KAWAN
Wednesday, January 27, 2010 by akubukanbudakblues
Assalamualaikum..
Baru-baru ni ada seorang kawan datang bertanya pada aku..dgn loghat Utara dia yang memang tak lekang dari pertuturan dia..ayat dia lebih kurang camni lah..aku pon x hengat sangat..agak busy sepanjang minggu ni..
si A : dia tanya " hang dah kawan aku lama kan?..mesti hang dah masak dgn pangai aku..kenai aku lagu mana punya org"
Aku : [aku pandang dia dah tersengeh]" ntahlah..setakat mana yg aku kenal ko..tu je..nak kata kenal ko 100% aku x berani kot pasal manusia xleh nak diduga perubahannya..apahal ko terjah aku camni?"
si A : "hang memang frank person..kalu hang tau hang jwb tau kalu x, jawab x..marah hang tunjuk, bagus hang puji..at least hang xbermuka-muka dgn aku"
Aku : motip??? ko pehal nih??
si A : sekali dlm hidup hang xleh ka x sebut motip tu?? xdak la..aritu membe aku mai ckp dgn aku mcm kenai aku 8 tahun..org lain tanya pasai apa aku jd lagu tu suma abih dia tolong jawab..mcm dia kenai aku sgt..dah lah membe lg 1 tu duk caya dgn cakap dia dah dia duk kuar dgn aku slalu..(dan byk lg yg aku xleh nak recall)
Cuma apa yang nak aku raise kan hanyalah..kita ni manusia..sebagaimana pun kita merasakan kita dah kenal rapat dengan orang sekeliling kita..ketahui lah kita tidak mengenali dia sebenarnya.. manusia dikurniakan akal fikiran dan hati serta jiwa yang berbeza yang mana akan berubah mengikut percaturan masanya...akal yang dikurniakan memberi input serta tindakan yang berlainan setiap masa..
Tapi lumrah manusia, orang mempercayai bahawa bagi mereka dgn mengetahui sedikit sebanyak perihal kehidupan keliling mereka, keluar sentiasa bersama ..bagi mereka..dah kenal sangat dah diri kawan tu..sampai boleh jawabkan bagi pihak org itu akan segala apa yang dia rasa atau perubahan sikap org itu..silap-silap ko mengeruhkan keadaan je lagi..tolong lah sedar diri..tak mungkin kot ko kenal dia kalu setakat 2-3 tahun kenal dan kuar hang out camtu..
Perkara ni happened gak dengan aku..peel aku memang direct..aku baran ke tengah kanak-kanak riang ke aku tunjuk..kadang-kadang kawan kita ni suka menjawab bagi pihak kita kalau ada yang bertanyakan tentang perubahan sikap kita..hello abg bro & akak bro..ko xkenal aku yang sebenar-benarnya..so korang nak jawab bagi pihak aku pehal???? Lagi 1 yang aku paling xsuka ialah bila orang nak uji aku xpasal-pasal..kalu aku kata xkesah dengan kewujudan sesapa pun perlu ke korg nak uji perkara tu betul ke x? Kalau aku kata xsuka ke apa..perlu jugak ke aku buktikan sedangkan selama nih terang-terang je aku nak marah..aku marah or kata belakang pun at least aku bleh marah depan2..banding duk riuh maki kt belakang tapi depan orang yang ko duk marah-marah tu ko terdiam seribu bahasa dan cair..huh..terangan lah beb..Korg duk kata kenal2 aku..kenal sgt ke???
Oleh yang demikian abg bro & akak bro..pandai-pandailah yer menapis tahap 'ketahuan' ko psl diri aku..bukan memandai-mandai nk jadi 'bagi pihak' aku lak yer..

