Mingu-minggu yg panjang bagiku..hehehe

Assalamualaikum....

Menuju ke pengakhiran tahun 2009 ni aku banyak abiskan masa dengan berkaraoke dan tengok wayang. Minggu masuk kerja memang heavy..stay back starting day 2 of report duty, selama seminggu abih hancus planning aku untuk amek cuti selama 2 minggu..so cuti aku yg berbaki 25 hari untuk tahun ini akan ku carry     forward je lah...

Perihal tengok wayang nih aku rasa bulan ni kot yang paling banyak tengok wayangnya, sumenyer bukan diplan ke ape..men redah jer...fun lak dan kebetulan banyak movie yang best-best release bulan nih so layan arr..dengan Edna je tengok Avatar & Avatar 3D berapa kali ntah..dari Pavilion bawak ke The Garden bawak ke Midvalley..hmmm keje giler..

Pada 25/12/2009, Jumaat..rumah aku buat kenduri doa selamat sempena kepulangan akak aku dari menunaikan Haji, aku yang selesai berkursus dan abang aku yang selamat balik dari Indonesia (dia pegi sana time gempa bumi berlaku kt Padang, risau seluruh keluarga). Menu kenduri memang special..mak aku ckp sukahati aku & kak.ngah aku lah nak masak apa..terus mulut aku terpacul daging salai masak lemak dan akak aku pon terus ok..terus call pakcik Hassan utk tempah daging & tulang rusuk kebetulan dia tgh meniaga kat pasar Lubuk China so  abg aku pon gerak arr pi amek. aku kt Putrajaya lg kann..?.akak aku lak prepare apa-apa yang patut..bangun pepagi bute semata-mata nak salai daging..dah lah aku sampai umah jam 2pagi disebabkan meeting sampai jam 8pm, then jam 6pg dah kene bangun salai daging dan prepare bahan-bahan untuk orang kampung masak. Jam 7.30 pg beberapa orang makcik & geng2 mak aku dah sampai (org N9 panggil "org pangkal") diorg tolong masak memasak nih..daging salai aku yg kene masak, yg lain2 macam ayam masak merah, sambal udang petai nasi dan sebagainya diorg yg buat..so aku pon turut sama 'bersalailah'..tapi bersyukur segalanya berjalan dgn lancar.

Pada Sabtunya aku kembali ke Putrajaya, cadangnya nak selesaikan kemas bilik aku yang dah macam kapal tongkang terbalik kat Laut Merah je..tup-tup dapat sms dari Smiqbal bagitau yang dia ada datang Malaysia, so jumpalah dia sekejap di Midvalley bukan selalu pun dapat jumpa dia. Tengah bersiap nak jumpa Smiqh Zaki called ajak keluar cari hadiah perkahwinan membe kitorang Miera so aku cakap dgn dia terus dtg ke Midvalley je..so aku heret jugaklah Zaki jumpa dgn Smiqh tu kejap. Selepas jumpa dia, kami makan di Amarin Heavenly Thai..kemudian jalan-jalan selepas tu kami beransur ke Pavillion, disana kitorg window shopping & also shopping then lepak-lepak kt Starbucks, Edna call ajak keluar cadang nak tengok wayang Sherlock Holmes tapi disebabkan tiket sume sold out Zaki ajak pi karaoke kat Redbox The Garden, aku call Kikey nak ajak sekali tp dia kt kampung ler pulak, Fit lak kata dia cuti 2 minggu balik Kuantan so aku x call lah..aleh-aleh dia kt KL rupanya (sorry nyah..) Jemput Edna kt Ampang Park terus blah ke The Garden..hambek melalak dari jam 7pm sampai 1 pg..sampai xtau dah nak nyanyi lagu apa..memikirkan esoknya aku & Zaki akan bergerak ke Melaka kitorg amekk keputusan utk balik walapon jam kontrak sampai 3pagi..tapi Edna & Zaki kata nk minum2 jap trus pegi ke Pelita KLCC having supper...hehehhehe Zaki belanja kami..Thanks Z.. aku sampai umah jam 4pagi, bersyukur terselamat dari 3 roadblock Polis di MRR2, thanks to my CSI Bukit Aman T-Shirt & emblem kuning...roadtax dah mati..lupa renew..hehehehhe


Esoknya plak kami gerak ke Melaka, aku, Zaki, Emi & pakwe dia Hamdi..datang umah aku sempat lagi main kad UNO dgn Ati..sabau je lah...gerak ke Melaka dengan keadaan hati yang sebenarnya agak keberatan..selesai majlis kami gerak semula ke Melaka dan jalan jammed giler babi aleh-aleh balik Putrajaya ikut jalan dalam..ikot Sepang..sampai Putrajaya kemaskan diri terus kuar cari makanan..aku bawak diorang ke Village View..antara tempat makan paling best sekitar Bandar Baru Bangi..ramai giler orang tp as usual service terbaek dari ladang..Zaki suke ler kot tempat tu since ade kolam ikan yang cantik..cheh..then diorg hantar aku balik ke rumah..sampai umah bukak laptop sambung kerja yang akan dibentangkan keesokkan harinya..nasib badan..rezeki yang Allah bagi..layan je lah....



Berakhirlah sudah..segalanya.

Assalamualaikum,

Segala penantian yang selama ini bertangguhan akhirnya menjadi kenyataan, tanggal 18 Disember 2009 segalanya berakhir, menjadi titik noktah aku dalam arena itu. Diharapkan keputusan & pendirian aku untuk sama sekali tidak terlibat dalam pentadbiran itu merupakan perkara terbaik untuk semua pihak, memberi kelegaan & kepuasan kepada semua orang. Sejujurnya, demi ALLAH aku telah melepaskan segalanya dan aku gembira sangat. Pernah dulu member berkata "kalau Allah nak tunjuk kejap jer chieth"..dan pada firasat aku, aku telah dapat ilham itu, bukan secara lahiriah dan batiniah..tapi perilaku dani perbuatan..bak kata pujangga "Kata-kata tidak membuktikan tindakkan, namun tindakkan akan membuktikan kata-kata"


termaktub sudah!!!hehehhe

Aku tak perlu risau kot, since pengganti aku orang nya berkaliber dan aku yakin dia mampu membawa kelab tersebut ke tahap yang lebih baik, apatah lagi dengan adanya bekas Ajk yang pernah berada dalam pentadbiran lama diserap ke pentadbiran baru. Better refreshment orang kata, idea baru yang meletups bakal menggegar kelab itu nanti.

 Semoga segalanya berjalan lancar bagi jentera pentadbiran baru..begitu juga semuanya..nikmatilahh apa yang kamu inginkan selama ini.. (^;^)v..adiosss

Setakuk ke puncak..

Assalamualaikum..

Today is a 3nrd day in my office, yup after finishing my DPA Course, am back to Ministry of Finance & my beloved Taxation Department.. all of them are happy because we are back again to Cukai..thanks Allah hopefully benarlah pilihan ku ini dengan menolak segala tawaran yang diberikan..dan kembali ke Perbendaharaan. 


Aku kembali ke Bahagian Cukai, tapi bukan di post asalku, sebaliknya di unit yang lain. Dulu aku menjalankan Bhgn Operasi kini aku telah ditempatkan di Bhgn Dasar. Aku agak down jugak asalnya..aku tak berapa kisah ditempatkan dimana pun, cuma aku rasa aku tak cukup pengalaman lagi di Operasi..banyak lagi yang aku rasakan perlu aku ketahui, tapi Dato' masih nakkan aku di unit itu. Ati juga kembali ke Dasar dan menjaga Unjuran Hasil Negara.. Dato' kata Ati sesuai kat situ since she have Master in Statistics..so sesuai ler..Azniza pon tukar tp dia masih dalam lingkungan Operasi cuma tukar unit ke unit Petroleum..dan aku? hmmm layan..
 
 cukai antarabangsa..bhgn yg paling mencabar

Aku ditempatkan di Dasar dan menjaga Cukai Antarabangsa.. yup aku akan banyak bergerak ke luar negara mengikut perjanjian yang dimeterai antara Kerajaan. tertakluk juga..tak semua akan aku ikut.. kesibukkannya mulai terasa. Hari ke-2 je dah dapat file untuk diuruskan..tandatangan persetujuan perjanjian dgn Ireland yang akan ditandatangani jam 3pm nih..dan kajian perjanjian dengan Jerman..warghhh kepala aku masih lagi weng dengan kursus dan x cukup rest lg..tup - tup dpt keje baru..aku layan je lah...



Terkenang peristawa pagi td time aku breakfast dengan bos lama aku, dia membisikkan sesuatu nasihat yang mana memang menusuk hati aku, kepercayaan yang diberi jangan di galang ganti kan dengan kerja yang sambil lewa, kita mungkin tak merasakan impaknya tapi seluruh rakyat dan negara yang akan rasa..kena pandai bezakan bila nak have fun & serius  dlm setiap perkara..dan beberapa nasihat yang benar-benar mendewasakan lagi pemikiran diri..Aku dah berjanji dengan dia dan diri sendiri yang aku takkan taking anything for granted terutamanya berkenaan kerja dan career path aku..THANK YOU BOSS for being my GOOD MENTOR as well as a real good friend in this part or my life.


Segala statement aku di atas mungkin nampak poyo..tp ia adalah peringatan untuk diri aku agar aku x lupa yang aku sudah terikat dengan janji..aku penah cakap dulu, antara apa-apa pun keutamaan aku adalah kerjaya aku dan family, yang lain-lain hanya picisan dari bingkisan kehidupan yang aku rasa tak perlu kot aku layankan..


Bagi aku SEKARANG ADALAH PERMULAAN YANG BARU, tiada lagi nak terlalu hua-hua seperti dulu kerana bagi aku "MENYIMPANG SEINCI, RUGI BERIBU BATU" dan aku telah banyak menghabiskan masa dan tenaga aku, tapi bukan ia tidak membawa apa-apa makna bagi diriku.. ia tetap pengalaman yang memberi pengajaran padaku..


"AKU YANG DAHULU TELAH KEMBALI..."





Criter Malam Pheonix Bangkit..The Phoenicians Part II

Assalamualaikum,..

Sambung smula criter hari tu, hmm yang tu belakang tabir punya cerita..kali ni pula cerita malam persembahan..malam persembahan tersebut dimulakan dengan aktiviti bakar membakar..udah katanya Phoenix Bangkit..temanya api..warna malam tu is merah & emas..layan..tu yang baju mak merah semacam tuh (^;^)..



persembahan tarian Taming..
Sebelum bermula kami team Gamelan akan melayani tetamu VIP dan jemputan khas dgn beberapa alunan muzik Gamelan..30 minit yang agak menyeksakan..jam tepat 8.30 malam, YBhg Tan Sri KSN masuk ke dewan dan diiringi pahlawan 'jadian'..kami memainkan lagu khas menyambut ketibaan beliau. Selepas duduk, pahlawan ini memulakan langkah pembuka malam persembahan ini. Elemen kejutan berupa letupan bunga api diberikan, batch pertama kut guna benda alah tu..Lan budak gendang team gamelan kami terkejut coz bunga api tu betul-betul meletup sebelah dia.



 Rozairi menyanyikan lagu



 Tarian Kipas Cina yg memukau..

Seterusnya untuk 30 minit pertama persembahan dari nyanyian dan live band..pelbagai lagu dinyanyikan oleh para peserta DPA ni..sumer hadirin layan lagu..semua persembahan disusun atur dari permulaan yang sederhana kepada persembahan yang rancak..tiba masuk Tarian Piring yang memukau para tetamu. Senyuman terukir pada wajah para tetamu yang mana Tarian Kipas Cina mula mengatur langkah..lebih menarik lagi apabila Tarian Magnunatip Sarawak mulai menyerikan pentas dengan tarian pahlawan mereka.

Tarian Magunatip

Setelah selesai persembahan oleh Tarian Magunatip, Tarian Kuda Kepang menyusul  dengan muka yang bengis, sesuai tema tarian ler kan. Tarian ni best lagi plak member-member yang best menarikan..harus aku suker menontonnya..


Kuda Kepang in the actions!!
 
 


Zapin Mulai Langkah setelah Kuda Kepang mempamer kehebatan kekudanya, memang asyik memonton tarian diorang..aku tengok tetamu undangan dah semakin laju menepuk peha dan start angguk-angguk kan kepala melayan persembahan yang semakin rancak dan meletupss..hehehe..










Sayang gambar ni x dapat capture aksi Tok Mat mngelusur bwh piramid nih..hmm
Setelah Tarian Menutup langkah tarian dengan jayanya, Randai Bumi Kito masuk dgn tertib menyusun lagu dan langkah. Randai merupakan tarian daripada N9 yg berasal dr Minangkabau, Indonesia. tarian ini sebenarnya ada selingan drama dan lagu, tapi disebabkan kekangan masa masa tarian sahaja yang dipersembahkan. Tarian ini juga memukau tetamu kerana rata-rata inilah kali pertama mereka mengetahui dan melihat tarian ini.



 Randai  Menepuk kain,..keheheh

Dan Tarian paling dinantikan oleh kami dan juga kemuncak yang rancak Tarian Tamil iaitu Kummi Adi..perghh memang mantap as ussual..time nih KSN dan semua tetamu enjoy dan gembira serta memuji semua persembahan.


heheh mmg goyang badan ler tgk tarian nih..love them so much!!

Masuk pula Gendang 1 Malaysia selepas tarian Kummi Adi ini, dimulai dengan tiupan buluh kaum asli Australia, gendang mula bergema seluruh dewan..elemen kejutan lagi..semua tertanya-tanya apa yg sedang berlaku..pd mereka tarian Tamil td adalh pengakhirannya,tapi silap paluan pelbagai gendang yg terdapat di Malaysia mula bergema di dewan ini dan selapas itu, team Gamelan memulakan Acara Grand Finale melalui irama lagu Lenggang Kangkung..semua peserta pesembahan mengambil posisi mereka masing-masing dipentas dan menari mengikut langkah.dan Tan Sri KSN dan Datuk SUK Kelantan serta Dato' Pengarah Intan naik ke pentas untuk sesi bergambar.

Grand Finale...

Tan Sri KSN & Datuk SUK Kelantan dan aktiviti membakar sampai terbakar pokok bunga kat INTAN tu..shiannn..heheehheheh.. end of it..THE BEST TEAM & BACTH..
will miss you all so much!!!!!!!!!!!!


Cerita Malam Phoenix Bangkit..The Phoenicians!! Part 1

Assalamualaikum..

Tanggal  10 Disember 2009 merupakan tarikh keramat kepada semua peserta kursus DPA Bil. 1/2009, riak ceria menghiasi diwajah masing-masing. Bagaikan mimpi bahawa segalanya telah berakhir..7 bulan mengharungi pelbagai modul yang menguji diri setiap peserta. Namun, paling diuji ialah sikap dan pemikiran seseorang itu, ya kedua perkara ini meninggalkan kesan yang benar-benar memperlihatkan 'wajah sebenar' setiap manusia itu. Dalam keadan yang emosi dan tertekan..segala warna gelap memperlihatkan diri..hanya mereka yang benar-benar mampu mengawal emosi dan pemikiran dapat terus survive dalam kursus ini tanpa perlu berpura-pura terhadap segala-galanya..


 Menuju pengakhiran kursus, terdapat 1 makan malam tradisi yang menjadi amalan bagi setiap peserta kursus DPA iaitu Malam Ketua Setiausaha Negara (Malam Tan Sri KSN) yang merupakan acara kemuncak penutup kursus. Namun, se gah nama malam itu, ia menuntut sejuta pengorbanan masa dan tenaga. Keseluruhan majlis tersebut di atur dan dikendalikan sepenuhnya oleh para peserta, malam penuh protokol yang memakan masa hampir sebulan untuk direalisasikan. Malam yang penuh warna warni diselang seli pelbagai tarian kebudayaan dan nyanyian live band oleh para peserta yang terlibat.

Bagi mereka yang terlibat dengan tarian kebudayaan memakan masa 2 minggu lebih untuk berlatih. Guru tarian dijemput khas dari Aswara bagi  melatih para peserta. Peserta yang terlibat dalam nyanyian dan live band turut berlatih setiap petang bagi memastikan segala yang dilakukan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Aku terlibat dalam Gamelan yang juga menuntut latihan diadakan setiap petang, kami cuba untuk memasukkan irama Gamelan dalam lagu-lagu yang dinyanyikan oleh live band.
 
ketika latihan dijalankan

Kesibukan para peserta persembahan sudah tentu tidak dapat menandingi kesibukan dan kepeningan para AJK Perhiasan Dewan..tanpa mereka dewan serba guna itu tidak akan transform menjadi indah sebegitu rupa. Melalui penajaan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu mereka menggunakan segala sumber yang ada untuk menghiaskan dewan tersebut. Disinilah juga terserlah segalanya sikap manusia..ada pro dan kontra..namun aku benar-benar respect dengan mereka..disebalik apa jua yang timbul baik apa jualah perbezaannya diselesaikan secara baik. Apa jua dibawa berbincang dan disampaikan secara berhadapan dan tidak dibawa cerita belakang kerana setiap orang amat mengetahui sekiranya cerita dan rasa tidak puas hati dibicarakan dibelakang pasti ada tokok tambah yang berlaku dan seterusnya membawa kepada perbalahan yang akhirnya tidak menguntungkan semua pihak. Keterbukaan setiap orang untuk menerima dan memberi pandangan amat dihargai dan dihormati DAN AKU MEMPELAJARI SESUATU DARI KEADAAN INI. Mudah untuk menjalankan sesuatu aktiviti dan merencanakan segalanya, sekiranya kita mempunyai committee members yang benar-benar membuat kerja dan tahu apa yang setiap kepala organisasi itu ingin realisasikan. Mungkin pengalaman dan mentaliti yang matang dan meluas serta tahu kepentingan peribadi harus diketepikan memungkinkan segala apa yang dijalankan mengikut perancangan dan mampu mengutuhkan silaturrahim antara committee.


walau berbeza namun punyai misi yang sama

Didalam kursus ini banyak memberikan pengajaran dan pengalaman, bukan sahaja dalam bentuk ilmiah tetapi perhubungan manusia dengan manusia. Bagaimana seseorang itu sanggup menjatuhkan dan menikam rakan baik hanya demi untuk mendapatkan pujian dan perhatian daripada para urusetia. Bagaimana seseorang itu sanggup untuk melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian semua pihak seolah hanya dia mengetahui segalanya. Bagaimana sikap kesidangan mampu membunuh rasa hormat dikalangan yang lain. Bagaimana sikap suka mengata belakang dan membawa mulut membinasakan ukhuwah antara sahabat. Dan paling penting, bagaimana untuk kita, setelah dipersembahkan secara live didepan mata akan segala perwatakan manusia, mempelajari untuk tidak menjadi dan terjebak didalam sikap sedemikian rupa dan mempelajari untuk bagaimana menghadapi dan menangani orang sebegini dan terus bertindak matang dan profesional.

Cukup dulu kisah belakang tabir..insyaALLAH ada kelapangan Part II menyusul dengan kejayaan para peserta pesembahan dan wajah-wajah kepuasan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata.

**all pictures credit to fairul, waty, fezal,doty,kerol & myself.

tarikh keramat yg baru..*harap x tuka lg la*

Assalamualaikum,

Ermm hari ke-2 aku menghadapi exam final, setakat ini  boleh dikatakan 'selamat' kot..semalam aku sumer study last minute..kelam kabut sket since kami x ada sebanrang hint apatah lagi sebanyak 22 subjek yg perlu direvise semula..22 subjek tau bukan mcm zmn belajar 4-5 subjek then siap lecturer tolong bg hint lg..yg  ni nan ado.. Paper 1 10 soalan esei jawab semuanya dr 10 tue 4 soklan aku langsung x yakin..aku bantai bagai nak rak..biasalah menggunakan kebolehan berbahasa & berhujah katanya..hahaha..Paper 2 plak 5 soalan esei jawab semua..drpd 5 soalan tue 1 soalan yg akau rasa pemeriksa baca mesti dia gelak guling2..dah lah soalan no 1 yg aku xdpt jawab tu..7 Etika Teras Perkhidmatan Awam..motip? xde dalam mana subjek pon...semua orang x dpt jawap soalan nie kecuali pada mereka yg dulu nya bekerja di Bahagian Perkhidmatan, JPA haruslah dpt jawab..permainan diorg...adusss...ilang 20 markah kat situ...


Nie aku baru bangun setelah menidurkan diri dr kul 8 lbh td, nak stat study kunun2 nya..tp ntah lah...harap-harapnya ok...esok paginya exam..malam pula ujian hafazan Yassin..aku blum hafaz lg..setakat baru 30 ayat yg aku igt haritu pon dah semakin tiris dah...sah2 ini Yassin..mana leh goreng2..hehhehe..

Sabtu aku (5/12/2009) seharusnya tarikh akhir aku menamatkan kursus ku namun disebabkan Y.Bhg. Tan Sri KSN tersangat lah bz..maka Majlis Makan Malam ditunda pada 9/12/2009 (Rabu) ini dan kami akan tamat pada 11 Dec 2009, Jumaat pd tepat jam 12.00 tghari..harap tiada lagi sebarang pertukaran tarikh...ok..end...kena studyyyyyyyyyyyyyy...katanya lah kannnnn

Blogger Templates by Blog Forum