bukan melihat dari dalam tempurung...

Assalamualaikum..

Alhamdulillah gelombang ke-2 pelaksanaan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) yang di ilhamkan oleh YAB PM dengan jenteranya digerakkan oleh PEMANDU..berjaya dilaksanakan mengikut perancangan..Walaupun tidak 100% namun hampir keseluruhannya berjaya digerak gempurkan. Melalui gelombang pertama kes-kes yang berkaitan yang aku handle adalah Agilent, Samsung (tu yang PM Korea Selatan tu datang aritu..bukn sebab wondergirls ye!! huhuhu) bagi industri berkaitan Elektrik dan Elektronik; Industri minyak pula aku handle kes Schlumberger, Tanjung Pengerang, dan Petronas; bagi industri bioteknologi ialah syarikat Biocon..kalau korang masih ingat time ni PM India datang..Biocon is big company dari India, well known in pharmacists industry..so meyaksikan MoU ditandatangani oleh kedua-dua negara..bagi keseluruhan kes tersebut jumlah pelaburan mencecah RM 14 billion..urusan negotiation adalah urusan MIDA, kami di MOF akan appear kat 2nd tier untuk perbincangan wishlist syarikat2 asing nih nak melabur..harus lah nak pelepasan sepenuhnya cukai pendapatan dan jugak subsidi2 bebentuk geran dan discount tariff..choiiiiiiiiiiiii..so kali ni lebih pada rangkuman sebulan kerja aku..

Gelombang ke-2 nih lebih kurang sama jek..cuma kes dah xbanyak sangat..tp menyakitkan hati..recently punya annoucement yang mana korang leh check dlm helaian akhbar yg disiarkan oleh PEMANDU, aku handle syarikat Kumpulan Dialog -Vopak dan AUO Sunpower, Suniva Inc..kes Dialog Vopak aku xda terlalu ridig coz investment dia besar, tapi AUO & Suniva aku fight habeh...alah industry solar photovoltaic jek pon..banyak dah approve..3 minggu berturut duk bincangkan kes nih..akhirnya dapat persetujuan..agak win-win situation lah...berbaloi memberi pelepasan cukai orang kata..hahah bos aku gelak jek..boss borek anak buah rintik lahhh..kuikuikuik..alhamdulillah dapat boss yang baek dan x lokek ilmu..

Paling kelakarnya meeting pre council EC..Dato' Afi yang chair..dah lah pakcik aku tu lambat satu jam, abeh kot sume kueh yang dihidangkan aku telan..then tergesa2 dia masuk bilik mesyuarat & minta maaf then terus mengomel dgn 1 kompeni nih..bila nampak aku jek..trus dia ckp " my dear masyita, i missed you so much" then trus mengomel...macam mak nenek..masa duk bincangkan kes tu...aku banyak bagi feedbacks la..tp biadalah kalu dato' Afi yang chair byk la meleret dgn lawak mengarut dia tu..tgh2 gelak2 tu..dia cakap dgn sume ahli jawatankuasa macam nih ha" tuan puan semua..terus teranglah sya cakap sya sayang sungguh dengan masyita ni ha..sya tau dia pon sayang saya...tp geram satu jek..selalu jek xbagi kelulusan utk permohonan MIDA..tu yg geram tuh!!!" meleret la dia buka sejarah silam aku zaman buat jpc..merah padam muka aku..dah lah ramai agensi lain dan jugak beberapa wakil MOF dari bahagian lain...sume datang senior officers kot..malu seh aku...sengal dato afi nih..org lain tu sume gelak2 jek..xkurang juga yang jd nasik tambah..meeting yang sepatutnya 2 jam jadi 4 jam!!! hadoiiiiii...

Pada 18.1.2011 dapat jemputan MIDA untuk press conference ke atas pelaburan asing (FDI) yang telah diluluskan sepanjang tahun 2010..aku selaku ahli jawatankuasa tetap bagi 2 jawatankuasa pelaburan di bawah MIDA dijemput begitu juga syarikat2 pelabur..YB Dato' Mustapa Mohamed sebagai Menteri yang berwajib lead untuk memberitahu jumlah pelaburan FDI yang dibuat sepanjang tahun 2010. Begitu juga perancangan bagi pelaburan tahun ini.


So far so good..seteruk mana pun kerja yang mmg tak berkesudahan tu tapi rasa sekilas je menghilang apabila melihat berapa banyak pelabursan  dan jumlah peluang pekerjaan yg bakal tercipta apabila setiap projek tersebut. Rasa tu hilang bila kita menyedari bahawa kita ada menyumbang sesuatu kepada negara dan rakyatnya..segala rasa jerih hilang..walaupon terkadang menuntut pengorbanan masa yg bukan kepalang. Peluang pekerjaan yg bakal tercipta mmg cukup banyak, terutama dibidang Sains dan Teknikal. Terpulang pada rakyat kita la sama ada nak terkam peluang ini atau bersifat memilih seolah2 ko yang terhebat di dalam bidang tersebut. 88636 peluang pekerjaan disediakan bagi semua peringkat.


Pada 25 Jan 2011 aku terlibat dalam seminar percukaian yang dianjurkan oleh Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) kat KL, sebuah institusi percukaian yang terbaek. Asalnya hanya hadir sebagai peserta..iyelah nak menambahkan ilmu orang kata..Namun, tersasar juga bila terlalu banyak soklan yang berkaitan dasar daripada otai2 agent cukai di kalangan Earnt & Young, KPMG, PWC, dan konsultan cukai lain, kena juga la menjawab..layan je..teruk jugak nak menjawabnya tu..tapi xpe..mengasah keyakinan dan kefahaman diri juga.

Futsal peringkat dasar telah bermula semula, setiap hari Rabu akan ada perlawanan yang akan diaturkan untuk perlawanan diperingkat Bahagian-Bahagian lain yang ditadbir oleh Timb. Ketua Setiausaha Perbendaharaan (TKSP (D)). Bagi diri aku seharusnya tak boleh lagi main..risau sebenarnya..takut patah dan jadi bentan..hurmm lagi meraung..aku xsanggup nak cuti lelama..sangap dowh..aritu yg retak dapat sebulan pon aku bantai pi kerja..inikan pula 2 bulan..owhhh semestinya tidakkkkkkk...InsyaALLAH hujung tahun ini akan berpindah ke rumah sendiri di Nilai 3..rumah yang ada tanah sendri..leh jugak la aku bercucuk tanam (tanam ke??? ;p). Melayang 5 angka..Tabung Haji jugak yg aku taramkan..xpe pelaburan masa depan..so daftar Haji yang aku dambakan aku terpaksa lagi tangguhkan. 21 buah lampu dan 8 kipas nak kena pasang..kabinet, grill...interior lagi..hadoiiii camne nak buat konsep dlm umah tu nanti..bila pikir2 balik mnyesal pon ada beli banglo..duk sorang..rasa kosong la kalu interior nan ado..umah kat Nilai tu nanti aku cadang nak bawa mak aku duduk menetap bersama aku..senang sket.. kami adik beradik akan discuss untuk ambil org gaji jaga mak..insyaALLAH akan dipermudahkan urusanku ini.

Next 2 weeks maybee kalau ada kesempatan nak bawak Bahyah, Tokwan & Edna ke Nilai..tanya pendapat diorg..heheh..adioss

5 comments:

    bercucuk tanam ke jadahnya... ko tu kena beranak pinak terus... kui3...

    weh!!! turunkan harga minyak skang!!! kalau x aku pangkah lain kang... kui3... (mampos aku kalau mak aku baca nih... silap2 kena halau kuar umah...)

    woww woww wowww... dh mula panggil aku bahyah.. bagussss... teruskan usaha anda... semah dgn shindong ni jugak x nk sedar2....haishhhhkkkhhhh!!!

     

    weh makcik..setiap kali apa yg naik aku gitau ko dan yg seangkatan dengannya kot..so prepare ler awal2..sehari awal tu selalunya aku gitau...sengal hang...hahahhah

     

    alaaaa... x yah arrr naik... lagi x leh merayapla aku pasni... nak harapkan semah dgn si duong tu... dudong tu leh lagi harap.. semah tu jgn kata bayang keta... bayang lesen pun blum tentu nampak...

     

    Semah tu ko heret je..dulu masa tgh2 course kt Intan aku heret paksa dia pi daftar amek lesen..aku rasa 2-3 kali jek kot dia belajar..pehtu..harammmmmm... ko suh jek dia jalan kakai..xpayah jemppt2 bagai..lama kelamaan dia pedap kompom amek lesen..kuikuikui

     

    aku ni x kejamla b... kang kejam2 kang dpt title... wahahahahahaha!!!!! xper2... tunggu dia dpt lesen beli keta... mmg aku balas dendam abes2... kui3...

     

Blogger Templates by Blog Forum