sukan, kerja, janji dan kegembiran..

Assalamualaikum..

Fuhhh..berpeluh cheqqqq....kuar segala kudrat bila sentuh bab kerja..betul lah kata orang..semakin kita meningkat dalam hiraki pentadbiran tu semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul..tak menang tangan..ingatkan dah lepas Bajet 2011 haritu  dah boleh lepak-lepak dengan membe2..aleh-ale lain jugak jadi nyer..pembentangan Rang Undang-Undang pembekalan bagi Bajet haritu dah kemuncaknya..8 November sehingga 9 November akan berkampung lah warga MOF kat Parlimen..haritu jek masa menyediakan maklumat tambahan penggulungan RUU bagai nak gila..balik lg aku tgh2 malam..adoihhh..takpe..proses pembelajaran namanya tu..Mesyuarat Majlis Ekonomi yang dipengerusi YAB PM mengambil tempat saban minggu..saket kepala aku nak mencari maklumat..Alhamdulillah dianugerah kan kawan-kawan yang bersepah kat MOF nih..masing-masing memahami kerja kita walaupon kenkadang last minute memo diedarkan.

Aku kembali bersukan..as usual Futsal dan Badminton teraju utama.. setiap Isnin dan Jumaat main badminton..dan selasa dan rabu berfutsal..aritu lawan MOSTI menang besar 13-2..hurmmm xsabar tunggu selasa depan ni..lawan BPP pulak..ni kerja susah sket..orgnya sume cam 'jantan' sket...rabak lg la lutut aku...kali ni banyak main kat Kompleks Futsal Putrajaya..kompleks futsal tersebar di Malaysia..ada 12 gelanggang dan yang terbesar is Gelanggang Mokhtar Dahari..standard FIFA..giler besar okeh???? mengah dowh main...Khamis dan Jumaat aku akan jadi referee futsal bagi tournament Futsal anjuran Syarikat Perumahan Negara.. diorang tak bagi aku main coz depa kata  ramai yang akan cuti 3 bulan nanti..kuikuikui patah kaki masuk besi ler..cam roomate aku aritu..huhuhu rupa-rupanya citer aku patahkan kaki roomate aku tu tersebar luas di MOF nih..adoiiii

Alhamdulillah, kebelakangan ini persekitaran keja aku kembali tenang..fokus aku terhadap kualiti kerja aku semakin baik..Dato' aku pun perasan..dia ada cakap.."welcome back"..seraya tersenyum..aku cam blur2 jap..aku letak fail Majlis Ekonomi atas meja dia...aku senyum jek..malas nak tanya atau memulakan bicara kompem aku akan sangkut dlm bilik dia dalam 2-3 jam..so better aku siapkan kerja aku..

Lama jugak aku xberjumpa dengan Mad Nuar, Edna , Moon dan Tyra..balik kerja malam trus main futsal or badminton..weekend plak aku rajin duk umah akak aku..xpon balik kampung..bukan apa..keadaan mak aku tak berapa nak sihat kebelakangan ni..akak aku plak semnjak dah naik U54 nih asek lah banyak program kesihatan yang dia kene hadiri..kita paham lah dia pengarah so kene lah menghadiri dan mengkoordinasi program2 yang telah ditetapkan oleh KKM.. so aku lah ganti jaga mak aku..akak aku pon mengandung..so aku xmo lah membebankan dia..setakat masak dan mandikan mak aku apa lah sangat...mak kita pon..berbakti selagi mampu..

Rindu aku nak berhua-hua dengan diorg..happy2 sambil tengokk wayang..bergelak ketawa sambil sakat-menyakat..counting days to go holiday with them!!! Am happy with them..they are my other part..aku yang seorang yang sgt serius bila time kerja..sume org tau kot bertapa aku tampak matang dalam memastikan semua perkerjaan aku dilakukan dengan terperinci..so time gila2 kita happening gila2..so barulah balance...hehehhe...

Owh ya..kat sini aku nak cakap lah kepada sesapa orang yang terlibat dalam 'group' ni...saya masih menunggu  janji anda semua untuk berjumpa untuk pengakhirannya..aku dah sms..seems xde jawapan...sapa yang takut digertak nih?? aku x gertak...aku direct jek sms...owhhh ya ini bukan kebudakkan ye...seterus terangnya aku cakap kat..sekiranya berani dan nak selesaikan aku akan datang..tapi kali ini jujur aku akan bawak junjungan aku Al-quran..ye bukan aku nak buktikan sapa salah ke benar ke..tp jujurnya aku sbosan dengan lidah bercabang..tak kisahlah dari pihak mana..sebaik sahaja selesai sumer aku memang xkan ambil tahu dah hal2 yang berkaitan..seperti mana sekarang ni aku xamik tau..aku nak selesaikan once and for all..kalu ada yg baca ini post sila lah bagitau orang-orang kuat yang berkenaan yer..wasalam.

Got to go..mau pulang kembali ke pangkuan bonda terchenta..naik kL semata-semata pegi nikah kawin anak boss aku..hahaha..setiap kali balik kampung hati memang berbunga2..kuikikuikui


lega sket..

Assalamualaikum..

Lega sket rasa badan bila pegi mengurut kelmarin.. Terutamanya pinggang dan ke atas lega seh...Sabtu nih kena urut lagi...hurmmm layan..sekarang manjakan diri je lah...
 
Semalam selepas mesyuarat kena menghadiri Budget Talk yang di anjurkan oleh oleh CTIM..Talk ini dihadiri oleh semua practitioners tax consultion kat Malaysia nih..dari Earnst & Young, KPMG, PricecooperWaterhouse, dan lawyers..their bossess come to hear from us..

Sebelum tu, bawak kak k, Afnan, dan Ina pi makan kat Rose 911, layan makan daging salai kat sana. Team dari MOF adalah mereka yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam penyediaan bajet 2011 ni..senang kalau ada persoalan perkara berbangkit boleh terus jawab..quite ok..alhamdulillah segalanya diterima dengan baik kecuali pindaan terhadap rang undang-undang oleh LHDN.. Dato' Dr Siti Mariam jenuh nak menerangkan kat diorg.. tp syok dengar pandangan daripada diorg..diorg tak terus hentam..talk tu berakhir dalam jam 5pm..then high tea...makanan memang terbaek daripada ladang la kannn..

Pastu terus balik ke MOF semula coz ada perlawanan futsal dengan geng2 division..seri..paham2 lah 3 bulan kot relaxs je ha...my life dah ok sket compare from last 3 months..alhamdulillah...hehhe malam nih menonton wayang with my best buddies..huhuhuhuhh luv ya..windu seh lama tak hua-hua


Kawen Emi..

Assalamualaikum...


Dunia kerja masih lagi tak aman damai..hari-hari kene stayback..keje dah siap ke apa ke..stayback tetap stayback..so layan lah duk kat Bilik Operasi..kadang2 aku meng'escape'kan diri duk je lah melepak dlm bilik aku sambil buat kerja2 hakiki yang tertangguh coz buat kerja Bajet nih...Jumaat lepas balik dalam area jam 12 tghmalam..nak selesaikan segalanya bagi meeting 1st round dgn YAB PM esok pagi nye..aku resah semacam jek dalam bilik operasi tu..resah bukan apa..aku risau Miera..dia tumpang tidoo umah aku malam tu since Emi kawen Sabtu tu.. jam 11.30 mlm Miera kol kata dah kat bawah..aku suh dia tunggu jap..dia kata dtg dgn seluruh family..mak dia nak jumpa aku sangat..rindu katanya coz dah lama xdtg melaka..lagi ler aku serba salah..nak bawa naik ke atas masalah nya now tingkat aku dah jd tempat sekatan..yang mana polis yang jaga level aku tu..bukan guard lagi dah..

Naseb baek lah dalam area kul 12 tu Dato' lepaskan kitorg..on the turun tu dia cakap..standby jek..apa2 hal dia call esok..aku dah cam lain jek..terpikir gak matilahhh kalu buatnya esok aku tgh2 makan kat umah emi tu Dato' on call..naya lahh!!! Gombak kot!!!.. lepas salam2 dgn mak miera aku hangkut dia balik umah..memang xborak banyak sangat since aku pon penat giler..diapun penat gak coz dari melaka..so masing2 tiso..esoknya tu aku gerak ke ke Gombak dalam jam 11.45am..hehehe sempat tu menyinggah ke Alamanda..kuikuikuikui..padahal janji dgn Edna jam 11.30am..mampuslah..kompem dia membebel..hehehhe

Jemput Tokwan dalam jam 12.45 tghari..semah dah bebel2 dalam phone..aku gelakkan aje...hah! rasalah semah oiiii camtu ler kitorg duk tunggu ko lama sgt.....sampai umah Edna jam 1.15 petang..huh membebel..layan lahhhhhh..mak dah biasa membebel kot...Sampai umah Emi, Ati & En. Kurus dah ada n follow kitorg..gelak2 jek la..buat cam umah sendrik..but kami suma heppi..kuikuikuikui..saling sakat menyakat.

My really beloved bestfriend dah kawen..alhamdulillah dia kawen dgn Hamdi..aku tau Hamdi camner..semoga emi berbahagia dan dikurniai cahaya mata yang chumil mcm dia..semoga jodohnya berkekalan hingga akhir hayat dan dirahmati ALLAH selalu..

Malam tu lepas hantar miera kat sepang..aku, ednan tokwan melepak kat dataran putrajaya..merasa angin malam di tepi tasek putrajaya sambil makan aiskrim..sambil tunggu QB..hahahaha melayan perasaan sambil bagi ikan makan..then QB kol..so trus amek dia kat umah dan gerak ke Villageview makan-makan. Belanja diorg..since aku dah janji aritu..ye lahhhh paham2 je lah!!!!


p/s:: motip ko tokwan boleh pikir aku 'sebegitu'????? giler sungguh pemikiran ko pakcik oiiii!!!!!!! mak waras lagik kot!!!! ;D

malas nak layan..

malas nak layan langau yang memekakkan tinge..
malas nak layan ular lidah bercabang..
malas nak layan anjing menyalak..
malas nak layan beruang mengaum memerintah..

malas nak layan....

saya ada banyak benda kena pikir..

bonus + minyak = barang naik
hasil - subsidi / insentif = ????
NKEA Lab + ETP + NKRA = *** pandaiiiinyeeeeeeeeeeeee perabih duit

KELIBAT TEMAN

Bagaimana teman bisa dekat setia
Pabila engkau mengasari
Bagaimana simpati bisa mencurah
Pabila engkau merendahkan

Bagaimana percaya bisa hidup
Pabila engkau menghukum lagak kau lah yg sempurna
Bagaimana ikhlas akan menunjang
Pabila buruk sangka senyap menjalar di hati
Bagaimana hati bisa selalu terjaga
Pabila engkau berkata-kata yg meluka

Walaupun tidak sempurna
Setiap masa payah jerih mencuba
Selalu mengeluh akan situasi yang tiba bergelora
Tuhan adalah Teman saksi nyata

Wahai kawan
Kasihanilah jika engkau ingin dikasihani
Janganlah menghina
Janganlah manis di-depan belakang di-umpat
Janganlah beristighfar bila terkelibat
Aku, Engkau,Dia, dan Mereka — manusia yg punya rasa & mata
Mungkin kau tidak nampak
bila aku menahan hati yang sebak
melihat rangkaian gelora
melambungkan para rasa hati yang tamak
yang kau kejar itu tidak bernilai bagiku
Aku hanya ingin kembali kepada diriku
Jangan sakiti tanpa sebab yang waras
Kerana aku sangat letih

Harus diingat
ia selalu hadir dalam kehidupan kita
baik itu senang atau susah
tak perlu berkata ia pasti mendengar
semua cerita akan tercampur dengan bumbu kisahnya

Menegur kala kita salah mengambil langkah
menyokong kala kita mengangkat satu keputusan
bertanggung jawab walau tak ikut menyebabkan
meniupkan hawa kedamaian kala kita terbalut dalam emosi
selalu seperti itu hingga takdir memisahkan

"Segi Tiga Bermuda" Presint 14

Assalamualaikum,

Kalau la sesapa minat dgn citer paranormal series X-Files mesti ingat tentang perkaitan kehidupan  makhluk asing disebalik rahsia dan misteri 'Bermuda Triangle' ni..ringkasnya Bermuda Triangle  ni ialah kawasan yang mana kapal laut dan kapal terbang yang melalui kawasan tersebut akan 'hilang' dari radar secara misteri tanpa ada sebarang kesan dan takkan dijumpai..kawasan dia kat Lautan Atlantik nun..huhuhuhu..

Kali ini pon kisah 'kehilangan' tertiba..kehilangan jejak telekomunikasi handphone..baik Celcom atau Maxis sebaek sahaja menjejakkan kaki di dalam ruang rumah aku...dari pintu masuk bawak ler ke dapur maupun di dalam bilik air..begitu juga dengan Ati..pelik jugak kenapa jadi camtu....nak dijadikan cerita..Jumaat haritu janji dengan Bahyah, Edna & Tokwan nak tgk wayang..late nite show ler katanyer...aku bersiap-siap nak gerak..ntah kenapa hati takde langsung nak bawa handphone yang line Celcom tu...aku sampai kat The Gardens dalam jam 12.40 pagi..aku berjalan laju gak lah since Tokwan dah kol kata wayang dah nak start..pinggang aku terasa sakit bila aku berlari2 anak kat Midvalley tu..sampai wayang perut aku dah pedih..so decide la beli hot dog, pop corn and coke...diorg dah masuk dulu...settle sume beli aku nak kol Tokwan suh kuar bagi tiket kat aku..meraba-raba aku mencari HP aku..siap pi tanya kt kaunter pop corn ada nampak tak akunyer HP..then baru teringat HP kat keter..berlari aku balik semula ke parking The Gardens...mula nak pinjam je HP budak2 wayang tu minta Tokwan tapi bila terpikirkan HP aku terangan atas kusyen seat trus tak sedap hati...kang naya je kene pecah kete...berlari2 aku ke The Gardens...sume org pandang semacam jek...ada aku kesah???  Pinggang dan backpain aku semakin menjadi-jadi...terasa bisa mencucuk seluruh tulang rusuk kat belakang sebelah kiri...tgk ada SMS Edna..elok je aku nak kol smula dia bateri aku trus mampus...trus aku bengang...dah lah sakit belakang,.....tengok jam dah 1.15 pagi arghhhhh malas lah aku nak berlari semula ke wayang tu...aku trus pi bayar parking and trus drive balik Putrajaya..minyak plak blinking..


Memang rasa malam tu macam harrr lahhh...dah ler kena stayback walaupon kerja dah siap..then datang Midvalley sekadar beli pop corn & hot dog..then minyak lak habis..menyinggah ler aku kat Shell Sg Besi..then baru balik..aku sampai rumah dalam area jam 2 pagi camtu..tengok Nayum ada duduk tengok TV dgn Ati...kompius jap aku...Nayyum tanya sama ada line telepon aku ok ke tak..aku cakap lah Maxis bateri kong...Celcom lak asek Error in connection..means tak dapat go through line tu..dia datang jenguk Ati coz dia risau since tak dapat2 kol si Ati..aku lak dah mengantuk trus membuta...lupa giler nak SMS  diorg bagitau aku balik Putrajaya..ye ler dah berborak dgn Ati & nayyum td..trus lupa...masuk bilik trus .memang tido mati...Ati pon lepas si Nayyum balik dia pon tido mati gak..

Pagi tu bangun dapat notification message dari Celcom tgk ada melambak2 miscalled dari diorg...siap tulis note nih kat depan pintu umah aku!!!!! Rupa-rupanya diorang datang cari aku since aku tak muncul2  sedangkan aku dah maklumkan yg aku dah sampai kat parking The Gardens..Bahyah trus call bila aku sms diorg bertiga kata aku ok jek...bingit jap tinge aku kene basuh dengan si Bahyah...dia cerita la yang diorg cari aku kat seluruh parking The Gardens tu...Tokwan berlari-lari checked kat P1 & P2..bayang kete aku tak juga ada..dek tak sedapkan hati (sedangkan aku sedap membute.. ;p  ) diorg datang jenguk kat umah aku..try called Ati  tak dapat...aku pon apatah lagi...diorg duk panggil2 Ati...memang xdengar lah kannn....dah putus harap diorg balik umah...

Aku minta maaf kat korang bertiga buat korang risau...salah aku coz tak maklumkan korang...korang paham lah kan aku camner...pelupa yang amat larrrr nieee...hehehhehe...kene bebel dengan Bahyah, Edna..seb baek Tokwan tengah membuta time aku kol dia say sorry..kuiukuikui..kalu tak kompem gak kene bebel dengan pakcik sorg tuh!!!

Aku balik kampung...rindu dengan mak aku..then bawak mak balik ke KL semula....then balik Putrajaya,...bebudak nih tido umah aku..saja melepak..hehehehehhe...seb baek lah tak kene bebel...aku cepat2 masak mee hoon goreng Singapore coz nak alihkan perhatian diorg dari membebel kan hal semalam..bijak tak???? hahahha hasilnya menjadi..diorg makan sambil tgk citer sedih kt TV3..aku plak melepas nak tengok Surrogates...Hampeh!!

Apa pon ada hikmah yang berlaku..dalam keada macam tu aku sedar akan sesuatu..diorang bertiga sememang KAWAN yang benar-benar hampir memenuhi ERTI KAWAN...tahu mengambil berat terhadap kawan-kawan..susah senang sentiasa ada..sama-sama bergelak dan menhadapi saat yang tak best...JUJURnya aku memang tak sangka sampai ke rumah aku diorg cari aku..nak tengok kelibat aku sama ada aku selamat ke tak..Terima kasih ya Allah kerna engkau menghadiahkan aku mereka BERTIGA dalam beratus-ratus talian persahabatan yang telah wujud sepanjang kehidupan aku disamping EMI, ATI dan MIERA..menghargai kawan seadanya...walaupon aku cepat marah tapi diorang tidak pernah mengambil hati sebaliknya berkata lembut dengan aku dan menasihati aku secara baik..dan itulah sahabat yang aku perlukan..TERIMA KASIH EMI, ATI, EDNA, MOON, MIERA & TOKWAN.. (gila ayat aku nih skema..tapi ini dari hati aku..ada aku peduli???)

Iftar with Warisan (UiTM Segamat) & Jln TAR.

Assalamualaikum,

Junior-junior kt wing Warisan UiTM Segamat ajak berbuka sesama..diorg arrangekan utk mengajak semua senior dan junior yg masih ada kontek..depa dpt no hp aku dr facebook aku..layan la..bufet kt Hotel De Palma..
aku nih bukan jenis makan bufet sgt dah..rasa bosan kot coz zaman keje kt bank dulu rajin makan/ berbuka kt luar...so tahu ler bertapa membazirnya..bayor mahal tp sebenarnya makan sket je pon..huhuuhuh..tapi memandangkan ini kali pertama berkumpul dgn diorg aku layan lah...jujurnya makanan kat Hotel De Palma mmg terbaek dr ladang..complete..rasa sume cukup..no wonder ramai giler kot org..masakan kampung medominasi..serius best..bertambah2 jugak ler makan aku....terutamanya daging kambing..wakakakkaka.

Malam tu dalam jam 10.30pm aku pi jemput tokwan n edna..si tokwan ni sebuk bebenor dia nk membeli belah..time kitorg bershopping aritu kt Jalan TAR n Midvalley takde plak dia nk ikot sama sebuk membeli belah..cheh..mumoon xikot pasal mak dia ajak pi Bangi ke apa ntah...so temankan lah si Tokwan nih membeli belah...aiyooo kalah pompuan..hahhaha..hujan renyai dgn padatnya org pon dia xkesah..dia redah baekk punya..lepas..mkn lepak kat NZ..tokwan belanja minum..hahah gelas ade gak la 10 gelas..makan megi goreng, capati dgn ayam tandoori..hahahha melantak gila babas punya..huuhuu

Alhamdulillah..tahun ini aku yg bayar zakat fitrah..aku bayarkan untuk mak, kedua abg dan diri aku sendri..sesekali bayar zakat apa lah salah nya...dah keje kot.hahhaha pehni nk start bayar zakat harta & pendapatan..itu lebih baik dr aku bayar income tax..hehehheh


Blogger Templates by Blog Forum