dan peel memasing..dia tau aku nih baran aka API..so dia tak menghadapi aku dengan kaedah API tapi AIR..nampak mcm aku buli dia dalam banyak perkara..AKU KAN NAKAL?? Tapi jujurnya dia berada disisi aku saat aku dalam kesedihan, saat aku jatuh & rebah dengan tekanan masalah keluarga, saat aku sakit dan mudah cakap dia berada saat aku dalam memerlukan seseorang KAKAK.. ye dia seorang KAWAN yang dah AKU ANGGAP sebagai AHLI KELUARGA ku sendiri..kalu aku dah anggap begitu makna AKU akan layan dia sepertimana AKAK KANDUNG aku sendiri.. aku pernah menceritakan perihal KAWAN ku ini kepada Kak Ngah aku..dan pernah bawak dia jumpa Kak Ngah time Kak Ngah bersalin..Kak Ngah aku cakap yang dia seorang budak yang sangat baik..boleh menjadi kawan yang baek..Kak Ngah aku kurang nak menilai sesapa pon kawan aku..tapi dalam ramai2 yang aku bawak jumpa ke atau terjumpa..dengan dia nih la kakakku memuji..pelikkan??
Dia pernah menangis menceritakan sesuatu kepada aku..aku langsung x percaya yang dia mempercayai aku untuk menceritakan perihal itu..banyak kali..dan aku pernah juga menangis depan dia (siuts hilang macho ;p) sebab itu aku katakan dia dah ku anggap AHLI KELUARGA ku sendiri..sebagaimana aku sanggup bergadai nyawa demi AHLI KELUARGA ku..sama juga akan dia.. TERIMA KASIH KAK K kerana menjaga saya dan membawa saya ke jalan yang di redhai Allah dan diatas segal-galanya yang dah dilakukan untuk saya. Terima kasih juga kepada mak kak K..hehehe..IYE ORANG ITU ADALAH KAK K..ROOMATE OPIS AKU.. (^;^)
Pun begitu..lain-lain tu tetap kawan aku..as long dia tidak menikam aku dari belakang..aku hormat kawan-kawan yang ada disekeliling aku..tetap menyayangi mereka sebagai kawan..tp untuk buat aku mendengar kata?? blum lagi kot...amek masa untuk capai itu...
Sekian..





sgt menyentuh perasaan.. pe yg c.citah sentuh dlm bab kawan ni sumenyer mmg btul..bukan mudah nk carik sahabat sejati berbanding kawan..
hurmmm...kita akan tau dia kwn sejati tnpa perlu kita nyatakan pon..heheheh