Rasa. Hati

Assalamualaikum..

Disebalik ketidakaturan masa aku dlm kerja disebabkan bajet yg makin hampir..aku x pasti la..aku dapat rasanya sesuatu yg mmg x best..disebalik perubahan diri utk menjadi lebih positif..makin tersisa akan 2-3 perkara yang x dapat aku rungkaikan..

Kusut..kusut aku memikirkan..aku cuba untuk tidak terlalu menampakkan kekusutan hati..cuba untuk tidak menyesakkan kepala yg dah sedia tersesak dan makin tepu dgn bebanan kerja dan sebahagiannya..

sejujurnya separuh dari diriku telah mati..hati menanggung rasa yang amat memeritkan..makin menyeksakan seluruh jiwa dan hati ku adalah tatkala Aidilfitri mula menghampiri dan tiba menyapaku. bertapa aku rasa kosong..rindu ku makin tiada tertawan kepadanya.. kasih agung yang selama ini menjadi perisai untuk aku lebih kuat..

Dalam keadaan ini juga bertapa aku merasakan kawan itu bagai tiada makna? Membuatkan kita mulai meragui rasa dan sucinya erti persahabatan itu..mungkin benar kata orang..kawan sejati sukar dicari..bertapa kita baik kepadanya, bertapa kita menyayanginya bagai keluarga..bertapa kita berubah menjadi lebih positif sebagai mana nasihatnya..bertapa kita menjadi diri kita...IA TAKKAN PERNAH MERUBAH...Seorg sahabat aku yg sememangnya tidak percaya adanya kawan sejati penah cakap "Chieth...xda maknanya ada kwn rapat2 nih..camne pun ko layan dia dgn baik..dia xkan mungkin sanggup buat benda yg sama utk ko..pecayalah kawan tu hanya ada kt ko bla dia keseorgan..xde kawan atau tidak menajdi tumpuan" terngiang2 kata Kuni tika dan saat ini...tapi aku tak termakan kata2nya itu..kerana aku masih percayakan kesucian persahabatan itu..kerna aku pernah dan masih merasainya..aku masih punyai EMI dan SUFI..Sufi yg kekal dan sentiasa bersama aku saat apa jua keadaan ku..hanya jarak yg menghalang aku utk senantiasa hang out dgn dia..Emi dah kawin..tapi dia tetap berada di belakang ku..memberi semangat tatkala aku rebah..aku pernah menceritakan perihal mereka berdua..dan aku bangga dengan nya..aku takkan bosan menulis tentang mereka berdua kerna kami bertiga saling berkongsi segala-galanya..tanpa pernah berselindung..sentiasa berkata benar..itu yang selalu aku harapkan..

Aku mula meragui persahabatan yang terjalin antara aku dan dia..jujur aku menyayangi dia sebagai ahli keluarga ku..dan aku berterima kasih kerna nasihatnya untuk merubah diri aku ke arah positif..tapi seperti mana yang selalu aku sebutkan..KATA2 TIDAK MEMBUKTIKAN PERBUATAN & KEBENARAN SEBALIKNYA  PERBUATAN YANG MEMBUKTIKAN KATA2...

TERIMA KASIH..sgt aku berterima kasih..tapi semakin hari semakin terbit kebenarannya..perbezaannya terlalu besar dan dalam..kalau apa pun terjadi siapa pun bersalah..org akan kata ia punca dariku kerna luaran aku yang kasar dan berbeza dgn dia yg lembut..dan sentiasa dihormati peribadinya..

Aku berterima kasih..kerana telah menampakkan aku dunia sebenarnya hidup berkawan..MAAF selama ini byk yg ku berubah kerna nasihatmu..TAPI KINI aku NEKAD untuk KEMBALI KE ASAL PERANGAI ku... takde sapa di MOF ni tahu perangai aku yang sebenarnya..ye aku kembali dgn pangai aku yg lama terpulang la apa juga korang tafsirkan dan nilaikan aku ketika itu....

"TERIMA KASIH"

sebulannya berpuasa..mewahnya makan tidak terkata.. (^;^)

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi kesempatan lagi untuk bertemu dan merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan yang barakah ini. Bulan Ramadhan adalah bulan yang begitu dinantikan bukan hanya kelebihannya sebagai bulan yang mana segala amalan walau sebesar zarah pun akan diberi ganjaran oleh ALLAH SWT, tetapi bulan ini jugalah boleh dikatakan bulan kemewahan / syurga makanan. Aku tak tahu lah..tapi sepanjang 11 tahun aku merantau menyambung pelajaran dan bekerja..dibulan ini sahaja kita akan dapat segala jenis mak nenek makanan yang dijual di seluruh pasar Ramadhan, baik makanan tradisional hatta yang modennya..yang tak pernah kita dengar pun ada jual..boleh rambang mata..nafsu makan lagi..nak-nak tengah berpuasa..memang lah dugaan..(walhal berbuka hanya nak air je pehtu senyap...lapa pon x terasa!!)

Bagi aku, 2 negeri tempat aku belajar Johor dan Terengganu..tapi kalu dari segi pasar Ramadhannya harus aku undi Pasar Ramadhan Dungun, Terengganu..syurga seh..murah giler..besar sampai selalu nya aku hanya mampu meredah setengah je kawasan pasar tu..bayangkan time tu aku muda belia lagi..kurus lagi wakakaka..Tapi itu zaman belajar..nikmat berpuasa dan berbuka puasa di negeri orang..nikmatnya lain..berbeza sebab kita belajar..penatnya pasal lain..heheh
Pasar Ramadhan Dungun

Bila dah kerja ni..lain pula..awal kerjaya aku bermula kat UOB Bank..bank Singapore..majoriti kaum Cina..Melayu dan India biasa-biasa je..standard la..sepanjang aku kerja dengan diorg memang xde masalah..sume paham and xde la plak duk beza2kan kaum ke hape..cume mmg ade la 2-3 ekor yang x reti nak jaga keharmonian perhubungan kaum..apa pun diorg reti  respect kalu kita puasa..diorang xkan makan kt meja diorg ye lah semerbak kot bau..apa2 pun diorg akan ke pantry..(so bulan puasa je ler pantry tu penuh)..then aku berpindah pula ke Ambank yang mana bagi aku better offer in term of post & salary..lari arr..yang ni lagi tengah alam KL tu..kat HQ kt KLCC..huh mmg bosan..serba mahal...then mmg aku berbuka kat dalam KLCC samada kt RASA xpon restoren Thai - Heavenly Thai. Selalunya dengan Zaki dan Emi..

Now kerja dan menetap kat Putrajaya..kira ok lahh..lebih damai dari kesibukan dan kebingitan kotaraya..serius..dulu asal aku turun je dari opis..hurmmm pekak tinge rasanya..memang berbeza..org kota berpusu2 dan berjalan laju..siyes..masing-masing mengejar masa..Ipod/Mp3 xpenah lekang dari telinga..newspaper, novel @ apa saje bahan bacaan juga peneman setia baik sebelum naik tren ataupun didalam tren..segalanya berlaku dengan cepat..duk kat Putrajaya ni sume org pun naik balik cepat..jam 4.30 petang sume dah mula mengemas2..tapi bezanya jalan depa lemah jemalai..bagai xde semangat..xde masalah..xde tekanan...muka org keje swasta dan keje Kerajaan memang la sgt berbeza..

End citer tu kembali semula ke tajuk asal..syurga makanan (biasalahh), bagi bulan Ramadhan tahun 2011 ini aku xde lah semewah tahun-tahun sudah..merayap cari makanan dan tempat berbuka yang best-best..so paham-pahamlah terawih aku pun terabur la..solat magrib je..balik kenyang solat isyak then tido..hahaha..tapi tahun ini seiring dengan peningkatan usia..aku kurangkan aktiviti berbuka diluar..hanya bila betul2 perlu saja..most of the time..aku berbuka kt surau opis aku dan berterawih sekali..then abih terawih dalam jam 10 tu aku naik semula ke opis sambung kerja sampai la jam 12 tghmalam..sebak kan?? macam xde kehidupan je..apa nak buat kerja..tu pun ada jugak kata aku tak banyak kerja..

Kalu terawih kat surau..aku banyak tunggu bubur lambok dia..walaupun tak sehebat bubur lambok legend Kg. baru..tapi tetap best compare makan kat hotel..SIYES!!selalunya aku makan 2 mangkuk..then masuk solat Maghrib berjemaah..selalunya after that ada lagi makan yang beratnya tapi aku tak join..baik aku buat sesuatu yang dapat menambahkan pahala sepanjang masa sebelum menunggu waktu Isyak..mula2 2-3 kerat je yang bertadarus..lama2 ramai..alhamdulillah..

ruang makan umah En.Amin
Then masa tengah meeting Bajet, En.Amin ajak berbuka kat luar..aku suggest apa kata kita masak sendiri..lagi jimat dan afdal..dan dia offer untuk jadi host..since dia bujang kan..dia suh aku tetapkan invitation list..aku bagi several names..selebihnya terpulang la pada tuan rumah kan..so kami decide menu kali ini lauk kampung..so aku, Kak K, Zainul n en.Amin gerak ke Pasar Borong Selangor kt Taman Equine..so yang jadi mcm mak-maknya aku n Kak K la kann??? 2 org lelaki tu jadi tukang angkut barang ler.. menu utama buat daging salai masak lemak cili api..gigih aku menyalai daging dan ayam dengan si Zainul..Kak K menyiapkan lauk pauk yang lain..selesai berbuka bekejar ke Masjid Putra untuk Solat Terawih..best giler..then kami decide ahad minggu depan buat aktiviti yang sama tapi menu masakan Thailand lak..huhuhu

Hari Rabu lak Puan Mahfuzah ajak ramai-ramai makan luar makan Buffet kat PICC..perghhh memang syurga makan arr...Then hari Jumaat Kak K ajak aku berbuka dan berterawih di Masjid Besi..dia cakap dia tak pernah jejak lagi dan solat kat situ. So aku pun bawak la..then Shu and Ain ada..begitu juga En.Amin n Zainul..lepas kami berterawih terus pergi melantak ke restoren mamak bleh???
The geng ronggeng aku (Edna, Tokwan n Moon) ajak berbuka luar..memandangkan aku tak boleh berpuasa so aku on je lah..tak terasa tinggal terawih kan..tempatnya kat Amarin Thai tempat yang sememang tempat kami melepak selain Chillis dan Starbucks..Tokwan cakap nak raikan sekali birthday Moon and Tyra..aku nih dengan tanpa ragu pergi je la..aku call restoren tu untuk booking tempat..aku kompemkan hanya untuk 4 orang since Tyra tak dapat join..sampai je situ..Edna n Tokwan muka ala gedik2..aku cam malas nk layan..dia kata 5 orang..pasal Ajoy akan join..then x lama pehtu lagi sekali diorg wat muka tak senereh..yang Ednanya suh Tokwan bagitau..yang Tokwan lak minta Edna yg gitau..punya dok main tolak menolak..aku sergah je hape kebendanya..then diorg bagitau..rupa ada lagi jemputan yang dijemput oleh Moon sendiri..aku diam je lah dah sampai..dalam hati Allahje tahu.

 Then kembali rutin biasa, berbuka dan berterawih di opis..kendian naik bilik start bikin kerja semula..indah hidup ini bila kita tau hasil kerja kita boleh memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada orang lain di aspek yang lain..heheheh

Weellllll posting citer ni pon dah lama org dah raya..maaf lah kerna kesibukan yang menimpa maka tinggallah ia sebagai draft sahaja..so SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA.!!!



love & hate...

Assalamualaikum..

Each & everyone have their own way of living.. We are so different among others..the way & style of expression are differ among other..

As for me..all my close friend knew very well bout my “hangen” bad tampered person!! Moody & sometimes happy go lucky!! 

So here I list every  what I “LOVE” & “HATE”

LOVE:

1.  Foods  -  especially Lamb Shoulder & Ayam Penyet Wong Solo & Tom     Yam & Bone Soup/ Gear Box Soup..

2. Drinks  -  Caramel Macchiato & Frappocino & Nescafe (Breakfast!!) & Neslo & Manggo Juice & Lime Juice!!
3.  Activities  - Sport (Futsal & Badminton!!) & Hiking & Walking a long the beach & Sleeping & Driving Car & Listening to Ipod & Reading Comics & Watching TV (CSI, NCIS, etc)

4.   Clothes / appearance – T-Shirts & Khakis & Jersey
5. Football Team  - Arsenal & Ac Milan & Spain & Holland & England & Harimau Malaya 

6. Person - Talk less & act like a sister & not GEDIXS & Sempoi & behave matured and act like one fit to her/his age.

7. Poem & Poetry


HATE:
 
1)  That talks so much like she/he knows everything in this world!! & a person likes to ask so many questions & back stabbing person & Gedixs

2)    Last minute plan/ work/ or changing plan.. (Hate it so much!!)

3)  When am not in the mood, I rather to keep silence and DON'T EVER ask me why am not talking to U.. Seriously shit I hate when U asking WHY??


1)    
Assalamualaikum..

Mak aihhh...The top BPL Team have their Asian Tour in Malaysia?? hahahha kerlassss...ARSENAL, LIVERPOOL & CHELSEA make their way to Malaysia & will have the friendly match with HARIMAU MALAYA XI (the national team) As for me...seharusnya ARSENAL The Gunners!!..

Aku sanggup amik cuti setengah hari pada 12 Julai 2011 dan 1/2 hari lagi pada hari perlawanan 13 Julai 2011..hehehe naseb badan dapat boss yang memahamiii..hahahah ye larr team dia Liverpool pon datang tp dia xpegi since nak pi panjat Gunung Stong..patutnya aku pegi juga tp kaki masih xberapa ok lagi..jalan banyak pon start la sakit balik.. Hari training tu ade meeting kat MITI pagi tu..dalam meeting pikiran xde langsung ler fokus dengan meeting tu..walhal tgh bincang pindaan Akta untuk dibentangkan di Parlimen bulan depan...punya lahhhhh...then Datuk Nik yg sememangnya dpt hidu perubahan aku dalam meeting kali ni terus jek ckp.."Hati org Gunners dah kt Bukit Jalil..tu dia byk senyap ni..xmacam selalu..esok xpayah ler buat meeting kompem dia cuti.." aku xpasan tp bila dah disambut dgn tawaan kecil ahli meeting yg lain trus merah muka aku bila ditanya sebab musabab napa diorg gelak..maluuuu...tp hehehe...Datuk Nik yg sporting tangguh meeting awal dr yg dicadangkan..hahahah..dia xtau aku half dayy..waakakka

Tokwan carikan tiket..memandangkan dalam geng kami pon hanya aku & Tokwan yang minat Gunners..lain tu cam biasa la minat MU..(daaaaaa... (= =) bosann!!) Beli tiket nih ada dapat Training Pass..so aku dan Tokwan dengan gigihnya pergi la ke Stadium Bukit Jalil untuk tgk training..aku xmo bawak kete takut jem..so park kat Sg. Besi then naik LRT..perghhh LRT penuh dgn Gunners...cam train Arsenal je plakk..hehehhe..Lepas training..ajak Edna kuar lepak kt Pelita Bangsar...sajer melepak..hehehehhe.

some of the pictures..aku sgt suke dgn Jack Wilshere.. Persie..Sczcesny.. Arshavin..Samir Nasri..Rosicky.. & Fabregas.. Now ada pendatang baru Ryo Miyaichi..perghhh cam lipas kudung seh..laju sioutssss...

Goal Keeper Arsenal..
One day Sczcesny mesti naik juga mcm Van Der Sar..

Memang have fun tgk diorg training...Selama ni tgk dalam TV jek..Sanggup berjaga malam tgk game diorg...larr ni depan mata LIVE..apa pon org kata pasal Arsenal yg xmenang any Cups pon..xpe..at least dia cuba...aku start minat Arsenal dari tahun 1992 lagi..ye since aku umur 8 tahun..time tu Marc Overmars dan Dennis Bergkamp baru join Arsenal...hahaha..sampai sekarang aku minat Arsenal..jatuh naik team nih..aku tetap sokong..bukan sebab player dia..certain2 orang minat MU sebab player dia kemudian bila player pindah team..dia sokong team yg tu pulakkk..heheheh aku x..kalah ke menang ke Arsenal..sapa pon player..xkesahh as long namanya ARSENAL..

Game kali nih 2 tonggak xda..Fabregas (xtau la ke Barca @ x), Clichy (dah pindah Man. City)..really hope yang Fabregas akan datang ke sini..tp xpa laa..asalkan yang datang ni main team player..bukan ke-2 @ ke-3.. Stadium agak penuh juga..hampir 70k..maybe sebab buat hari kerja..kalu hari Sabtu..insyaALLAH full jugak tu..tentulah sekarang pun team Harimau Malaya tengah naik..mesti ramai penyokong dia datang..apa pon good game..cuma team kita (Malaysia) ntah kenapa serba x jadi ja..Arsenal dah slowkan rentak permainan diorg..tapi xjugak menjadi team H.Malaya..Really hope diorg akan datang lagi ke Malaysia..

 tendangan sudut dari Samir Nasri

 jack wilshere & Theo Wallcot

BYE-BYE MALAYSIA!!!!

riadah..cuti..riadah dan kerja kembali...hurmmm what a life..

Assalamualaikum..

Pagi-pagi dapat sms dari Kak K ajak berbasikal kt Taman Botani, Putrajaya..aku blurr psl dah ler pagi subuh sepeii then x penah kot pegi situ..then bila aku tanya dia samada dia penah pegi ke x..jawapan yg sama..then dia cakap Zainul ikot sekali..dia dah penah pergi so leh guidance kami berdua..aku pon bangun & solat subuh..after that terus siap2..Tepat jam 8.30am Kak K sampai then trus amek si Zainul plak..

Sampai sana kena plak tunggu basikal..pasal ramai giler kot..seb baek xkene tunggu 1 jam..setakat 15 minit camtu...memang serius tempatnya cantek giler!!! (nampak sgt bukan warga Putrajaya yg peka ek?? (^_^) ) so sakan ler kami berbasikal sambil menikmati keindahan pinggiran Tasek Putrajaya. Sambil tu sakan la amik gamba..heheheh


tepi tasek..lepas turun naik bukit tuhh..hehehehe

                                     kat bukit2 kecil..aku xpasti lah ni bukit buatan ke hape..
yang penting dah macam Stupa kt Candi2 Angkor Watt x pon Borobudur hehe
tukang amek gamba nih Zainul..penat dipaksa utk amek gamba tp xmo dianya..

Then, aku bercuti lak ikot bebudak nih ke Pulau Mabul..siyes bessssss...terbaekkkkk x tergambar dengan kata2 bertapa enjoynya time tu..terutama bila berendammm..heheehe air crystal clear..hahahah terbaekk..here somee picciess

landak laut..clear gilerrrrr

Gamba2 lain tuh leh tgk dalam FB ler..banyak sgt...melambak...mcm2 aksi...sgt enjoy walaupon aku asek membuta..ribut malam tu tu aku xbangun...ishksss!!! alhamdulillahh la xde kejadian yang tidak diingini berlaku..muka burn toksah cakap..layan je laaaa..

Balik dari Mabul masuk keje mcm blurr..rasa mcm kt HELL jek..mcm2 masuk kepala..boss plak tetiba kalut..kan ke x pasal2 kene marah dgn aku..aku tgh bengang time tu..Alhamdulillah dapat boss baik..dia kalut kita betul kan..kita kalut dia plak betul kann..tp mmg kadang2 kitorg gaduh la jugakkk.

Sabtu ni aku balik kampung..lama dah xbalik kampung..pagi tu sempat jugak berbasikal kat Taman Botani (Lagikkk!!) kali nih dgn Zainul, Faizal & abg Bahrin..lawak la...tp aku duk ternguap2..pasal aku agak lewat jugak tido mlm tuh..hampir jam 5 pg..then Kak K call jam 7.15am kata dia on the way...mengelupur bangun..Subuh aku pun Dinosur lahh...xpe lah asal berganti cepat...hehe..

Selesai berbasikal (mengah wehhhhhhhh) kami pi makan kat Taman Warisan..then hantar Zainul balik dan aku plak...aku senang je..trus masuk kete & balik kampung..mandi??? mandi kt kampung je lerrrr...45-50 minit jek kotttt..??? heheheheh (nampak sangat kan selalu wat gitu..heheeh)

Apapun..Alhamdulillah aku bersyukur ke atas perjalanan hidup aku yang ditentukan oleh Allah SAW dalam tempoh sebulan dua ini..moga2 rahmahnya kekal memayungi aku dan keluarga ku...dan menekadkan diriku untuk terus menghampiri jalan yang diredhaiNYA.

kadang-kadang tue..

Assalamualaikum..

Dalam sebanyak-banyak pos aku selama ini..dari sejak aku mula mengenali blog ini..langsung tak penah aku menulis mengenai rasa amarah ku secara total..menyingkap segala perkara yang bisa membuatkan darah aku yang sememang nya tinggi ini bertambah-tambah tinggi suhunya hingga menyirap dan menggelegak seakan sepanas larva gunung merapi.

 jgn la byk sgt bertanya
sepertimana aku diam..korg pon diam la
jgn la mulakan perkara yg menjengkelkan..

Harus aku akui (TANPA PERNAH AKU MENAFIKAN WALAU SECEBIS ZARAH) aku adalah insan yang PANAS BARAN..PEMARAH, GARANG, TEGAS dan MOODY (sekelip mata!! Transform..!!!) Pun begitu sepanas baran mana pon aku dimata kalian, aku masih punyai akal dan fikiran. Masih punyai hati untuk mencernakan rasa & perasaan..masih lagi ada cebisan rasa nak menjaga hati walaupun hati bagai nak rak nk maki..Aku takkan semena-mena 'berubah' wajah sekiranya tidak kena waktunya..jika tiada sebab musababnya.. marah aku marah bertempat..marah aku bukan kerna aku benci..andai aku mulai membenci..pandang muka hatta berkata sepatah huruf pon tidak sama sekali..

Semua orang punyai rasa marah ini..kerna sifat MARAH adalah FITRAH manusia...tapi pencetusnya berbeda..orang yang sedang menahan marah jgn dicuba pull the trigger kata orang putihnya...andai ditarik tahan sahaja apa yg bakal terhambur katanya hatta perilakunya. Bagi aku..mudah sahaja..tolonglah JANGAN jadi MENJENGKELKAN

Aku kalau marah aku diam..menahan rasa amarah ini bukan mudah..terutamanya bagi orang yang baran dan kurang sabar seperti aku ni..aku diam sebab aku xmahu menghambur kata-kata yang sememangnya akan menyakiti hati org lain dan akn mencetuskan pertelingkahan. Pun begitu, aku dalam proses untuk belajar meredakan kemarahan aku. Sejak aku berkawan dgn Kak K, dia banyak mengajar aku erti sabar..andai aku mula nk tercetus rasa marah..dan dia perasan perubahan aku tu..dia akan pegang tangan aku xpon mula carik jalan asalkan aku tersengih..bukan mudah..kadang=kadang terlepas jugak rasa marah tu..xpasal2 semua orang sekeliling kene bebel..termasuklah Kak K. InsyaALLAH akan reda lah nanti.
Tapi 1 jer lah, kalau aku diam tu..jgn la plak korg mulakan..bertanya sana sini kenapa aku diam..korang diam je ler..lama2 aku elok lahhh..ini tidak..bersepah2 tanya semua orang! Aku kalau marah kepada sesapa pon aku xkan sesuka hati nk bercerita dgn sume org..sorry lah aku bukan jenis nak bercerita semua perkara kot??? hatta pada org yg aku sayang pon..


Moral of the story, kalau aku marah..ko jgn byk tnya..pd sesapa hatta aku sendrik!! itu cukup2 aku menyampah! SERIUS!!jgn nak paksa orang menyatakan sebab musabab kemarahannya..

Lagi satu kadang-kadang kita suka sangat nak mencari kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri blum lagi diukur banyaknya kesilapan yang mungkin kita tak sedari..nasihat ini bukan untuk orang lain tapi diri aku juga..hari demi hari aku lihatkan telatah dan perilaku setiap rakan2 disekeliling aku..kita semua punya sejarah yg mungkin tidak mahu diingati...bagi aku pada pandangan aku insan yang tidak seberapa ini, kan mudah kalu kita benar2 benci @ tidak mahu langsung mengingatinya..cubalah lupakannya..anggap sahaja semuanya tidak pernah berlaku..tak perlu diungkit atau dibangkit menjadi bahan sindiran dan sebagainya..sesuatu yg xberbaloi untuk diperkatakan..tiada nilai..bak kata pepatah biarlah labu terjun dengan labu2 nya..usah dipedulikan..seandainya kita masih memperkatakan tentang semua itu..sememangnya kita tidak dapat melupakannya..untuk apa?? TIADA NILAINYA kawan...biarkan je lahhh..mulakan sahaja hidup yang baru..hargai apa yang ada sekarang..DIA LANGSUNG TIDAK BERNILAI UNTUK DIKENANG.. tiada rugi sesen pun..namun jadikan pengalaman itu sebagai perisai pedoman dimasa hadapan..kebenaran dunia mmg sukar dicari tapi akhirat mereka semua tidak kecuali..begitu juga kita bakal dihisab segalanya..lambat kerna akhir zaman Allah saja yg tahu..tapi biarlah..yakin kita pada Maha Adil yang SATU itu..

Kadang-kadang kita akan lihat kawan kita, kita nilai dia dalam diam..mungkin masa kita semakin berkurangan untuk melepak dan bertemu dengannya..maka kita mulai rasa jauh dengannya? perlu kah perasaan begitu..kita kena paham diri & kelilingnya..sebab musabab dia jadi sedemikian rupa..Kadang-kadang kawan kita ni nak kita paham dia, hormati dia, menjaga hatinya, gelak ketawa dan sekepala dengannya..tapi tak terfikirkah adakah kita  juga begitu??? Kadang-kadang kita xkan tahu kawan kita terasa dengan kata-kata kita..kerna kita beranggapan ia lawak jenaka semata-mata..Kita selalu kata & memuji orang lain yg dia seorang itu dan ini..dia tak pernah berkira dan sebagainya.. tapi ada kita fikir yang kadang-kadang tu kita berkira??? owh ya..menyindir lagi..kawannn..hidup ini tiada yang perfectnya..kehidupan dia bukan dengan anda sahaja..banyak lagi disekelilingnya.. jadi cubalah renungkan..dia buat sesuatu mesti ada yang menyebabkan dia jadi begitu..bukan kerna dia sengaja nak amik kesempatan..kadang-kadang orang lain yg jelas mengambil kesempatan dan sambil lewa..kenapa ditutup sebelah mata? kerna dia menemani kita saat kita nak berjimba??? hadoiiii mudah sangat pertimbangan kita tu kawan...mudah sangat timbang taranya...cubalah kita imbangkan dengan kebaikan yg penah. kungkin pernah dia lakukan..jangan mudah menjatuhkan hukum..kita bukan penilai yg hak!


Jadi kita renungkan lah..kita hidup bukan hanya mencari kawan sejati..tapi lebih untuk menghayati dan menjalani kehidupan itu sendiri..jangan kita nilai seolah kita mengenali dia sepenuhnya..sewajarnya kita imbangi dengan kebaikan yang mungkin pernah dia lakukan kepada kita..

Wallahualamm..

p/s: pictures credited to Google.

Takkan Melayu Hilang Didunia!!!

Assalamualaikum...

Sedang aku berbalas2 komen dalam FB aku merayau la dlm blog lain..so aku terbaca artikel ini..aku try amati sama ada ada kewajarannya..so sekadar berkongsi..sama ada betul atau tidak..wallahualam..pon begitu ingat 1 perkara..kita keturunan Nabi Adam A.S..bangsa itu hanya ujian..pegangan agama Islam itu tunjangnya..jgn sesekali menidakkan bangsa yg turut menyembah dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Khalifah ALLAH di muka bumi ini...

Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun!!




 PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Kali terakhir disunting pada 30/4/2011. Turut disertakan beberapa informasi baru.]


Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah  : mata, batu dan air.
Di laut sekitar Okinawa, berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.



Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.


Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa. Ya...Okinawa lagi. 


MISTERI GEN BANGSA MELAYU


Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.


Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.


Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf? Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.


Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!


Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. 


MELAYU - THE LOST TRIBE



Ketika Ptolemy, seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir.


Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? Benarkah ketika Firaun-Firaun Mesir sedang membina Piramid, bangsa yang tinggal di Nusantara masih bercawat dan melukis gambar monyet di gua-gua? Nampaknya perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba.


'The Lost Tribe' adalah Bangsa Gunung (Malai) yang telah lama meninggalkan Tibet ; bergerak ke arah Timur ke satu destinasi yang tidak diketahui. Illuminati ingin benar mengenali bangsa ini. Kerana di dalam kitab-kitab Yahudi Kuno dan manuskrip-manuskrip suci ada menceritakan bangsa yang hilang. Juga Bumi Mala. Pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh 'the lost tribe'. Tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. Prof Ralph Olssen kemudiannya mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon (yang diselewengkan dari satu manuskrip kuno) dan membuat kajian DNA sekali. Keputusan beliau adalah, ibu bagi segala keturunan Manasseh adalah orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu.


Mengikut manuskrip kuno yang diseleweng menjadi Book of Mormon itu lagi, sebahagian daripada Melayu Semenanjung (termasuk Selatan Thai) juga adalah dari keturunan Bani Israel, iaitu dari kumpulan Lehi (iaitu terus dari Manasseh, yakni anak kepada Nabi Yusuf a.s. Nabi Yusuf mempunyai dua orang anak sahaja, iaitu Manasseh dan Ephraim).


Namun Mala bukanlah bangsa asal. Mala mempunyai 'benang-benang merah' dengan bangsa Scythia. Scythia merupakan bangsa asas kepada semua puak Eskimo, asli Yunan, asli Dai, asli Taiwan, hingga ke ke kaum Ainu di Jepun dan suku misteri di pulau-pulau Jepun sebelum kedatangan kaum Yamato (kaum dominan Jepun pada hari ini) Lembah Mekong, Tanah Melayu, Borneo, Sumatera, Jawa, Sulawesi, Filipina, Pasifik , Madagascar dan Amerika Latin.


Scythia merupakan sebuah bangsa nomad berkerajaan yang berasal daripada Asia Tengah (ingat Teori kapak Tua dan bangsa Kambuja?) berhampiran dengan Laut Hitam. Kaitan antara Melayu dengan Scythia telah dirumus oleh seorang arkaelogis Eropah di sekitar tahun 1830an lagi. Maka ada kemungkinan Scythia merupakan bangsa asal daripada Nabi Adam a.s. Ini kerana Nabi Adam a.s. mempunyai 22 pasang anak, atau bermaksud 22 bangsa asas (kemungkinan dari kajian setakat ini).


'The Lost Tribe' telah bergerak ke 'Promised Land'.Semua puak Yahudi yang 12 (puak Yahudi asli yang pernah mengikut Nabi Musa a.s dan terlibat pada peristiwa di Padang Pasir Sinai) telah dikenalpasti oleh Yahudi Zionis (Yahudi ke-13 iaitu Yahudi campuran dari kaum Satanic-The Khazar dan Ashkenazi) namun masih terdapat satu puak Yahudi yang diketahui mereka mengamalkan ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Yusof, ajaran wahyu dari kitab Taurat. Pada istilah hari ini, mereka adalah orang-orang Yahudi Islam yang hilang dari rekod Illuminati dan Zionis.


Imbauan : Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,
Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat. 

Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.


Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini.Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.
Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : 
  • UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) 
  • TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) 
  • TIMUR (funan, okinawa, sulu,)  
  • SELATAN (sumatera, riau, jawa)
Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :
"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."
-Nostradamus
Dibawah ini saya sertakan sebuah video dokumentari penemuan piramid misteri di Yonaguni, Jepun :



Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :


-klik untuk besarkan-


MELAYU DAN YAHUDI


Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :


1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin


Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.



Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh. [klik di sini]


Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.


Wallahualam...


PERHATIAN : Video di atas hanya fakta sokongan pada hujah-hujah yang dikemukakan. Sepertimana yang kita ketahui (disebutkan di atas ; baris 15-17) masih terdapat beberapa penemuan yang dirahsiakan oleh pengkaji. Harap Maklum.

Blogger Templates by Blog Forum