Selesai sudah..namun.. (-;-!)

Assalamualaikum..
Jumaat lepas merupakan hari dan tarikh keramat bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan persiapan Bajet 2011. Semua sedia maklum akan pengisian dalam Bajet tersebut..Bajet rakyat katanya..melihat penerimaan rakyat setakat ini alhamdulillah..senang kepada YAB PM membacanya di Dewan Rakyat kat Parlimen tu..tapi untuk melengkapkan senaskah buku itu mengambil masa 2-3 bulan..


2 bulan..2 bulan...tempoh yang aku rasa sangat lah menghimpit jiwa dan raga..mainan kata-kata dan perahan dan kerahan yang menuntut keseluruhan kekuatan dari segenap tubuh..kekentalan jiwa dengan mainan perasaan, kewarasan akal dalam memberikan pertimbangan terhadap sesuatu perkara bukan mudah untuk dilakukan..terutamanya apabila yang dipertimbangkan itu memberi kesan yang bukan calang-calang anak..sedikit kesilapan akan menggugat kesimbangan ekonomi rakyat..29 juta rakyat Malaysia  bukan 29 orang dalam persatuan atau pertubuhan..itu mudah dijaga..tapi jutaan umat payah la baiii..bukan mudah 'memaparkan' sikap luaran yang tampak tenang..sedangkan hati dan perasaan bergelora dihenyak dengan semua perkara yang mana kekadang tu ntah apa-apa dan tekanan kerja.

Haritu dah dengarkan pembentangan bajet negara Bajet 2011..bukan mudah..melihat bagaimana rakan-rakan 'berperang' mencari hasil dan berperang untuk tidak menghabiskan hasil yg ada ke arah yang tak sepatutnya..sebagai negara yang bergantung kepada  hasil cukai, memang saket dan menjadi masalah kerana cukai adalah isu yang sangat sensitip..sangat sensitif..apatah lagi bila dipolitikkan..
Hujung bulan 7 dah start terima proposal dari Kementerian dan agensi yang berkaitan.. 2 bulan mengkaji dan mengadakan mesyuarat bersama bagi mendalami setiap cadangan yang dikemukakan.. tak lena tidur memikirkan setiap satu perkara..mencari maklumat tambahan..nak buat cost benefit analysis bukan mudah jua..hurmmmm tapi benar-benar menguji diri..kerja Bajet tidak boleh menidakkan kerja hakiki...berperang dgn kerja hakiki yang setiap minggu meeting yang perlu dihadiri bukan mudah..2 minggu sebelum Bajet aku pitam pagi.tu..darah tinggi naik..mana tak nya  Bajet Day 15 haribulan, Meeting jawatankuasa Nasional plak 12 haribulan..dah la ada 30 kes plak tu..mesyuarat Majlis Ekonomi yang diperngerusikan oleh YAB PM plak 18 haribulan...rasa tercekik aku..serius membuat kepala aku menggelegak..takpe tabah..tabah masyita...ada hikmahnya suatu hari nanti.

Kelakarnya juga speech  Bajet tu..ada 2 versi..satu BM satu BI..bukan mudah buat ayat speech silap2 kene cantas baik punya..dah siap versi Bahasa Melayu..tiba la plak mentranslate ke Bahasa Inggeris..time nih lah team aku (Team Galakan a.k.a team Gorgon) wat kepala giler2..nak lawak biler macam wording kuar dari mulut memasing..geng2 lain termasuk para bos perli aku cakap ayat madah giler..bila tgk ayat bos aku dan Afnan terus aku bantai cakap "ayat budak SPM" kahakahakha..tu yg kuar macam2 words yang bombastik... barang siapa yang rajin dan memang mengikuti perbentangan bajet pasti perasan akan gaya bahasa bajet kali ini....ayat agak madah jugak kot..gelak dolll...sendrik mau hegat ler sapa yang buat...kuikuikui
Malam Bajet

Malam tu seperti biasa memang tak tido..selepas makan malam dalam area jam 8 mlm..kene berkumpul kat bilik operasi  bahagian pencetakkan di Tingkat 10 sambil menanti ketibaan YAB Perdana Menteri..sementara menunggu tu budak2 cukai cam biasa lah buat keje2 mengarut..hehehhe amek gamba..

    0 comments:

    Blogger Templates by Blog Forum