Assalamualaikum,

Huhuhu salam kemerdekaan dan salam 1 Malaysia...perghhh sangat la nampak ek kerja gomen eh?? hahahah..apa pun aku tetap sayang Malaysia, negara tumpah darahku....
Tahun 2011 ni adalah tahun ke-3 aku terlibat secara langsung bagi bajet..setahun iaitu masa aku duk kat Operasi dan 2 tahun lg semasa aku dalam Dasar ini..Dalam 3 tahun pengalaman buat bajet ni memang normal la kita balik tengah-tengah malam..11-12 tghmalam adalah perkara biasa.. pernah jua balik 3-4 pagi..itu time Datuk Aziyah la..hahaha now Dato' baru..lebih keibuan..dia paham kalu sapa ada anak kecik dia akan release awal..(namun disebalik itu, ada jugak la amik kesempatan kannn..xper later aku citer)

Nak jadi kan citer..Khamis (15 September 2011) adalah hari yang bukan la hari yang mengujakan.. dalam keterujaan cuti 3 hari yang akan dinikmati (memandangkan hari Malaysia 16 Sept keesokkannya) bukan lah untuk kami.. hari Jumaat tu Dato' kami akan buat presentation 1st round dgn PM.. so kami kene persiapkan segala-galanya untuk presentation itu.

Aku meeting kat MIDA pagi Khamis tu..aku rasa xbest nk ke mesyuarat tu x macam selalu..aku dapat rasakan aku akan dapat panggilan 'keramat' dan memang benarlah rasa hati aku bila telefon aku berdering jam 10 pagi masa tgh2 mesyuarat.. yaaa dato' aku kol minta siapkan maklum balas mesyuarat EC.. dan beberapa paper urgent lain.. aku dah agak bila aku dapat called dari dato' rais dan dato' zakaria tanya progress/ status prmohonan diorg masing-masing. So aku dah agak diorg akan tanya jugak pada big boss aku tu..aku minta izin dengan timbalan dan kpsu aku..dan juga tan sri pengerusi untuk beredar meninggalkan mesyuarat..sume pengarah dan pegawai mida pandang aku sengeh2...aku sengeh balik la...bertalu2 sms masuk dari mereka yang ada no aku.." aik??? balik dah org kuat cukai ni?" " kerlass ko derrr..balik lepas meeting xsampai sejam" " hal bajet ke derr??" antara sms yg masuk..aku hanya jawap.."pencacai derrrr...harus balik!" mana yg level pengarah tu aku reply elok je ler..aku jawab " hal mesyuarat EC tuan/puan" hahahah
on the way ke mida..jerebu kt mex..
aku blasah 160km/h since sekretariat kol kata meeting dipercepatkan
Sampai letak beg terus bikin kerja..sedangkan tengahari tu ada Majlis Hari Raya MOF..ade aku kesah since dato' aku nak b4 jam 3pm, iaitu b4 dia ke mesuarat kt KL..dan setelah itu bermula la aku buat kerja2 bajet..kehulu hilir jugak lah...kol bnm, mida; miti..smecorp sume bagai..kami dah jangka yg kami xkan dapat pulang awal..kerja esok adalah harinya..

Malam tu dato' kami turun dari tingkat 10 dan start semak 1 persatu kerja dan presentation kami...sebarang perbincangan dan pindaan dibuat ketika itu jugak..timblan aku dok bincang kes urgent g2..itu je amik masa 2 jam..huh..menyampah dgn kes yg direct dgn PM..

jam 3.30 pagi..muka masing2 dah xde prasaan
Boss aku jadi ketua sekretariat untuk bajet kali ni..dibawah dia ada lebih kurang 7 anak buah untuk tolong dia..tapi jujurnya sume anak buah dia pun aku xpaham lah..ada yg majuk/sentap dgn boss aku..ada yang mmg malas nk buat dan ada yang pikir" haa tu bukan kerja aku..tp kerja org itu/ini" derrr smpai bila pon xkan siap derr..kebetulan wifey boss aku xsehat..boss aku kena temankan dia ke klinik dan terus balik..so memang xde sorang pun sekretariat..aku yang tengah menahan marah time tu (ada hal sket dgn org luar) trus je amik inisiatif untuk take over.. memang kelam kabut la sekretariat punya folder..kami blur mana 1 yg terkini dan sebagai nya..aku dah geram..aku susun atur balik...afnan & kak k tolong aku kemas kinikan semua..ye unit G..unit yang selama nih org dasar pikir kami jenis huha huha; sempoi & x serius nih lah...yang take over segala-galanya.. kami tak tidor langsung..sehingga la pada jam 4 pagi..time tu masuk unit CL/CTL..aku terus gegor kan team/pegawai level aku tuh bangun tgk kan kerja masing2..lemak la kan kalu itu pun team G aku nk tengokkan..then afnan start berdengkur kat bilikoperasi..penat doll...aku n kak k balik ke bilik bentang carpet; trus berselibung dalam comforter..bantal sume siap..paham sgt dah kalu time2 bajet nih..xleh diduga..

Afnan & En. Amin dah selamat tdo..
serius kesian..
Rasa xsampai setengah jam aku tido, pintu bilik aku diketuk..aku xlayan then telefon aku berbunyik..dato' kol suh masuk bilik operasi untuk setlekan segala...aku dgn penuh kemamaian dan sakit pale coz bangun terkejut..trus ke bilik operasi..then aku start la buat semua..6.30 aku kejutkan kak k untuk solat subuh..gitu jugak afnan dan lain2..since aku xleh solat time tu..aku print kan semua ikut Fasa presentation..then selesai diorg solat aku minta diorg buat fotostat untuk Pm, MKII dan Tan sri KSp dan 2-3 untuk menteri lain.. selebihya aku minta arrangekan folder untuk dimasukkan semua maklumat tambahan sume.. then other team aku suh checkkan peralatan logistik untuk presentation, slide, monitor dan sebagainya..then dato' buat last cecking..sampai slide levi, dato' bengang " ni lama punya? kan saya dah suh pinda aritu?" perghh aku terkejut..tuan punya slide xde..sebarang apa softcopy tak ditinggalkan dalam PC Sekretariat..dato' kol pegawai yang jaga x berangkat..muka dato' cam bengang gak la...3-4 kali jugak la kol..kitorg malas nk layan dah..kami jawab je " terpulang pada pegawai berwajib la dato', kami xtau apa2 hal nih..sume rahsia sedangkan mmg initipati bajet nih pun rahsia..at least tinggalkan la..so kalu dato' nak pinda ke apa2 bukan hal kami..lain2 pegawai yang ada measure sume tinggalkan softcopy" dato' diam je..

Then jam 7.30pagi aku minta fadli (driver dato') belikan breakfast kitorg..sambil relaxs2 tu kami bukan TV (siap Astro derr- tp basic je ler!! ;p) tengok lah persediaan perbarisan hari Malaysia..punyanya sayu..org bercuti kami berkhidmat untuk negara..aku kol dr. fauzi since dia terbaca post kat wall aku x balik lg tu..dia ckp la..xpe at least tanggungjawab & amanah tu aku dah buat..amanah ke atas gaji yang dimakan setiap bulan.. org xleh nak pertikaikan..tanggungjawab adalah amanah..sejuk jugak lah hati aku bila dengar kata dia..asalkan aku mengadu kt dia pasal sume org sekretariat xda nak buat kerja..

Jam 9.30-10 pagi tu baru kami balik..before balik aku kemaskan meja & kawasan unit G..je!! hahaha sangat dengki...walaupun.. Mr Gunaseelan approched aku.." masyita..thanks a lot for ur big help tonite..u r so hardworking & had done a very good job..I really hope i have officer like u.." dan adalah lagi yang diperkatakan..yang mana tidak wajar aku ceritakan disini pasal ada org opis yg tau blogg aku nih..akan ada plak kata aku riak nanti!! Ya Allah..pertama kali boss unit lain (selain Ms yapp..since dia mmg boss aku dulu kann) appreciate aku camtu sekali...Ya Allah..aku benar2 mengharapkan ia tidak menimbulkan riak pada diriku...aku terkesima jap..betullah kata fauzi..

Kata2 Mr Guna aku jadikan salah satu  penguat semangat aku untuk terus mempertingkatkan ilmu aku untuk menghadapi kerja2 cukai ini..sekiranya dah naseb aku untuk terus berkhidmat di cukai..hadapilah dengan senyuman..

Pagi tu aku, Afnan dan Kak K berpuas hati bila sume setle..walaupun ada isu sket2 dgn unit lain..biasalah kalu penat pertimbangan xkan jadi sewajarnya....kerja itu adalah tanggungjawab, tanggungjawab pula adalah amanah..amanah yang akan juga dihitung didunia dan akhirat jua..alhamdulillah semoga kerja kami semua akan diberkati dan membawa kesejahteraan kepada rakyat jua.. aminn..

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum