jgn jatuh riak dgn terlalu menunjuk2..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

 Salam Rejab semua.. 
Lately agak bz..tanggung keje boss skejap pasal boss pegi kursus 3 minggu..hadoi..
boss sila la balik cepat..sya x larat nk pi meeting hari2 kat luar..siyes memenatkan 
SILA CEPAT BALIK..saya plak nk cuti n kursus..
Aritu dgr majlis ilmu..topiknya menarik..tp aku dah separuh jalan la..
aku tertarik pada sesuatu sampaian ilmunya..
bila jatuh riak..hanya balasan dunia pujian..
Beliau menyatakan:
" sentiasalah membasahi lidah dengan zikrullah dan kata2 yg baik kerna ia merupakan amalan yg baik, namun sering kali kita terlupa akan wasadtiahnya..yakni mengungkap zikrullah dan kata2 seperti alhamdulillah, bismillah, Allahuakhbar, subhanallah, itu dgn bersederhana, cukup untuk kedengaran halwa sendiri kerna keikhlasan dan ungkapan itu benar2 diungkapkan atas dasar hubungan kita dengan Allah..dalam hati hanya kerana Allah"

Beliau jelaskan lg..kini.. org zmn skrg cakap kuat..sebolehnya nak semua org dengar..mungkin dia x bermaksud begitu..mungkin benar dimaksudkan ikhlasnya ungkapan demi Allah..namun, dalam tidak sedar ia jatuh riak dan seolah cuba membuktikan bahawa " ye saya org yg dah berubah menjadi alim.." nauzubillahhi minzalik..

" wajib kita menyahut azan dan solat berjemaah di masjid atau surau..pahalanya 27 kali ganda..namun seringkali kita lupa akan wasadtiahnya..lebih molek andai kita tidak perlu memberitahu/ memaklumkan dengan kepada kekasih hati kita, kepada kawan kita atau kepada sesapa bahawasanya kita nak ke masjid/ surau..seolahnya kita nak bagitau kepada mereka " eh aku solat kat surau"...niat kita baik..tapi boleh jatuh riak kalu terdetik/ sekelumit ada rasa hati "biar kawan/kekasih/rakan tau aku ke masjid..nak tunjukkan yang kita ni baik/ berubah baik.."

"berhiaslah kamu wahai isteri untuk suamimu..pahalanya kan berganda" tapi sering kali kita lupa kita mahu tunjukkan kepada orang disekeliling bahawa akulah yang paling segak bergaya/ cantik berseri.."aku pakai baju baru harini..biar org puji"..maka jatuhlah riaknya..


Ayat kat atas tu setakat yang aku rekod dalam hp..tetiba terdetik hati nak rekod..hanya doa ku..semoga apa jua amalan ku tidak jatuh riak..semoga benar2 ikhlas..semoga diterima Allah SWT..dan bukan menunjuk2 atau cuba membuktikan yang aku budak baik.. insyaALLAH.

fikirkan dulu..walau sekilas

Assalamualaikum..

pergh giler lama x post anything..jiwa kaco bhaii..xpa la bkn ada reader..

walawehh..baru punya layout gua x reti bhaii..sgt la pelik..xpa gua nk buat post pendek ja..

haaa..gua dah tua..29 tahun..bakal nak masuk sweet 30..(suhweet la sgt ko..dush!!)
gua masih mcm dulu tp mungkin ada lainnya..tp as gua punya watermark what will be will be..and I still I am..

Gua ada nasihat la (utk diri gua jugak - ayat cliche!

"JANGAN BERKAWAN KALU TAK MAMPU MEMBALAS KEBAIKAN DAN KEJUJURAN KAWAN SELAYAKNYA..
KERANA TINDAKAN ITU HANYA MEMBUNUH KEPERCAYAAN KAWAN ANDA TERHADAP ERTI PERSAHABATAN"

SEBAIK MANA HUBUNGAN ANDA DENGAN ALLAH (ITU ADALAH YG DITUNTUT) HARUS DI INGAT, HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA TURUT DINILAI ALLAH..

JANGAN BERSELINDUNG DISEBALIK SEGALA - BAIK KELUHURAN BUDI DAN KELEMBUTAN TINDAK BICARA; SEBALIKNYA ANDA LAH YANG BERPERANGAI MUNAFIK..JANGAN KATA KEREDHAAN ALLAH SAHAJA YANG PENTING..TAPI TINDAK TANDUK ANDA TIDAK MENAMPAKKANNYA..


Gua ada misi hujung bulan 6 ini..gua kene study lebih..gua nak buktikan kepada 2-3 orang KPSU yang memandang remeh diri gua..seolah tidak layak ambil course tu..bro..gua tau lu org gred besar n dah lama..sume benda hujung jari lu org..tp nama gua naik atas suggestion KPSU gua sendri and Dato gua (merangkap boss lu orang juga)..lu org x brani cakap/ protes dpn KPSU/ Dato gua..lu minta org admin sampaikan pada Dato..lu org mmg kecut..cukup2 hasad dengki bro..Allah bagi lu org segalanya kecerdikan dan kepandaian dalam ilmu cukai ni bukan untuk lu orang menunjuk2 apatah lagi utk lu orang pijak orang lain..tapi utk lu orang berkongsi supaya kecerdikan lu orang tu dinikmati oleh semua orang dan secara x langsung dapat membuahkan cadangan yg baik yang mana membawa kepada kebaikan rakyat seluruhnya ---bukan kah itu lebih afdal ilmu ko bro??? bertapa besar pahala lu org leh dapat..

lu org komplen gua x cukup ilmu lg n not senior..bro...psl gua x cukup ilmu la gua stuju amik course tu atas cadangan Dato n KPSU..lu org dah merata dunia pi belajar..lu orang nak dengki apa lagi..kalu ikut lu orang punya criteria 2 kat atas tu x cukup ilmu & seniority - meh gua tanya 1 soalan " sampai bila?? orang sama yg dapat ilmu..org yg kata junior sampai sudah xkan cukup ilmu..then lagi 1 kalu lu org duk nak hantar senior je..ok lah..pehtu senior xleh buat keje..atau makan gaji bute - BERBALOI KE???

Adoihaiii...dulu gua hadapi isu sama bila nak amik CCP kat bank dulu...itu isu perkauman..ni sesama melayu pon nak berdengki..gua rasa sume sama je bangang! sampai sudah bangsa ko kene takik ko tau kalu buat pangai gini..

Dugaan

Assalamualaikum..

Entah mengapa tahun 2012 benar2 mencabar segala ketahanan diri ini..tanggal 28 Mac 2012 jam 1 lebih pg mak aku pengsan dan dimasukkan ke hospital tampin..aku yg lena tido dibuai mimpi mengelupur bangun bla dapat tau mak aku xsedar diri..time tu jam 2 pg lebih xtau nak buat menda..badan lemah longlai..kepala berpinau sebab bangun mrngejut..darah tinggi aku pon dapat aku rasakan mulai meningkat..aku cuba bertenang..since ubat aku tinggal kat opis..

Sejam lps tu dalam jam 3.35pagi aku nekad balik kg..nak trus ke hospital mmg xleh so aku balik umah..hati resah xkeruan..selagi x tgk mak aku..langsung x tdo dr dpt kol sampai la sepanjang hari khamis tu..aku selamba masuk wad..luruh jantung rasa melihat badan mak aku atas katil tu...xtau nak cakap apa just terasa sgt kosong..setengah hari menemani mak aku kat wad..sayu sangat hati..tp alhamdulillah mlm td mak sedar..masih lemah..

Ya Allah bertapa besarnya ujian Mu kepadaku sepanjang awal tahun ini..selisih paham dgn bos..dikhianati kawan yg telah ku anggap bagaikan adik beradik..kini dugaan keluarga pula..Ya Allah andai ini qada dan qadar mu aku terima..yakinku ke ats hikmah disebalik ketetapan Mu Ya Allah

Mencari ketenangan di tengah lautan...

Assalamualaikum..



Syukur aku ke hadrat Allah SWT..kerana dengan kehendakNya aku kembali mempunyai kecekalan,..ketabahan untuk menempuh hari-hari aku yang memang menyakitkan sepanjang 2 bulan ini..terima kasih ya Allah kerana mendengar rintihan yang telah kutitipkan..syukur aku ke atas kesedihan yang telah Kau berikan yang mana ujian kepada ku..menyedarkan aku ke atas kelalaian dan kekhilafan aku terhadap mu ya Allah dan mengembalikan aku ke jalanMu..semoga ketenangan yang ku idamkan kan ku beroleh di kemudian hari dan aku yakin dengan Qada' dan Qadar Mu ya Allah..

Sejujurnya 2 bulan ini amat2 menghiris rasa hatiku..menyentak segala kemarahan ku..menjadikan aku seorang yang bukan diriku akibat amarah yg membuak..aku jadi tidak amanah ke atas diri ku sendiri..betapa sakitnya rasa hanya Allah sahaja yang tahu..sampai aku sanggup bersumpah dengan Al-Quran untuk melepaskan dia..suatu yang amat berat dilakukan..keputusan yang cukup besar..seseorang yang telah ku anggap sebagai ahli keluarga...aku masih ingat setiap baik kata sumpah ku.."Dengan nama Allah dan Al-Quran (saat ini aku memegang Al-Quran)..aku melepaskan persahabatan ku dengan KF.." betapa aku kecewa tika dan saat itu..saat sumpah itu dibuat adalah selesai aku membaca Al-Quran selepas solat Maghrib hari Jumaat kat opis..sehari sebelum itu memang aku gaduh besar..sampaikan aku hampir pitam kerana darah tinggi aku benar2 mencanak tinggi naiknya..sampai Kak Zira n Kak Nadia balik lambat takut jadi apa2 kat aku since muka aku pucat semacam..Putri pun datang..riso kot-kot aku tumbang..memandangkan dah seminggu aku xleh tdo pasal perselisihan ini.

Selepas hari itu, segalanya berubah..setiap hari aku kosong..untuk menghadapi setiap detik waktu di opis dirasakan bagaikan pisau yg menghiris setiap kulit aku..aku nekad meng"invisiblekan" apa saja dihadapanku kat opis tu..kelu lidahku..setiap masa aku akan balik awal..setiap hari air mata menitis menahan kesabaran dan rasa dikhianati..aku tahu dia pon rasa terseksa dengan keadaan itu..segala perkara dan aktiviti yg selama ini kami lakukan bersama menjadi duri dalam dagingku..pernah sampai Broga..namun segalanya terpancar..trus saja aku pulang tanpa pikir apa2..badminton apatah lagi..trus saja aku tinggalkan..aku kerap jogging malam..mengisi setiap rasa sedihku dengan memenatkan diri..Add dr mida banyak membantuku dan menemankanku..Puan Mahfuzah dan En Amin..banyak menasihatiku..tapi aku x mahu dengar..mereka benar2 paham rasa hatiku..dan memberi masa kepada ku..

Aku tahu..dikala saat itu..dia takkan pikir apa pun kerana dah ada penggantinya..so kalau hilang aku pon xkan rasa apa2..so..apalah sangat aku ni..disaat aku tenggelam dalam kegundahan rasa hati yang berkecamuk..saat aku blank dan kabur dengan pelbagai rasa..Allah itu sememangnya Maha Pengasih kepada hambaNya..aku jogging senja tu...lalu tepi Masjid Besi. berkumandang seseorg tengah mengaji mengalunkan ayat suci Al-Quran..sementara menanti azan Maghrib..saat tu aku rasa hiba dan syahdu...terdiam aku memerhatikan ke arah Masjid...Ya Allah, bertapa aku lalai dan alpa..bertapa aku jauh dari kitabMu..menitis air mata tanpa aku sedari..mulai saat itu..stiap kali aku mulai sedih dan hiba..aku cuba mengisikan nya dengan membaca al-Quran..sedikit sebanyak rasa hati yang gundah akan berkurangan..

Lama-kelamaan aku jadi makin tidak kesah dengan keadaan sekeliling..terpulanglah hak masing-masing..aku meneruskan kehidupan ku..dan usahaku untuk memperbaiki diriku..lantak la apa org nak kata...lalu fatie offer kat aku sama ada nak ke Mabul ke tak..trus sahaja aku bersetuju...aku x pikir nak dive ke..snorkeling ke hapa..hanya aku perlukan ruang masa untuk aku sendri..hasilnya 22-26 Mac 2012 aku ke Mabul..

Saat ini kosong..bertemankan kerusi malas memerhatikan permandangan lautan yang terbuka luas dan keindahan matahari terbenam..malam pula menikmati taburan bintang yang seakan menari-nari diawangan..subhanAllah cukup mendamaikan..dalam kedamaian itu aku mencuri masa memikirkan permasalahan aku dgn dia..dalam hal ni telah ku putuskan sumpahku..dan bukan penting mencari siapa kebenarannya..siapa betul atau salah..aku yakin dengan keputusan ku..

Rezeki aku juga, saat aku bercuti di mabul..seorang ustaz yang terkenal dalam TV9  dalam rancangan usrah turut bercuti bersama keluarga dan anak muridnya 3 orang..hari kedua dia mula menegur aku.."dah lama perhatikan riak muka..ada masalah ka?" x tahu kenapa aku terbuka hati untuk bercerita dengan dia..tu yg kene "muka garang tapi hati puding"..cisss.. atas beberapa nasihat dia..aku cuba memperbaiki diri aku..insyaALLAH...

Raya Haji..2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة


Raya Haji tahun nih kami sekeluarga sambut sederhana je memandangkan kami tahu yang tak ramai sanak saudara akan balik sebab kami tak buat korban & akikah pada tahun ini. Pun begitu, juadah lazim bagi keluarga kami sentiasa dibuat...juadah2 lazimnya rendang daging, lemang, ketupat, sup tulang dan paling utama penganan a.k.a dodol...

Nak jadikan criter, raya jatuh hari Ahad tp aku balik hari Sabtu pagi2 jam 9 tu..psl hari Jumaat tu aku kerja sampai 11 mlm..guard pun tanya aku x balik kg ke hapa...cheh!!! giler x balik??? relaxs arr kg sekangkang kera jek... pagi2 Sabtu tu dengan hanya berselipar jepun t-shirt & track suit aku balik kg...huhuhu, aku tengok jalan clear nak mampus...eh bior betul?? tp bagus la tidak ler aku meraban kelewatan..

Sabtu adalah hari mantai bagi org di N9, so memang banyak lah para lembu, kerbau dan kambing "dibantai" / dikorbankan, selain tu para penjual lemang pun turut menjual lemang di sepanjang jalan Tampin Seremban..kat daerah Rembau memang xpayah cakap la..sepanjang2 jalan org jual daging ada..aku sempat bhenti beli tulang tunjang dan rusuk kerbau..total 10kg..rege??? RM45 hengget!!! Murah giler!! 10x aku tnya pakcik tu mengiyakan..then aku beli buloh yg dah siap dipotong untuk buat lemang...tak sanggup dah nak ke belakang umah tu pegi menebang buloh..kisahnya tahun lepas aku tersungkur dalam sungai..jatuh betul2 kat pantai sungai yg airnya cetek giler!! dan nasib baik parang aku lepaskan dulu..kalu x..cedera la kalu parang tu tertetak diri sendiri...akibat jatuh tu sudahnya back pain 3 bulan..langsung xleh main badminton..even duduk lama2 pon jd sakit..jln pun saket!!

Sampai2 trus basuh tulang dan buloh...barang sume dah disiapkan dek kakak dan abang2 aku...diorang dah aku kol siap2 apa brg2 yang aku nak..heheheh..mmg dari dulu aku dah diajar dek uwan dan mak aku untuk masak lauk2 tradisi ni..

So start la segala2nya hanya di bangsal umah aku..bangsal tu sememangnya untuk tempat masak..saje berbumbung pasal untuk berlindung hujan ke panas ke hapa..

Sini aku kongsi sket la how aku masak all the menu mentioned above::

Rendang:

Daging kerbau (anything la mana berkenan)
lada kering (giling/kisar halus)
santan - (pior punya bkn dah tambah air ye???)
cili padi - tumbuk halus
Rempah rendang & kunyit
kayu manis/ jintan/ bunga lawang/ cengkih
kerisik
bawang kecik/ putih/ halia / serai - potong kecil

1. ko goreng je rempah2 tu separa garing..then ko masukkan bawang/halia/putih dah potong tu..

2. then ko masukkan cili dan lada kering separuh..then trus masukkan daging...kacau sebati..then ko masukkan lg separuh  lada/ cili tu..

3.  bila rasa dah sebati..ko taruk rempah rendang...gaul dan tunggu sampai naik minyak sket..trus ko masukkan santan kelapa yg pekat tu..

4. letak ler garam secukup rasanya...dan masukkan serai..masak sampai kekeringan/ gelap2 sket tu.. then kerisik..huhuhu

RAHSIA rendang nak SEDAP..Santan jgn kedekut & guna santan pekat..bkn sntan kotak...

Daging Salai:

Daging kerbau - potong lebar2 jgn terlalu nipis..
Santan - pekat
kunyit hidup & serbuk - tumbuk halus
cili api (hijau) - tumbuk halus
garam
pisang muda/ belimbing buluh/ mangga muda


1. ko kene salai la dulu kan daging tu..kot x bukan daging salai laa..then potong2 la mcm buat rendang tu
2. trus masukkan dalam periuk/ kuali/ kawah..then taruk sume rencah kat atas tu kecuali mangga/pisang/belimbing dan santan..

3. kacau sampai daging sebati dengan sume rendah tu..agak2 kering sket trus masuk santan..dan letak ske serbuk kunyit..kot perlu la..(kalu ko nak gulai ko kuning sket la)

4. bila dah menggelegak tu..baru masukkan mangga muda dan sebagainya.

RAHSIAnya...tiada bawang yer..pior CILI..

Penganan/ dodol:

Santan
gula enau
gula merah
gula pasir
tepung pulut dan beras pulut yang dah digoreng dan ditumbuk halus


1. ko curah je santan kat dalam kuali then letak gula enau tu..kacau sampai gula jd cair..

Gula Enau & Santan




2. dah tu letak sket gula pasir..jgn banyak..keras kang penganan kosejuk nanti..

3. kacau sampai jadi pekat dan likat sket..then masukkan beras pulut & tepung pulut yang dah dicairkan..

4. kacaulah sampai pekat sepekat2 nya...maka siaplahhh..huhhu

Rahsianya jangan kedekut SANTAN...letak je banyak..lebih berlemak lg sedap ko punya penganan..

so..itu lah kerja dan tanggungjawab aku..ka kampung kalu kenduri kendara..nak tak nak memang aku jadi org pangkalnya..assistant chef..hahha pasalnya dari dulu menolong2 makcik2 nih masak so dapatlah ilmunya...resepi rahsianya dan apa2 yang patutnya lahh..hahha itu lah..jgn kedekut kudrat masa kechik2..tolong2 org kat dapur time kenduri kendara...jgn duk makan je tahu nyer...

Lawatan Kerja & Mesyuarat di Penang..then merayap ke Jitra

Assalamualaikum..

Lepas belanjawan 2012..kerja masih sama..kerja2 hakiki yg aku pendingkan sepanjang 3 bulan tempoh belanjawan buat dada aku sesak..masih x bercuti dan tahap ketepuan fikiran amatlah ketara....

Then MIDA bercadang buat lawatan kerja dan mesyuarat di Penang, asal idea dari boss aku pasal x puas hati kenapa kompeni keep asking for incentive even though been here almost 20 years!! Tapi sudahnya boss aku x dapat ikut pasal kene gantikan Dato' aku..iyelah boss aku pn khodi tu rank no.2 kot dlm Div aku...lawatan kerja tu 3 hari..dari 17/10-19/10...so yang pergi aku, afnan & pino dan timb. aku..kami driving ke Penang..pagi tu aku ada meeting chaired by PM kt Parlimen..Dato' minta escort dia riso kot2 ada perkara berbangkit dan sediakan keputusan bagi permohonan galakan cukai oleh beberapa syarikat..so end up kami bertiga gerak ke Penang jam 3 petang dr opis..actually jam 1ptg tp Afnan pi servis kete dia dulu..sementara tunggu kete Afnan, aku & Pino duk berborak..Pino tetiba la kan sgt gentlemen amikkan air milo dan makanan utk aku..pehal la adik aku sorg nih..sempat jugak la aku perli dia..mcm2 gosip opis dan perkara yg aku borak dgn dia..afnan duk borak dgn salesman kete dia dulu..setle sume kami pegi makan kt Jalan Belammy belakang Istana Negara..melantak ikan bakar..hahhaha

Masuk highway memang mcm2 hal la..kami non-stop smpai la tol bukit gantang kot..ke mana ntah..atas sket dari Sg.Peraknyer R&R..sepanjang jalan kami berkaraoke..ade kesah...bosan kot...si Pino mmg teruk la kene debik dgn aku..cubit apatah lagi..aku rasa lebam2 gak arr kene cubit..dahhhh mulot longkang bebebor..longkang pun x camtuh!!! aissshhhh..aku ckp ler dgn dia yg dgn aku boleh lg la dia nk memain2 berat/kegemukan aku nih...kot org lain..maunya kene bantai & gaduh besar..aku pikir dia tu dah aku anggap adik aku je...samalah dgn si afnan..so layan je ler org yg berpangkat adik kan?? dengan kejengkelan peel2 masing2... 

Sampai Penang..meragau plak kami cari hotel penginapan yg ditetapkan..kami stay kat hotel g Hotel sebelah Gurney Plaza jek pon..choiii punya la pusing2..sampai2 pihak urusetia dah check-in kan kitorg..just amik card bilik jek..afnan & pino kongsi bilik..aku lak sorg2..perghh masuk2 bilik...mmg kerlass la..g Hotel dah sememangnya 4 star..utk delegasi kami mereka upgrade lagi room kami..rege yang RM 390++ semalam..punya la besau..5 org pon bleh duduk camnih!!!  Kami turun & terserempak dengan Tan Sri Suleiman..dia ajak dinner sekali..so malam tu Dinner kami di sponsor dek Tan Sri..sempat jugak diupdate pasal 2nd Penang Brigde yg dijangka siap 2013..

Selesa..hahaha
Pagi 18.10 tu kami bersiap2 untuk lawatan kerja..1st kilang is Motorola..then lunch kat Thai Cruisine..selepas tu gerak ke Kulim High Tech Park, untuk lawat First Solar...malam dinner plak kat  area mana ntah..memang sepanjang hari mkn seafood..sampai aku muak...selepas dinner tu balik hotel..aku, afnan n pino cadang nak kuar round Penang..saje la kan...kitorg mandi dulu coz seharian kot berjalan..then kami kuar dan trus ke Hard Rock Cafe..Pino duk cari baju John Lennon dia..smbil tu layan live band arr..huhuhuhu...kami meround la 1 pulau..biasa je la..xmacam KL, tp makanan mmg melambak..nak try makanan tp dah kenyang bebenar...so end up mkn roti canai & goreng2 tepung nih la..lite2 jek...tepat jam 2 pg kami balik ke hotel...




 Awal2 pagi dah siap untuk bergerak ke Pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri Pulau Pinang untuk mesyuarat..setle mesyuarat kami ada lagi lawatan ke kilang membuat IC tester dan makan2 di Penang Skill & Development Centre...diorg punya lunch mmg terbaek la wa ckp lu...selesai lunch aku bg idea utk balik awal..pasal nk elak jammed kt Jambatan..walhal ada lg lawatan..kami bertiga dapat perlepasan dari kak long..so gerak dlm jam 3 ptg..trus ke kampung Afnan kat Jitra, Kedah..hahhahah buat nakal jap..jumpa mak bapak afnan..kami tumpang mandi dan solat..mak afnan bawak aku & pino round rumah lama dia..tu dia koleksi jam x hengat dunia banyaknya..huhuhu..aku tny la mak afnan "makcik..pino nih dah gemukkan? banding masa dia jadi pengapit dulu?" mak afnan terbaek arr jawab " aah..besaq sket naa..dr dulu" muka Pino mmg giler obvious sentap...awakakkaka tu la kata akak ko nih gemuk lg..hahhahahahha

Tengah meeting..
still remember time ni aku betah kata sorang pengarah MIDA..huhuh

Dalam jam 8 mlm kami bertolak ke KL..dan aku sebagai pemumpang a.k.a balancing kete (bak kata pino) dengan penuh jayanya membute...ahahahhah..Pino pon sama je laaaa...Afnan jugak jd supir terbaek dr ladang..kesian adik aku sorang ni...hahahha

Lepas ni yang Johor aku xpergi kot..asek muka aku jek..aritu Pahang pun aku & Afnan gak..tp kalu compare g Hotel dgn The Zenith Hotel kt Kuantan..aku prefer Zenith..hahahha mkanannya lagi mewah...huhuhuhu..

silap besar la beb..

Assalamualaikum...



Senang citer ckp direct je nih...silap besar la kalu ko pikir aku nak berbaik2 dgn ko psl ko tgk aku buat haluan aku sendri tanpa nak kuar rapat2 dgn sapa kan?? ko pk aku senang2 nak jilat semula ludah aku?? owh tidak beb... aku penah mentioned sebelum nih yang aku nk kembali dgn perangai aku masa aku keje bank dulu..yess igt lg entry ni : http://akubukanbudakblues.blogspot.com/2011/09/rasa-hati.html..para last sekali..

Memang aku dah malas nk ada geng2 rapat nih..buat pening pale aku jek..so aku kembali kepada life aku yg "layankan aje - ko dgn dunia ko..aku dgn dunia aku"

So jgn pikir aku nk kembali rapat..aku menegur kembali hanya kerana nasihat org yg aku hormat sebagai kakak juga..so sendrik igt la kann...dan kerana aku malas nk menjawap pertanyaan org dikeliling..tu je..

Blogger Templates by Blog Forum